Wednesday, March 30, 2011

Terbang dengan Firefly dari Sandakan Ke KLiA

KUALA LUMPUR, 30 Mac -- FlyFirefly Sdn Bhd, satu anak syarikat Malaysia Airline System Bhd (MAS), akan terbang ke Sandakan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 1 Ogos, 2011.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pemasaran/Komunikasi Firefly Angelina Fernandez berkata laluan baharu itu mencerminkan peluasan berterusan rangkaian operasi jet Boeing 737-800 syarikat penerbangan komuniti itu.

Firefly

"Dengan kemasukan perkhidmatan itu ke sektor berkenaan, Firefly menawarkan opsyen perjalanan yang lebih meluas bagi perniagaan dan liburan di Sabah dan Sarawak," katanya.

Selain laluan baharu ke Sandakan, ia juga akan meningkatkan kekerapannya kepada tiga kali sehari pada laluan Sibu yang diumumkan baru-baru ini, yang berkuat kuasa 1 Ogos.

Kini, syarikat penerbangan itu menyediakan perkhidmatan ke Kuching dan Kota Kinabalu dari KLIA.

**************************

Berita baik yang harus di sebarkan kepada kawan²..especially Ct dan Kak Lynn. Lepaih nih sila panjangkan lagi perkhidmatan Firefly dari Tawau Ke KLiA ya. Biar banyak pilihan yang kami boleh pileyyyy!

Saya ingat waktu saya balik bercuti awal januari hari tu, Masa tu pihak Firefly baru melancarkan penerbangan dari kLiA ke Kota Kinabalu.. Hati saya berbisik.. Nanti ada kot penerbangan firefly kLiA-Twu-kLiA... Moga apa yang terlintas di fikiran saya menjadi realiti... Kann kan!


Sumber: Bernama

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

4 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

bilalah dpt jmp myna ni?huhu

Wanzi said...

lepas ni lagi senang lah nak berulang-alik terus....

Amyna said...

@LM: Moga ada rezki kita untuk bertentang mata di alam nyata ya LM...InsyaAllah.

Nanti balik mai Malaysia.. meh la jenjalan sini LM.. tak pun kita jumpa semenanjung sana..

Amyna said...

@wanzi: lebih kurang cenggitu lah pren.. banyak pilihan sikit.. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...