Tuesday, March 8, 2011

siapa tahu nama Alat muzik nih? please~~

Kehh keh keh!!

Saya tak tahu nama alat muzik nih.. konpius! sebab Mr.A cakap dia panggey tetuang.. saya search internet jumpa artikal di bawah ni dan ada sekali dengan gambarnya. Macam larik tajuk jerk.. Ngee~~

" Tetuang adalah alat 'tiup' jenis trumpet. Ianya diperbuat daripada tanduk lembu ataupun kerbau dan lazimnya digunakan untuk berhubung khususnya di kalangan para nelayan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Mereka akan meniup Tetuang apabila tiba masanya untuk turun ke laut.

Kini alat Tetuang sudah dijadikan sebahagian daripada alat tiup untuk menghasilkan melodi drone dalam ensemble bagi perarakan dalam majlis konvokesyen di pusat pengajian tinggi dan persembahan seni pentas seperti dramatari tradisional ataupun kontemporari." sumber: SektorKebudayaan *kalau nak tengok gambar nya klik link tersebut ya* nice!



Rupa alat muzik yang Mr.A mainkan.

Mr.A ke Kota Kinabalu.. beliau di request oleh pihak sana untuk tiup alat muzik tersebut sempena kunjungan Yang di-Pertuan Agong kita.. Mr.A berat nak pergi sana sebab kami kan dalam proses rawatan untuk kehamilan. Tapi apa kandaya dah tugas.. Pegang ini jerk.. janji Allah itu kan indah. Setiap yang tertulis pasti ada hikmah di sebaliknya... InsyaAllah ^_^.



Weekend baru ni Mr.A bersungguh² testing alat muzik tersebut. Beliau risau takut nanti lain rentak pula yang jadi. Saya di rumah tahan telinga mendengar. nasib baik rentak lagu nya best...Lagu² istiadat yang Mr.A main kan. Bunyi alat muzik nie sangatlah kuat.. bergema satu rumah. ahaksss!!

Saya nak tahu nama alat muzik nih... nanti kalau ada insan² bertanya.. dengan penuh yakin saya kan menjawab jawapan yang betul... Jawapan Mr.A tetuang.. jawapan uols apa pula? fikir fikirkan... terima kasih~


~ Sayang @myn@ ~~

4 comments:

josrevalution said...

tak tahu plak aku..huhuh..folo u..folo me to..

Anonymous said...

Bugle.. http://www.youtube.com/watch?v=G-Pz5KsyfN0

Azlin Noor Abdullah said...

Bugle.

Azlin Noor Abdullah said...

Bugle.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...