Wednesday, March 30, 2011

Kalendar Maharaja Lawak 2011

yeayy! malam ni tayangan pertama secara langsung untuk program Maharaja Lawak. Dalam entry Raja Lawak vs Maharaja Lawak saya ada nyatakan tentang siaran program ini kan. Saya fikir dari awal minggu pertama hingga minggu ke-10 siaran ini akan di tayangkan serentak di Astro Prima. Sebenarnya tidak loh. huk3x.

Untuk makluman uols program ini di tanyangkan serentak di Astro prima saluran 105 hanya 2 minggu sahaja iaitu minggu pertama dan minggu ke-2. Minggu seterusnya hingga minggu ke-10 adalah di Astro warna saluran 132. Apa ke hal nya!.

Saya tengok ramai peminat mempersoalkan perkara ni... ada yang sampai "Kita bako" (tiru gaya usop). hehe!. Ada juga yang cakap ini politik pihak Astro, hmm...ntah la~~ tidak mengapa readers... Mana tahu nanti pihak astro ada buat perubahan seperti mana yang berlaku pada malam akhir raja lawak musim ke-5. huh! penuh pengharapan nih..




Psst:Tak kan nak langgan Astro warna puloks.. susah² tengok jerk on9.. itupun kalau ada. dengar² macam tidak ada.. Apakah!!!

Thank you read and support my writing. Please come again ya!!

Selama 4 hari terputus...sekarang dah mengalir~~

Alhamdulillah... jam 6 pagi tadi air dah ada. Masa tu saya dah stanby nak ke pejabat. P awai semata² nak tumpang mandi di sana..hohoho! Sini kalau jam 6 pagi memang cerah sudah. Jadi tahap ketakutan dalam diri tu menurun lah sikit sebab nampak keadaan sekeliling.. kalau dalam gelap mau terjegil mata saya memfokus pandangan.. Uihhh... kalau ingat cerita ceriti orang sekeliling.. seram juga di buatnya.. ok stop!

Selama 4 hari paip air di rumah saya kering dari menitiskan air... sengsaranya kan bila air tiada. Satu sejarah untuk saya kerana ini lah pertama kali saya laluinya dalam jangkamasa berhari². Ada kawan pejabat saya cakap pernah di sandakan sana selama 15 hari. Fuhyoo.. lagi lama.

Dekat sini memang dah biasa dengan gangguan bekalan air. Kebiasaannya kalau mati siang malam hari pasti mengalir sudah air.. tapi kali nih.. berhari² tiada. Nak pula rumah saya tiada tangki yang gedabak bak leh simpan air bergelen gelen tu. Memang sangat² tertusuk di kalbu Ohh. Itu yang terpaksa menebalkan perasaan malu dan pamerkan perasaan mahu... Sepanjang air tiada saya mandi di pejabat..Petang mandi dan solat siap², baru balik rumah..

Saya terasa sakit pinggang.. rasa sengal semacam jerk. Mungkin sebab saya mengangkat air dalam baldi semalam untuk di bawa pulang ke rumah, tak pun cara duduk saya salah semasa mencuci pakaian. Oh ya terima kasih deem, bantu saya angkat baldi air ke kereta semalam.. Sampai di rumah saya terpaksa angkat sendiri.. :-( Demi air punya pasal terus tidak terjaga lagi pantang larang dari Mr.A.. Sekarang rasa macam nak marah kat diri sendiri sebab kawan baik saya macam dah mai teman saya. tapi sikit² jerk.. haish! kalau ikutkan due belum time nya, lebih kurang 2 week lagi.lama lagi tu.. hmmm!

Sebagai hambanya... saya redha (*_*). Setiap ujian Allah s.w.t pasti ada hikmahnya.Kann! Berapa ramai ambil berat tentang kita, sayang kita dan paling penting kita boleh tahu hati budi orang sekeliling. Semua tu kita boleh lihat bila mana kita dalam kesusahan..betul tak? Contoh yang saya lalui sekarang.. Alhamdullillah ramai kengkawan yang mempelawa saya kerumah mereka, ajak saya bermalam di sana.. tak jemu² tanya status air di tempat saya..Saya betul² menghargainya! Terima kasih ya semua~~


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Terbang dengan Firefly dari Sandakan Ke KLiA

KUALA LUMPUR, 30 Mac -- FlyFirefly Sdn Bhd, satu anak syarikat Malaysia Airline System Bhd (MAS), akan terbang ke Sandakan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 1 Ogos, 2011.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pemasaran/Komunikasi Firefly Angelina Fernandez berkata laluan baharu itu mencerminkan peluasan berterusan rangkaian operasi jet Boeing 737-800 syarikat penerbangan komuniti itu.

Firefly

"Dengan kemasukan perkhidmatan itu ke sektor berkenaan, Firefly menawarkan opsyen perjalanan yang lebih meluas bagi perniagaan dan liburan di Sabah dan Sarawak," katanya.

Selain laluan baharu ke Sandakan, ia juga akan meningkatkan kekerapannya kepada tiga kali sehari pada laluan Sibu yang diumumkan baru-baru ini, yang berkuat kuasa 1 Ogos.

Kini, syarikat penerbangan itu menyediakan perkhidmatan ke Kuching dan Kota Kinabalu dari KLIA.

**************************

Berita baik yang harus di sebarkan kepada kawan²..especially Ct dan Kak Lynn. Lepaih nih sila panjangkan lagi perkhidmatan Firefly dari Tawau Ke KLiA ya. Biar banyak pilihan yang kami boleh pileyyyy!

Saya ingat waktu saya balik bercuti awal januari hari tu, Masa tu pihak Firefly baru melancarkan penerbangan dari kLiA ke Kota Kinabalu.. Hati saya berbisik.. Nanti ada kot penerbangan firefly kLiA-Twu-kLiA... Moga apa yang terlintas di fikiran saya menjadi realiti... Kann kan!


Sumber: Bernama

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Ribut Kencang di Kuala Nerang Rosakkan 24 Buah Rumah


KUALA NERANG, 30 Mac -- Sepasang suami-isteri warga emas nyaris menjadi korban pertama ribut kencang dan hujan lebat yang hampir meranapkan rumah mereka di Kampung Ulu di sini dalam satu kejadian petang semalam.

Menceritakan detik-detik cemas yang dilaluinya, Tam Mat Diah, 86, berkata dia sempat bertakbir sebaik bumbung rumahnya ibarat pondok yang menjadi tempat tinggal dia dan isterinya diterbangkan angin kencang beserta hujan lebat.

Kediamannya mengalami 80 peratus kerosakan akibat bencana itu dan tidak dapat dibaiki, kata Tam namun beliau bersyukur kerana Allah SWT turut melindungi isterinya, Rokiah Abdul Rahman, 85, daripada sebarang musibah.

"Saya hanya sempat mengambil tikar mengkuang untuk menutup Rokiah yang terlantar akibat lumpuh daripada terkena hujan dan kayu yang jatuh dalam kejadian bermula kira-kira 7.15 malam tadi," kata Tam semasa ditemui, hari ini.

Katanya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim berjanji mendapatkan sebuah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mereka.

"Buat sementara waktu saya menumpang di rumah anak saudara, Zulkifli Abdullah, 48, yang tinggal bersebelahan rumah kami," kata warga emas itu yang bergantung hidup kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak tiga tahun lepas.

Beliau menganggarkan kerugiannya lebih RM3,000 manakala Zulkifli pula kerugian lebih RM10,000 kerana hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan ribut dan air hujan memusnahkan peralatan eletrik serta kelengkapan rumah.

Seorang lagi mangsa dari kampung sama, Rosdi Abdul Aziz, 42, penoreh getah, kerugian hampir RM10,000 kerana sebahagian bumbung rumahnya diterbangkan angin dan dahan pokok menghempap rumahnya.

Menurut Syed Sobri beliau mengambil sikap proaktif membantu mangsa-mangsa ribut dengan membaiki apa yang patut dan menebang pokok-pokok yang menghalang laluan.

"JKM hanya beri bantuan segera dalam bentuk makanan....takkanlah nak biarkan bumbung rumah mereka ternganga (terbuka). Di mana mereka hendak tinggal. Nak tunggu bantuan agensi kerajaan tak tau bila....dalam masa bencana inipun mereka masih kerja ikut waktu pejabat. Inilah masalahnya.

Syed Sobri turut melahirkan perasaan kesal terhadap kerajaan negeri Kedah yang seolah-olah melepaskan tanggungjawab kepada ADUN Barisan Nasional (BN) malah tambahnya selepas kejadian ribu pertama berlaku di kawasan itu pada Ahad lepas, Anggota Parlimen Padang Terap dari PAS, masih tidak kelihatan.

Katanya beliau menggerakkan Unit Task Force ADUN Kuala Nerang seramai 20 orang bagi membantu mangsa ribut sejak kejadian ribut itu berlaku Ahad lepas.

Sementara itu, ribut kuat lebih dua jam itu merosakkan 24 buah rumah di tiga kampung dalam DUN Kuala Nerang iaitu 21 di Kampung Ulu, dua di Kampung Banggol Cenerai dan sebuah di Kampung Padang Gelanggang membabitkan kerugian lebih RM100,000.

Tinjauan Bernama di Kuala Nerang mendapati ribut kuat sehingga lewat malam tadi turut menumbangkan banyak pokok dan merosakkan kemudahan awam termasuk menerbangkan papan-papan tanda.

*********************

Kedah adalah negeri saya... Kuala Nerang adalah pekan yang saya redah menanti dewasa. Di Sana sekarang (belah utara la) musim hujan, ramai cikgu² bertauliah tak dapat p sekolah mengajaq especially Ratuhati saya. Anak² murid kebasahan... hik3x.



Tadi sempat juga chatting dengan kengkawan sekolah.. depa pakat duk kalut takut tak boleh nak balik rumah nanti... Mana tidak nya.. jalan masuk pekan kuala nerang sana sini dah bah (banjir). Kalau banjir alamatnya shukri, zana dan kakchik... terpaksa berfikir alternatif lain untuk pulang ke rumah... sob sob sob.

Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang perihatin.. beliau juga membantu family saya dalam urusan kes Arwah.. Sedia membantu rakyat..Moga usaha murni beliau di berkati..InsyaAllah ^_^.

p/s: Terima kasih datuk dan jaga diri bebaik if meredah banjir ya kawan²...

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!


Tuesday, March 29, 2011

Waktu Operasi Baru Touch 'n' Go di Jambatan Pulau Pinang

Khas untuk pengetahuan sedara mara dan adik badik saya yang selalu menggunakan Jambatan PP nie. Opss! kepada readers juga ya. haipp haip!! Silalah baca artikal penulisan dari bernama di bawah ni ya.. kalau tak puas hati lagi. Boleh direct ke link sumber (*_*)

waktu operasi baru Jambatan Pulau Pinang
Gambar hasil selongkar di alam maya

**********************

BUTTERWORTH, 28 Mac (Bernama) -- Syarikat konsesi yang mengendalikan Jambatan Pulau Pinang, Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) akan memperkenalkan waktu operasi baru bagi lorong tambah nilai Touch 'n' Go di plaza tol jambatan berkenaan mulai 1 April ini.

Ketua Pegawai Operasi PBSB, Suhaina Baharudin berkata waktu operasi pada waktu pagi akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang manakala sesi malam bermula pukul 8 malam hingga 10 malam.

"Waktu operasi baru ini adalah bagi urus niaga tambah nilai di Pondok Tol Nombor 17 iaitu di Plaza Tol A dan Pondok Tol Nombor 22 di Plaza Tol B," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata langkah itu diambil untuk memberi keselesaan kepada pengguna dan mengurangkan kesesakan di plaza tol pada waktu puncak.

Suhaina berkata kaunter pusat jualan Touch 'n' Go yang beroperasi bersebelahan Tol Plaza Jambatan Pulau Pinang akan meneruskan operasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari bekerja.

Sumber: Bernama

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Monday, March 28, 2011

Mujur dua² tak mati serentak.. kalau tak lagi haru pepel..

di kediaman saya...

Hari ni genap dua hari mati air... saya kan berweekend di semporna, sampai di rumah semalam saya tidak perasan lagi yang air mati.. masa masuk dapur nak buka air sinki, baru saya perasan yang air tidak ada. Saya inform Mr.A dan mulalah kami dengan langkah² penjimatan.



Mr.A dah mula risau.. saya tenang jerk sebab dah biasa dengan situasi cam ni. Mana tak nya boleh dikatakan setiap minggu.. kalau tidak mati air, mati lampu.. kalau mati lampu, mati air.. Sebenarnya Mr.A pun pernah lalui juga situasi cam ni.. tapi ntah kali nih cuaknya terlebih pula.. Rasa nak tergelak pun ada tengok gaya Mr.A. Solat magrib dan isya'a semalam kami p solat di pasaraya gient.. Makan malam pun di luar.. hehehe!


Balik opis dengan perasaan hampa...air still tidak ada..

Semalam saya dengan semangat berwibawa menanti air.. detik jam 1 pagi.. air tak juga ada.. selalu jam 12 tengah malam sure ada.. tekanan air time tu pun cukup kuat.. tapi semalam.. langsung tidak ada.. nyaris² saya nak ketuk paip air tu.. kalau saya ketuk saya yang vangang! tak pasal² saya yang kena ketuk dengan Mr.A. Saya plan nak cuci kain baju siap² .. biarpun di tengah malam.. tapi semuanya hampeh.


dekat luar ada sikit², itu pun sekejap jerk.. pehtu langsung stop.

Mr.A time tuh dah nyenyak di buai mimpi.. saya menanti sambil layan "bisikan remaja" @Astro Oasis.. Drama pun dah abis air tidak juga ada.. terus pendamkan hajat dan menyulur ke atas katil.. Zzzz~~

Pagi tadi bangun tidur tetap sama... petang tadi balik opis tetap juga sama.. Mati air. Kiranya mati air masuk hari ke-2 sudah. Air dalam tong ajaib saya pun dah digunakan tadi untuk mandi.. alahai... Harap tengah malam nanti ada sudah.. Kalau tiada juga memang saya akan :
  • Rumah kawan ==> Tapi saya malu, malu² tapi mahu gitu.
  • Toilet opish ==> Tentunya tak segan.. tapi takut awal² pagi nak bertepek di toilet sorang² .
  • Check in hotel di bandar ==> ini tak jimat, fulus keluar.. hik3x. kalau tiada pilihan juga terpaksa lohh!

kawan saya yang bertugas di tambunan.

Saya rasa bukan di tempat saya sahaja.. kawan dan adik seperjawatan dengan saya yang bertugas di sandakan dan tambunan sana melalui situasi yang sama. tengok lah sampai nak tadah hujan.. ok lah kalau ada hujan.. saya kat sini, tak nampak lagi pun aura hujan nak turun.. tapi saya dah letak timba kat luar rumah siap² .ahakss!!

Patutlah Mr.A risau sangat².. rupanya kes mati air kali ni berlarutan tempohnya.. tadi masa saya balik opish Mr.A call tanya tentang air.. saya cakap belum ada. Jadi esok Mr.A nak balik dari pangkalan nak hantar bekalan air dekat saya... alahai.. macam menyusahkan Mr.A pula.. tapi apa boleh buat.. terpaksa merelakannya. sekarang pun setiap setengah jam Mr.A duk call tanya tentang air...haipp haip!

Mood: Sini mati karan/letrik di panggil mati lampu... saya kekadang tercampur bahasa sudah... kalau bercakap dengan jiran.. memang kena guna bahasa tempatan.. kalau tak jenuh saya nak ulang translate.. penat! belasah saja.. janji faham dan jiran puas hati... uols kalau tak faham buat² la na..

Thank you read and support my writing. Please come again ya!!

Lafazkannya dengan stail CornettoLove

Dengan Stail Cornetto dalam Bahasa Malaysia!

CornettoLove

Akim dan Stacy sudah bersedia untuk membantu menarik hati teman anda dengan sebuah lagu. Bidalah mereka dan anda mungkin mendapat layanan istimewa Cornetto!

Tempoh bidaan adalah dari 28 Mac – 7 April 2011. Layarilah laman Facebook kami untuk maklumat lanjut!

Thank you read and support my writing. Please come again ya!!

Friday, March 25, 2011

weeknandos di semporna...yeayy!!

hai alls.. happy weekend yoo!

Hari ni geng KBU pakat² p gathering kat penang..sure meriah kan! mana tak nya pakat pakai t-shirt seragam semuanya. pehtu ada konvoi lagi dari perlis, aloq setaq p sana... bestt sangat² mendengar depa pakat duk roger² di group KBU.. yang pastinya sedikit perasaan cemburu itu wujud dalam diri saya deh! cemburu yang baik² bukan buruk ya... tak pa nanti ada rezki bertentang juga mata kita di alam nyata ya kawan².

Saya disini ikut Mr.A ke pangkalan TLDM semporna.. Mr.A on duty.. saya melepak di rumah kawan seNegeri. Ingat boleh la pakai t-shirt KBU kat sini.. kiranya kita memakai pakaian yang sama di suasana yang berbeza. ahakss!



Gambar tahun lepas bulan julai 2010.

saya jumpa mereka² ini.. tambah sorang lagi Puteri Qamariah Fadhillah. Waktu gambar ni di ambil Qamariah masih di dalam kandungan ieja.. sekarang dah boleh bertentang mata dengan Qamariah. kulit Qamariah putih a.k.a cerah.. Almaklumlah benih berkat ayah nya bertugas di lubnan dulu..



dulu just 2Hero & 1Heroin, sekarang dah bertambah 1Heroin.. jadi lengkap untuk berpasangan 2Hero dan 2Heroin.. Meriah dengan celoteh manja dorunk. okeh lah nanti saya update lagi ya.. if sempat, maklumlah Shahirah & Qamariah turut serta nak menaip sama² dengan saya sekarang ni...habis lappy saya di tepuk² nya... hehehe!

hepyy weeknandos untuk readers!!


Miera Leyana mohon maaf atas apa yang berlaku...Zass!!

Miera Leyana, pelakon remaja yang sedang meningkat naik, baru-baru ini telah menimbulkan kontroversi berikutan pakaian yang diperagakan di majlis Malam Gala ABP – Rafflesia, sempena Anugerah Bintang Popular 2010, dikatakan seksi dan menjolok mata , sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak.

Miera Leyana

Dalam mendapatkan penjelasan mengenai pakaian yang dikatakan ‘menjolok mata’ itu, Miera Leyana telah ditemui sehari selepas majlis berkenaan yang diadakan di Le Meridien, baru-baru ini.

Bagi Miera, dia memohon maaf atas apa yang berlaku, ini disebabkan beberapa kejadian saat akhir yang tidak dapat dielakkan.

‘Baju yang direka oleh Wan Huzairil untuk majlis berkenaan, memang direka untuk fesyen sedemikian. Pada cubaan kali pertama setelah siap, ianya agak besar dan saya telah meminta untuk dia mengecilkan sedikit saiz baju berkenaan,” cerita Miera

“Dan selepas dari itu, saya tidak mencubanya, sehinggalah pada petang acara itu akan diadakan, sekitar jam 7 malam. Sekali imbas, saya melihat ianya sebuah baju yang cukup cantik dan sesuai dengan saya.”

Miera menjelaskan lagi, “Ketika sampai di acara berkenaan dan setelah selesai sesi temuramah dan pengambaran, barulah saya sedar yang baju itu ‘menjolok mata’ seperti yang dikatakan. Saya mohon maaf atas apa yang berlaku dan tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak. Saya kesal dan percaya, perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi,” katanya dalam nada yang penuh kesal.

Mengenai jawapan Miera Leyana dalam sesi temuramah yang dikatakan cukup puas hati dan selesa dengan baju yang dipakainya pada acara berkenaan, dia menjawab, “Pada waktu berkenaan, saya tidak perasan yang baju berkenaan begitu ‘menjolok mata.’ Jadi jawapan pada ketika itu berdasarkan rekaan baju berkenaan yang cukup selesa dan sesuai dengan citarasa saya.”

“Mengenai jawapan saya mengenai, nampak sedikit sahaja, ianya satu jawapan yang tidak menjurus ke arah konteks yang saya berbangga dengan apa yang dilakukan, tetapi lebih kepada situasi berkenaan dan tidak menjangka akan memberi impikasi yang kurang senang kepada orang lain,” tambah Miera Leyana lagi.

Diminta mengulas mengenai penyebaran gambarnya dalam majlis berkenaan, yang diambil secara sembunyi dan menampakkan bahagian tidak sepatutnya, di beberapa laman sesawang dan forum, Miera berkata, “saya agak terkilan dengan penyebaran gambar berkenaan yang diambil secara sembunyi (gambar amatur) dan dimuatnaik ke laman sesawang tertentu. Saya telah melakukan kesilapan, tetapi saya merasakan tidak wajar diperlakukan sedemikian. Hidup saya seperti diburu paparazzi Hollywood.”

“Saya akui yang baju rekaan Wan Huzairil itu agak seksi dan ianya satu langkah agak berani untuk memperagakannya. Untuk sekian kali,dengan rasa rendah diri dan ikhlas, saya memohon maaf atas apa yang berlaku.”

Miera Leyana, anak kelahiran Johor ini semakin dikenali setelah terlibat dalam drama Kamelia Katrina, selain pernah membintangi drama online di portal hiburan, gua.com.my iaitu Luna Fantasiku arahan Aziz M. Osman. Terkini, Miera telah turut serta dalam sebuah filem aksi penuh emosi arahan pengarah terbaik, Mamat Khalid, Apokalips X, yang akan ditayangkan pada awal 2012. sumber: GuaDotCom

************************

If nak tengok picca beliau masa malam anugerah ABP... uols klik lah link sumber yang saya nyatakan..di sana ada memaparkan gambar beliau.

Nabi Muhammad s.a.w menyukai umatnya yang saling maaf memaafkan. Sedangkan nabi muhammad saw memaafkan umatnya,inikan kita umatnya apalah sangat, tidak jatuh maruah atau pun harga diri anda kalau saling bermaaf maafan antara satu sama lain.

Maafkalah kesilapan insan, mungkin hari ini giliran kita untuk memaafkan kesalahan orang lain, siapa tahu satu hari nanti akan tiba giliran kita pula yang mengharapkan kemaafan. Bukan kah pada masa itu nanti kita akan sangat2 berharap agar mendapat belas kasihan dan keampunan. pendekkan kata... baik buruk biar Allah s.w.t yang nilai. Kita cukup lah sekadar memaafkan beliau jangan mengkritik. :-)


Thank you read and support my writing. Please come again ya!!

Thursday, March 24, 2011

Raja Lawak vs Maharaja Lawak

Raja lawak musim ke-5 pun dah tamatkan.. Incik Rahman (man) a.k.a Incik posmen kita dinobatkan sebagai juara.. Alhamdulillah.

Saya setuju Man jadi juara.. memang berpuas hati sangat². Man banyak menunjukkan peningkatan dalam setiap persembahan beliau... like more!! Tahniah juga kepada semua pemenang² ya.. kumpulan R2 dan kumpulan balas...

raja lawak vs maha raja lawak
picca saya ambil di FB leman ( orang dekat kampung saya..yesss!!)

Mulai 1 April ni..kita akan disajikan lagi dengan program baru iaitu MahaRaja Lawak. Pasti ada yang dah tahu kan... Mulanya dulu cadangan siaran program tersebut di Astro warna saluran 132, tapi pada malam akhir raja lawak musim ke-5.. pihak penerbit mengumumkan program tersebut juga akan di tayangkan di Astro prima saluran 105..sama seperti tayangan raja lawak. yeayyy!

Tujuan program MahaRaja Lawak adalah untuk pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat..mesti bestkan...Gaya zizan dan johan (Jozan) sebagai pengacara dalam Raja Lawak pun dah mampu membuatkan kita ketawa gembira.. apa lagi bila semua yang dinobatkan sebagai pemenang kembali beraksi di pentas.

Hadiah untuk juara Raja Lawak wang tunai bernilai RM100, 000 sahaja.. itu pun sudah banyak kan.. fuhh tidak dapat saya bayangkan kalau wang tunai tu saya yang punya... kahh!

Peserta paling menyerlah yang berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, 000. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan memenangi wang tunai sebanyak RM200, 000 dan RM100, 000 setiap seorang. Lagi banyak kan... phewwww~~

Thank you read and support my writing. Please come again ya!!

Wednesday, March 23, 2011

Opera Mini-fy your phone today!

Anda idamkan peluang untuk melayari Internet dan laman web Facebook di smartphone seperti rakan-rakan anda yang lain? Berita baik untuk anda semua, Churpers, kerana kami mempunyai tawaran hebat untuk pengguna telefon bimbit biasa juga!

Opera Mini-fy your phone

Dengan DiGi, anda mempunyai peluang untuk download Opera Mini dengan PERCUMA! Ya betul, PERCUMA! SMS “OPERA” dan hantar ke 2000. Bukan itu sahaja, jika anda adalah prepaid sub, anda mempunyai peluang untuk memenangi 1MB PERCUMA penggunaan data jika anda tekan link FREE 1MB di Opera Mini anda.

Promosi ini tidak akhir disini, Churper, kerana anda boleh jadi salah satu yang beruntung untuk memenangi HTC Mozart dengan membuka Opera Mini dan klik pada Refer-A-Friend. Opera Mini merupakan browser yang mampu memadatkan data sehingga 6x lebih cepat yang membolehkan anda melayari Internet dengan lebih cepat dan murah.

Jangan melepaskan promosi ini! Download Opera Mini anda hari ini! Kongsilah berita baik ini kepada semua! sumber: DiGiOperaMini

Thank you read and support my writing. Please come again ya!!

Info: Kluang rail coffee tidak halal!!

KLUANG RAIL COFFEE TIDAK HALAL!!!!

Kluang rail coffee

Keputusan analisis sampel makanan yang telah diambil di KLUANG RAIL COFFEE oleh Jabatan Agama telah diterima. Didapati kandungan serbuk kopi (termasuk kopi uncang) positif mengandungi campuran bahagian BABI..

Juga terdapat kandungan ALKOHOL dalam madu yg digunakan dlm ramuan roti bakar (SAYA SALMIAH SENDIRI TEL TUAN KHADI KLUANG UTK MENDPTKAN KEPASTIAN) disebarkan oleh Persatuan Pengguna Bumiputera Daerah Kluang. Tolong sebar-sebarkan...

***********************

Saya pernah pergi makan dan minum di sini. Mana tidaknya ini lah salah satu destinasi yang akan kami tuju bila ada kesempatan berkursus di IKWAS (Intan Wilayah Selatan), Johor. Bukan setakat makan dan minum di situ saja..siap beli serbuk kopi bawa balik... wohohoho!!

Sungguh saya terkejut bila dapat tahu tentang ini.. Dalam fikiran terus terbayang masa last saya pergi ke sana... tapi itu semua sebelum saya dapat tahu tentang perkara ini.. lepaih dah tahu ni... tak p dah la.. Ya Allah...

sumber pertama saya dapat dari FB shidah dan sumber asal dari: FB cikgu salmiah


Thank you read and support my writing. Please come again ya!!



Monday, March 21, 2011

Syok tengok kak ieta..sejuk perut rasa!!


Saya suka picca nie.. ceria!!

Gambar akak saya...Usia kandungan beliau sekarang mungkin 21 minggu, itu depend pada kiraan saya dalam entry yang iNi... Gambar tu pun saya hamik di FB beliau... ngee~~

Dari album rakan sepejabat akak ieta..Kak nurul nie kaki photographer juga. pada readers yang duk area utara sana especially penang la.. boleh hubungi kak nurul sekiranya memerlukan perkhidmatan photographer sebagai kenangan kalian... saya rujuk pada banner yang di tag kat Fb saya.. SiNi atau boleh lunsuri ke blogspot depa syadiehearty.

Mood: Alhamdulilah ^_^.


Thank you read and support my writing. Please come again ya!!


Thursday, March 17, 2011

Kehamilan: Result dari Gribbles Phatology

Assalamualaikum dan salam sejahtera... selamat tengah hari kawan² semua!!

Gribbles Phatology

Masih uols ingat kan dengan entry macam kena gigit semut.. Hasil ujian saya dah amik minggu lepas.. 12 Mar 2011 (sabtu). Kalau ikutkan saya kena amik hari jumaat.. tapi di sebabkan hampir waktu rehat.. klinik tutup. Saya nak tunggu lambat lagi dan pasti lama.. jadi saya ke tempat lain dulu, setelkan koje.. Alhamdulillah.. Bila di beri penerangan hasil ujian tersebut, saya rasa amat lega kerana saya berada di paras NORMAL.

Selepas ni Mr.A pula akan membuat rawatan. Next appointment kami belum tentukan lagi sebab doktor yang merawat saya off hari saya p amik result tersebut.. Semua itu akan dibincang kemudian.. InsyaAllah.

Phatology kehamilan
Result dari Gribbles Phatology- Normal

Kepada insan² yang sememangnya murah dengan rezki anak... bersyukurlah kalian. Jangan pula cuba mematahkan semangat kami yang dalam usaha menanti zuriat. Kata² dari kalian sangat² meninggalkan kesan paling dalam dekat hati saya...

Ingat ehh... siapa kalian nak melemparkan kata² sinis itu kepada saya.. kita adalah hamba Allah s.w.t. Tiada lain yang maha berkuasa dalam dunia fana ini... Allah itu maha mengetahui dan maha segala maha... Janji Alllah s.w.t pasti indah~~

Banyak dah saya kena perli² cam nie... kalau nak di senaraikan pasti melebihi puncak gunung kinabalu tu, tapi kebelakangan ni saya tak boleh nak accept.. asyik nak emo jerk... mahap ya kalau saya ter emo d sini.. sayang sayang semua yang memahami usaha kami... mmmuaksssss!!!

Mood: sunggguhpun kalian mahu bergurau.. gurauan biarlah bertempat okeh!



Thank you read and support my writing. Please come again ya!!

Wednesday, March 16, 2011

Churp2: DiGiiPhone4


Here's your chance to be proud owner of iphone 4. Whoa!!


Come & hear this out, Churpers! If you are already an existing iPhone 4 user and still feels like a loner because friends and family around you are still not an iPhone 4 user yet?



Always have trouble finding companion to beat your Fruit Ninja's high score? Or if the birds are getting more angry because there is no one else to play with? Now here's your chance to purchase an iPhone4 without needing to subscribe to a line!

Yes, you can buy the phone at DiGi's RRP! All you need to do is to sign up or just upgrade it from a iDiGi RM88 to either RM138 or RM238. Now, spread the love and share it with your friends, you might soon be able to go on multiple player on Fruit Ninja! Yeeehaaaa!

Promotion ends on 3 April 2011

Sumber: DiGiiPhone4

Peribahasa: Jika kepalanya ular tak kan ekornya belut..

Peguam yang dua orang tu memang saling mengenali.. sekarang mereka macam tak setuju angin...maybe kes nih dah di campur tangan oleh mereka yang mengikut prosedur yang betul..

Saya call mereka...Masing² menyalahkan antara satu sama lain... tuding jari sana sini... huh!! orang ke-3 yang perkenal kan mereka pada family saya dah ambil jalan tengah... dia dah dapat nilai RM yang di impikan.... itu lah...kalau kepala ular jangan di sangka ekornya belut... ;p

Maksud peribahasa: Yang jahat itu tetap jahat...

Macam kes saya..sungguh pun mereka antara golongan yang boleh di percayai dalam membicarakan kes² di mahkmah... Wallah hu'alam. Kerana warna biru nila yang setitik boleh membirukan putih susu satu jug!

Entry berkaitan boleh baca di SiNi dan SiNi.


Thank you read and support my writing. Please come again ya!!


Tuesday, March 15, 2011

Churp2: Tomok CornettoLove

Tomok expressing love in Cornetto Style!

Lafazkannya Dengan Stail Cornetto dalam Bahasa Malaysia! Bidalah untuk Tomok dan dapatkan sesi dendangan lagu istimewa daripadanya untuk melafazkan cinta kepada teman yang diminati.



Lafazkannya dengan stail Cornetto yang pasti menambat hati teman anda! Tempoh bidaan untuk Tomok ialah 14 - 24 Mac 2011. Layarilah Facebook untuk mengetahui cara bidaan! Like funpage CornettoLove.


Sumber: CornettoLove!!



~ Sayang @myn@ ~~



Monday, March 14, 2011

Penyakit yang saya baru tahu untuk tayar kereta... Cacing~~

Ingat orang jerk ada cacing... kereta pun ada tau!!!

Pagi tadi selepas punch in... saya terpandang tayar mish pepel di sebelah penumpang depan.. nampak lain macam jerk. Mr.A memang ada inform dengan saya yang kondisi mish pepel sekarang kurang stabil.. Lagi pun angin pada tayar tersebut dah bercampur antara satu lain (angin bisa + nitrogen).

Mana tidak bercampurnya.. kalau dah problem di sempolna nun.. di mana nak cari bengkel yang ada bekalkan angin nitrogen. Daripada tiada dan mish pepel tak boleh gerak.. belasah sahaja lah. Janji sampai ke destinasi. Mr.A lebih suka drive mista bobo, saya mana² pun tak kisah janji boleh gerak.. tapi rasanya lebih suka dengan mish pepel *merajuk nanti mista dengan saya*:p. Apapun saya rindu dengan mish pepel tau.. ahakss!


~Gambar cilok dari lappy Mr.A, maybe Mr.A google~

Kami bertukar transport supaya senang, anytime saya boleh bawa ke bengkel yang biasa kami rujuk di sini. Memang sejak pindah sini lagi kami biasa merawat tayar di sana.. itu pun setelah di tipu pekerja bengkel dekat bandar sana.. huk3x. Biasa lah kita akan bertemu yang buruk baru jumpa yang elok.. Moga yang elok ini berkekalan. Lagipun dah lama kami berurusan dengan bengkel nih. sampai kekadang mereka yang alert dengan Mish & Mista. InsyaAllah ^_^.

Macam tadi... masa pekerja dia buka tayar saya pandang jerk, mereka celup dalam air.. isnie selaku kerani kat kedai tu cakap "cikgu itu nak check samaada bocor kecil atau besar". Daripada reti sikit² bab tayar, bertambah la juga ilmu tayar di pagi hari.. Mereka memang mesra pelanggan. sebab tu saya suka ke sana.. Alhamdulillah. Bila dah siap check perkerja dia cakap sambil angkat kening kat isnie "cacing". Mulanya saya ignore jerk lah langsung tak paham. Pehtu baru isnie terang kat saya.. terus tergelak. Laju² juga saya call inform Mr.A..kami sama² gelak... kahhhh!

"Penyakit cacing nih lebih kurang macam tiub atau saluran angin tu terenggang antara pangkalnya, jadi angin mudah menyerap keluar, cara untuk atasi mereka ketatkan balik tiub tersebut"- istilah yang digunakan di klinik tayar.

Bila semua kerja² isi nitrogen semula dan pemasangan siap,saya balik ke opish.. Semua perkhidmatan yang diberikan tadi adalah Percuma!!!. Isnie cakap tiada apa² lah cikgu. Biasa sudah.. siap angkat ibu jari (Thumb up!). Saya apa lagi.. senyuman bertambah melebaQ di pagi hari.. dah la time tu senyum nama penyakit tayar pun tak hilang lagi di bibir saya.. ngee~~

Semalam Mr.A servis minyak injin mish, Mr.A tukar sendiri dirumah. Lepas siap kami pindah parking.. sekali terdengar pula bunyi break seperti permukaan berhabuk bergesel. Bingit sangat telinga.. Mr.A cakap standby duit maybe break pad dah nak nipis. Last kami tukar break pad adalah dua tahun yang lalu. Memang patutlah dia buat hal sudah.. sob3x..



~ Sayang @myn@ ~~

Churp2: MASTraveller

How do you like the sound of travelling for living?

Don't you wish you have all the money in the world so you could travel around the world? Ahhh.. The thought of visiting Eiffel Tower in Paris or sightseeing in New Zealand do jiggle the freedom we all yearn for far too long.



Well, listen up, Churpers! Cause we're bringing you the best deal ever! MAS Traveller is going to be the answer to your life long dream. All you gotta do is to craft a blogpost, upload a video and promote it.

With just 4 simple steps from MAS Traveller and you could be on your way to South Africa or even awesome Korea! Be quick. Put your creative hat on, and you could be the lucky ones to stand a chance to win TWO all-expense-paid trips and own a page on Yahoo! Travel. Share this with your family and friends today. Have fun!

Contest ends on April 1, 2011

Sumber: MASTraveller


~ Sayang @myn@ ~~



Churp2: DiGiSuperReload

Load your DIGI with more freebies today!

Hai Churpers, DiGi bakal menghujani anda dengan pelbagai ganjaran menarik setiap kali anda isi semula dengan pelan-pelan DiGi Prepaid™, tetapi apakan daya, setiap promosi menarik pasti mempunyai tempoh masa yang terhad. Sila ambil perhatian bahawa promosi ini akan berlangsung dari 1st March - 31st March sahaja.

DiGiSuperReload

Jadi jika anda gemar mengumpul ganjaran-ganjaran menarik, tungga apa lagi - isi semula sekarang juga. Lebih banyak anda isi semula, lebih banyaklah ganjaran yang bakal anda dapat! Cepat! Kongsilah berita gembira ini dengan rakan- rakan anda!


Sumber: DiGiSuperReload

~ Sayang @myn@ ~~



Wednesday, March 9, 2011

Now everyone can complaint!

BERAPA ramai orang mengetahui saluran untuk membuat aduan dan tindakan yang harus diambil jika menghadapi masalah hak diri sendiri dan kepenggunaan?

Kekurangan pengetahuan mengenai hak terbabit menyebabkan mereka tidak mengambil berat mengenainya.

Ada lapan hak asasi yang perlu diketahui iaitu hak mendapatkan keperluan asas, hak mendapatkan keselamatan, hak mendapatkan maklumat, hak membuat pilihan, hak bersuara, hak mendapatkan ganti rugi, hak mendapatkan pendidikan pengguna dan hak mendapatkan alam sekitar sihat dan selamat.

Bagaimanapun, kecenderungan beberapa pihak mengambil tindakan mahkamah mencerminkan masyarakat kita semakin peka dengan hak masing-masing, terutama membabitkan ketidakadilan terhadap mereka.

Contohnya, kita dipaparkan berita wanita yang didakwa dipaksa melakukan ketuk-ketampi sambil berbogel menuntut kerajaan membayar RM10 juta dan penyanyi Amy Search mendapat pampasan RM2 juta daripada syarikat rakaman seperti diarah mahkamah.

Tindakan mahkamah bukanlah satu-satunya pilihan pengguna.

Masyarakat mempunyai saluran alternatif bagi mengemukakan tuntutan jika hak mereka dicerobohi.

Tahun lalu, 416,414 kes sivil didaftarkan di mahkamah - iaitu 32 peratus kurang daripada jumlah didaftarkan pada 1999.

Penurunan kes mahkamah itu mungkin dibantu kewujudan tribunal dan biro yang dapat memberikan khidmat alternatif kepada pengguna yang menghadapi masalah.

Proses mahkamah memakan masa dan memerlukan perbelanjaan tinggi apabila membabitkan peguam. Ia tidak menguntungkan pengguna malah merugikan apabila membuat tuntutan di mahkamah, terutama membabitkan amaun kecil.

Sekiranya pengguna masih mahu menggunakan khidmat peguam tetapi tidak mampu dari segi kewangan, mereka boleh memohon khidmat Pusat Bantuan Guaman yang dikendalikan Majlis Peguam Malaysia.

Pusat terbabit memberikan khidmat guaman kepada semua jenis kesalahan jenayah dan kes sivil kecuali kes yang boleh membawa kepada hukuman mati dan penjara seumur hidup serta kes membabitkan tuntutan kemalangan jalan raya dan pemulihan hutang.

Selain itu, pihak kerajaan menyediakan Biro Bantuan Guaman kepada mereka yang memerlukan khidmat peguam tetapi tidak mampu membayar yuran guaman.

Biro itu mempunyai pejabat di semua bandar besar seluruh negara dan memberi bantuan guaman dalam kebanyakan masalah undang-undang kepada mereka yang layak kecuali kes membabitkan jenayah.

Dalam situasi membabitkan pengguna yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mana-mana peguam, pengguna boleh membuat aduan kepada Majlis Peguam secara bertulis.

Selain mahkamah, negara kita mempunyai pelbagai biro dan tribunal bagi menyelesaikan masalah pengguna dengan pihak lain, termasuk syarikat kewangan, perniagaan serta pemaju.

Kita mempunyai Tribunal Tuntutan Pengguna kelolaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah yang diuruskan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Biro Pengantaraan Kewangan, Biro Aduan Pengguna Malaysia dan persatuan pengguna.

Tribunal Tuntutan Pengguna menyediakan saluran kepada pengguna untuk membuat tuntutan ganti rugi ketika berurusan dengan pembekal atau peniaga.

Ia menyediakan perkhidmatan lebih mudah, murah dan cepat jika dibandingkan dengan mahkamah biasa.

Bidang kuasanya mendengar tuntutan ganti rugi tidak melebihi RM25,000 kecuali tuntutan berkaitan kecederaan diri atau kematian, mendapatkan kembali tanah, estet atau kepentingan mengenai tanah, soal berhubung hak milik atau kepentingan tanah, estet atau francais dan pertikaian wasiat serta rahsia perdagangan.

Pembeli rumah yang menghadapi masalah dengan pemaju pula boleh membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah.

Tribunal berkenaan menerima tuntutan pembeli rumah yang menghadapi masalah seperti rumah tidak dibina menurut pelan asal, ukuran kawasan tanah tidak menurut keluasan dalam perjanjian, projek rumah terbengkalai, kerosakan bahagian bangunan rumah, kemudahan tidak disediakan atau tidak lengkap dan rumah disiapkan lewat.

Tuntutan tidak boleh melebihi RM25,000 setiap kes kecuali jika pembuat tuntutan bersetuju melepaskan baki tuntutan atau mendapat kebenaran pemaju secara bertulis yang menyatakan persetujuan kes itu diperdengar di hadapan tribunal.

Bagi pengguna yang menghadapi masalah dengan bank atau insurans berkaitan perbankan, kewangan dan insurans serta mahu membuat tuntutan atau pampasan, mereka boleh memohon khidmat Biro Pengantaraan Kewangan (BPK).

BPK adalah badan bebas yang boleh membantu menyelesaikan pertikaian antara pengguna dan penyedia perkhidmatan kewangan (ahli BPK) terdiri daripada bank perdagangan dan komersial utama secara percuma.

Antara kes diterima ialah pertikaian membabitkan pinjaman peribadi dan perumahan, kad kredit/caj, sewa beli, akaun simpanan, akaun semasa, perbankan internet serta kes membabitkan insurans dan lain-lain.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menjadi pusat aduan setempat bagi membantu pengguna menyelesaikan masalah dan aduan mereka dengan menyalurkannya kepada pihak bersesuaian.

NCCC turut bertindak sebagai pengantara mempertemukan pengguna dan peniaga untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian.

Bagi memantapkan urusan penyelesaian sesuatu masalah, NCCC bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Penguat Kuasa KPDNHEP, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Malaysia, Majlis Peguam dan Biro Pengantaraan Kewangan.

sumber: Saluran tuntutan pengguna


*************************

Mana yang saya highlight color tu, adalah saya fikir macam benar dan bersangkutan dengan apa yang saya lalui...

Saya tengah mencari jalan untuk kes tuntutan Arwah adik saya... Ntah lah pening saya memikirkan. Mereka seperti mempermainkan sahaja... Macam mana pun saya tak boleh fade up! Cuba melakukan yang terbaik selagi mampu.. Allah s.w.t sentiasa ada bersama orang yang benar. InsyaAllah... :-)

Hari dah semakin hampir... 2 bulan jerk lagi. Kalau saya duk tunggu dengan alasan karut marut dari peguam tersebut.. memang kes nih tutup cam gitu jerk. Sian MakAyah saya. Pembayaran dah buat gara² manis nya bicara dari peguam tersebut... Sekali di ketuk sekali alasan peguam nih bagi.. sekarang nie saya rasa menggeletar dah badan, buntu tak tahu nak tuju ke mana..

If kawan² pernah lalui kes cam gini.. senang cerita kes di tipu oleh peguam atau pengalaman dari orang sekeliling kamu..sudi lah kiranya di kongsi dengan saya... Sekurang² nya dapat meringankan usaha saya... please~~~

Form e-Aduan NCCC klik SINI

Mode: Entry kali nih panjang lebar.. saya tak mahu skip²..sebab takut nanti lari fakta..


~ Sayang @myn@ ~~


Tuesday, March 8, 2011

siapa tahu nama Alat muzik nih? please~~

Kehh keh keh!!

Saya tak tahu nama alat muzik nih.. konpius! sebab Mr.A cakap dia panggey tetuang.. saya search internet jumpa artikal di bawah ni dan ada sekali dengan gambarnya. Macam larik tajuk jerk.. Ngee~~

" Tetuang adalah alat 'tiup' jenis trumpet. Ianya diperbuat daripada tanduk lembu ataupun kerbau dan lazimnya digunakan untuk berhubung khususnya di kalangan para nelayan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Mereka akan meniup Tetuang apabila tiba masanya untuk turun ke laut.

Kini alat Tetuang sudah dijadikan sebahagian daripada alat tiup untuk menghasilkan melodi drone dalam ensemble bagi perarakan dalam majlis konvokesyen di pusat pengajian tinggi dan persembahan seni pentas seperti dramatari tradisional ataupun kontemporari." sumber: SektorKebudayaan *kalau nak tengok gambar nya klik link tersebut ya* nice!



Rupa alat muzik yang Mr.A mainkan.

Mr.A ke Kota Kinabalu.. beliau di request oleh pihak sana untuk tiup alat muzik tersebut sempena kunjungan Yang di-Pertuan Agong kita.. Mr.A berat nak pergi sana sebab kami kan dalam proses rawatan untuk kehamilan. Tapi apa kandaya dah tugas.. Pegang ini jerk.. janji Allah itu kan indah. Setiap yang tertulis pasti ada hikmah di sebaliknya... InsyaAllah ^_^.



Weekend baru ni Mr.A bersungguh² testing alat muzik tersebut. Beliau risau takut nanti lain rentak pula yang jadi. Saya di rumah tahan telinga mendengar. nasib baik rentak lagu nya best...Lagu² istiadat yang Mr.A main kan. Bunyi alat muzik nie sangatlah kuat.. bergema satu rumah. ahaksss!!

Saya nak tahu nama alat muzik nih... nanti kalau ada insan² bertanya.. dengan penuh yakin saya kan menjawab jawapan yang betul... Jawapan Mr.A tetuang.. jawapan uols apa pula? fikir fikirkan... terima kasih~


~ Sayang @myn@ ~~

Sunday, March 6, 2011

Besarnya!! sampai kena pakai kren nak bawa naik yo!

Jangan pikir lain puloks tau.. sebenarnya, besar ikan pari Mr.A dan kawan² nya dapat sewaktu mereka Operasi di lautan Somalia dulu...hehehe! Sebenarnya.. dah lama Mr.A minta saya kongsikan di sini.. tapi saya yang malas. sebab benda yang bukan dari pengalaman saya.. tak syok rasa nak kongsi kat sini.. Mr.A selalu tanya.. "ayang dah masuk ka gambar abang?" kadang² saya jawab selamba... dah ada dalam folder di lappy... terus Mr.A muncung plus jelingan maut...Ahakss!!

Terlintas juga nak create blog untuk Mr.A...Biar di sana Mr.A cerita dari pengalamanNya sendiri.. tapi saya dapat agak, nanti mesti saya juga yang kena, daripada beban.. baik tak payah create...masuk jerk di sini sekali.. keh keh keh!



Macam best jerk saya tengok mereka di atas kapal.. Nak pula kapal macam hotel mewah yang tersedia indah.. Mewah MISC ni...Nanti kalau saya rajin saya masukkan kat sini gambar² atas kapal..Mr.A cakap bila kapal berhenti baru mereka memancing.. memancing adalah aktiviti yang selalu mereka buat.. kalau bosan karaoke. kalau rindu naik tower cari line call saya..tapi call jarang² sekali.. sms jerk banyak. Ate cam mana nak call.. kalau bercakap, 180 second berlalu.. saya kat sini baru nak dengar... Baik tak payah... hangin jerk rasa..



Telampau besar... pancing pun tak mampu nak tarik. itu yang pakai kren... Kebetulan kren nih mereka pakai nak tranfer barang dan makanan..


Ekor dah buang.. Mr.A cakap bahaya kalau kena. boleh bawa maut.

Besarkan!! Lebih kurang besar Mr.A.. hahaha! saya tanya Mr.A.. habis ikan ni makan ke sayang. ke lepas balik ke laut? Mr.A cakap depa makan.. Glupp!! Apa rasa ehh...sedap ka? wink*wink~



Saya kat sini selalu duk makan cucu cicit yang ntah ke berapa keturunan sudah.. buat cicah air asam..perghh! Menggiurkan... Okay lah.. di akhiri dengan picca mereka beramai² yang terlibat semasa kajadian.. Semua ini tinggal kenangan terindah untuk diri Mr.A.. Dalam ramai² nih saya hanya kenal Mr.A dah PO Jeff ja.. yang lagi² mahap na.. mokcik memang tak kenai.. hik3x.


~~ Sayang @myn@ ~~



Friday, March 4, 2011

Kehamilan: Macam kena gigit semut... Syok3x.

Semalam saya menyepi dari sebarang cerita kat sini.... kekangan masa dehh! Appointment yang saya cakap dalam entry kedudukan Rahim, saya tak terlepas ya.. saya pergi juga demi Amyna.

Mujur time saya pergi sana.. tak ramai pesakit. suasana tenang jerk... Saya fikir terpaksa tunggu lama macam hari yang lepas.. Itu sebab saya settle kan koje dulu... baru saya inform bos nak gerak ke sana.. kalau tahu cepat... saya pergi sana dulu... Ahakss!!



Mulanya saya tak sabar nak jumpa doktor.. bila dapat jumpa.. saya terus gementar tetiba.. bila tengok jarum yang doktor pegang tu.. pajang saaangat... Ouchhh! macam nak luruh segala yang ada kat badan saya.. hahaha!

Begitulah kalau terlampau takut kan.. dalam hati duk berbisik.. mesti kena buat myna... pejam ja mata.. tak yah tengok.. sesekali dia berbisik.. baik tengok. sampai bila nak takut.. dengan cekal dah tabah.. saya tengok dengan mata kepala saya sendiri...




Tak da lah sakit..macam kena gigit semut jerk.. chit~~ pehtu sedut.. masuk lah darah dalam botol a.k.a tabung uji seperti kat atas tu.. Euwww.. geli~~ Next appointment 11/3/2011 untuk amik keputusan....

Selepas balik dari klinik saya rasa penat sangat!! kepala ting tong semacam jerk... saya tertidur seketika di surau sambil menanti asar... heh!


Mode: Readers sekalian maya.. saya belum preggy.. cuma ini salah satu usaha saya. guna cara moden lagi.. tapi lain doktorNya.. cara tradisional merata negeri dah saya p.. apapun sabar dan usaha. Janji Allah itu indah~~


~ Sayang @myn@ ~~

Wednesday, March 2, 2011

Penemuan BOM lama di KLIA 2 punca 91 penerbangan terjejas hari ini

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Sebanyak 45 penerbangan masuk dan 46 penerbangan keluar terjejas Rabu berikutan penemuan bom peninggalan Perang Dunia Kedua di kawasan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) 2.

Pengurus Besar Korporat KLIA Nik Anis Nik Zakaria berkata kesemuanya membabitkan penerbangan yang dijadual antara 11 pagi dan 12 tengah hari serta 3 dan 4 petang.

"Polis Diraja Malaysia telah mengawal kawasan itu dan berkerjasama dengan Jabatan Penerbangan Awam serta Malaysia Airports.



"Pihak berkuasa memutuskan untuk memusnahkan bom tersebut di tempat penemuan dan menasihatkan Malaysia Airports agar menutup sementara kedua-dua landasan ketika tempoh terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kedua-dua landasan kembali beroperasi pada pukul 3.26 petang.

Nik Anis berkata penerbangan yang terjejas ialah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), AirAsia, AirAsia X, Firefly, Garuda, Iran Air, AirAsia Indonesia, Thai Airways, Tiger Airways, KLM Royal Dutch Airlines, Xiamen Airlines, Pakistan Airlines dan Eva Air.


Sumber: Bernama


~~ Sayang @myn@ ~~



peguam yang terlebih bijak!!!

Saya terpaksa berkomunikasi lagi dengan peguam yang benar² bijak... bijak memperbodohkan orang tua saya... Ishhh fanas hati ni... Mana pergi nya terapan nilai² murni dalam diri seorang peguam... Ohh ini urusan berkaitan Arwah adik saya yang bertugas sebagai maritim tu.. kes dah nak hampir 3 tahun..

Itu lah kan.. kerana duit yang menggunung manusia boleh berubah hati ibarat dalam sekelip mata yang di pejam... hmm!!



Ada tiga peguam saya berurusan sekarang.. Sebenarnya Amanah raya memang membuat koje mereka mengikut rule yang betul... tapi dengan adanya orang tengah antara family saya dengan pihak Amanah raya.. semua nya jadi huru hara.. Saaaaaaaaangat!!

Dua peguam nih.. memang tali barut yang sama.. vangang dan menyakitkan hati sungguhh!!

Peguam 1: Cakap kes kena fail kan di sabah juga..tak boleh buat di semananjung.. okeh saya faham.. tapi kenapa saya dan family call u tak jawab. masa mula² dulu bukan main manis janji.. saya tanya bila nak fail kes? pehtu saya tanya lagi..fail kes kemalangan selalu expired bila? boleh dia jawab 6 tahun.. Alahai jauh beza!! yang saya tahu hanya 3 tahun sahaja.. selalu kes kemalangan memang kena fail before 3 tahun.. peguam di alor setar pun cakap macam tu. Duit dah amik Rm2000. Bukan sikit tau nilai tu. Boleh beli tiket untuk saya balik kampung melawat family..

Kalau saya tak bertindak... memang kes expired macam tu sahaja. MakAyah saya pasti terkilan...

Peguam 2: Membuat helah dengan menggunakan nama Amanah raya.. Nasib lah pihak amanah raya boleh membantu saya dalam menyelesaikan hal ni.. timbul sudah kebijaksanaan yang membodohkan diri peguam itu sendiri.. ;p

Sepandai² tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga... ko tunggu okeh. Tak kemana juga.. saya memang tak dapat memperhatikan kelicikkan koje kamu.. tapi Allah s.w.t sentiasa memperhatikan kamu.. Ingatlah!!!

Satu peguam yang saya baru jumpa nih.. Alhamdulillah.. beliau bakal membantu saya dan family dalam urusan Arwah. Beliau juga telah mencerita, secara tidak langsung clearkan apa tindakkan yang patut saya buat sebagai anak guam.

Itu lah kan..

Sesungguhnya !!!
Allah memang sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah
supaya kita dapat menjadi
penilai yang baik

Saya bagi pihak family saya... memang tidak akan memafkan segala yang kamu hamik tanpa izin dari family saya.. Kita hidup kat dunia nih sementara aja... sebijak mana pun kamu.. kepadaNya jua kita akan kembali...

Peguam 2 dan peguam 2 adalah lelaki... peguam yang ke-3 nih perempuan :-)

psst: Hajah saya sangat senang hati bila semua yang tersimpul... terasa terurai sedikit demi sedikit.. Moga Allah s.w.t memberkati usaha kita.. InsyaAllah.. Al-Fatihah~~




~ Sayang @myn@ ~~



Hati yang mati..

Masinnya air laut tak mampu
menyerap ke dalam isi ikan
yang hidup di dalamnya..

tapi bila ikan tersebut telah mati,
secubit garam pun sudah cukup
untuk memasinkannya..

begitu lah dengan hati...
Hati yang hidup sangat sukar untuk di nodai..
Tapi bila hati sudah mati,
mudahnya dipengaruhi..

Moga Allah pelihara hati kita.

InsyaAllah.. Amin~~




Katahati: Kopipes dari status YM rakan saya yang bertugas di Politeknik Perlis.


~ Sayang @myn@ ~~



Tuesday, March 1, 2011

Kehamilan: Kedudukan rahim...

Last 2 week... saya dan Mr.A ke klinik berbayar. Biar lah sumbangkan wang daripada hati sakit dan menambah dosa marah² kan pe'el doktor di hospital nun.. Hmm... Uols boleh selak² di entry Perasaan Semalam. Allah maha adil.. sabaQ myna sabaQ.

Mr.A yang begitu excited masa kami di klinik Dr.Martati... Siap bagitau saya lagi nak ikut masuk masa saya terima rawatan nanti. Masa menuggu giliran dalam kepala hotak Mr.A dah macam² soalan nak di ajukan dengan doktor. Sob3x.


Kedudukan rahim saya dalam kedudukan yang betul dan baik..

Satu persatu doktor Martati periksa saya.. sangat² berpuas hati. Mr.A pun boleh berbual mesra lagi dengan doktor. Siap minta doktor periksa dirinya juga.. hehehe! Menurut kawan² yang pernah mendapat rawatan di sini..doktor martati memang peramah. So, no wonder lah mereka berdua rancak berbual...

3/3/2011 saya ada appointment untuk ambil darah... Esok lusa ja kan..Mr.A setting alarm lagi dekat henset saya dan henset nya. Semakin hampir harinya, berulang kali jua Mr.A mengingatkan saya.. Risau betul Mr.A takut saya lupa... hik3x.



~ Sayang @myn@ ~~


1st March sudah..

Hai Alls...

Lama saya tidak berkongsi cerita di sini.. Walaupun tak ada cerita di sini, tapi still ada kengkawan yang sudi menjengah ke laman Amyna... Alhamdulillah...

Terus jenjalan ke mari ya..Kebelakangan ni saya kesuntukkan masa nak melepaQ di sini. lepas ni insyaAllah saya akan kongsi kan cerita ceriti Amyna...



Banyak aktiviti.. tapi ntah... terpendam dalam memori begitu sahaja dulu... hik3x. Saya betul² mengabaikan dunia maya sekarang ni.. alahaii.

sehingga suami kawan saya kembali ke rahmatullah dah hampir 2 week.. saya baru tahu semalam.. Lambatnya saya.. Kesimpulannya di sini...bertapa pentingnya berfoya² di alam maya kan... info² terkini pun cepat... siapa setuju sila menarikan jari anda di atas keyboard di hadapan anda sekarang!!

Reen tabah kan hatiMu ya...demi anak tunggal yang belum tahu erti perpisahan Nyata..Myna tahu berat untuk reen.. tapi setiap janji Allah itu kan indah... Moga arwah suami reen di tempat di kalangan hamba² yang soleh... Al-Fatihah~~

Okeh Alls terima kasih banyak² dan take care ya!



~ Sayang @myn@ ~~




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...