Saturday, February 27, 2010

Untuk ratuhatiku..



Masih ingat lagik entry masa haku buat preparation untuk luncheon talk tue.Kan ada haku bagitau yang haku balik dari hotel terus ke airport. Semua tu demi insan yang tersayang merangkap ratu hati haku...

Opss!! bukan Mr.A ya... tapi mak haku yang tersayang. Kasihnya tiada ternilai. Kebetulan geng² bas uum sintok mai bercuti kat bumi sabah. Lama mereka² kat sini. sampai ke beufort mereka jelajah. Haku yang duk kat sini pun x pernah lagik sampai. huhuhu!!

Mak haku yang bagi tau, mereka datang melawat ke sabah. Mak haku cakap nak kasi no fon haku kat salah seorang d antara mereka merangkap saudara haku juga.. ngehh!!. Haku on sajork..yer lah mana tahu incase memerlukan pertolongan apa² ka.. haku kan d sini. Baik gunakan kesempatan ini sebaik mungkin... yuhuu!!.

Mak haku macam selalu lah, kalau haku x fon, mak haku yang fon...tanya kabar pehtu i luv u ~ u luv me! cerita ceriti... Haku kan duk jauh..perkembangan kampung kena tau juga. sapa kawin, sapa yang kembalikerahmatullah. sekurangnya haku x lah buta situasi. Lama² sekali balik kampung pehtu nak qada cerita mau x kesudah...silap² tertinggal cerita, cerita dah basi. hahahaha. itu ok lagik.. tapi kalau situasi yang melibatkan perasaan orang mcm mana? contohnya kematian. x kah buta kayu jerk kena hentam nanti. uihhhh takut². minta simpang lah...

Dalam duk cerita ceriti tue..mak haku ada terlepas cakap tetang henset arwah adik haku tue. Henset tu terjatuh...skrin dah rosak. call boley tapi nak sms x dapat lah. memang x nampak tulisan :(. Mak haku ada pergi ke kedai untuk baiki. Banyak pula prosedur nya.. Pendek kan cerita x perlu lah baiki.. benda dah x nak lama dengan kita. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Sayang seribu kali sayang. semua kenangan dari arwah 1 by 1 pergi. Henset N70 yang haku beli dengan arwah pun pergi atas sebab terlebey cerdik nya haku.

Masa mak haku bagitau yang henset tu rosak, haku ingat mau kasi duit suruh mak beli henset baru ikut pilihan hati mak.. Tapi haku tahu, sure mak x kan beli...sebab susah kalau mak nak guna duit yang kami kasi.. selalu mak akan simpan. Jadik haku ubah plan, ada dua plan
1- Haku beli & pos jerk ke kampung.
2- Bagi duit dengan adik haku (cehh), biar dia yang beli.

Sekali semua tu berubah apabila haku dapat tau yang mereka² ini ada d sabah. Sasaran haku mereka lah...hikss!! alang² juga mereka d sini. Tentu barang kiriman haku ni selamat sampai ke ribaan mak haku.

Ahad 21 feb, petang haku pergi kedai henset kat dalam bangunan pasaraya gient tue. tengok² dolu. banyak yang haku test. Haku nak cari yang buley video call dengan mak. Baru marvelouse. Dapat tgk muka.. ngehh ngeh!!

Malam tu puloks haku berbincang² dan tanya pendapat Mr.A.. bincang melalui fon sajork. uhukss!!. Cadangan awal suruh amik blackberry. alang² juga nak beli, mikir balik, nanti mak x guna, insan² lain yang lebey guna pula..hikss!! Petang esok tu after ofis hour, haku terus ke pekan. Tawaf lah haku d pekan tawau. majoriti kedai henset yang masih buka haku masuk.

Last haku tertarik dengan model yang ada d kedai henset tepi Pizza Hut nun.. Setelah berunding dengan Mr.A melalui video call.. Mr.A aprove untuk model tersebut. Haku pun terus Zasss!! cash & carry.



wokayyy!! siap di balut istimewa untuk ratuhatiku.



Dalam duk sibuk² nak check in..sempat yoo. Ehh seorang lagik x termasuk, ada d sebalik tiang menjaga barang lebihan... hihihi.



Dah siap check in.. bergambar kenangan dolu dengan anis.



Mereka dah boarding..
Ada juga gambar jon walaupun hanya belakang sajork yang nampak..

p/s: 220210460770

mode: esok paginya Mr.A balik ke tawau semata mata nak tengok cybershot itu d alam nyata. Mujur haku x excited balut lagik time tu...huhuhu!!



mandikan dia


Ok last cerita aktiviti haku untuk hari ini... before haku sampai umah tadik haku singgah dolu ke car wash. Kebetulan car wash tu x busy mcm sebelum ni. Sian Mista Bobo tu...lamanya x bersiram. Mr.A pun dah bising² kat haku. Kekadang bila dia bagi ceramah percuma tu haku diam jerk sebab haku tahu salah haku... Lagipun haku malu... gentolak nun sentiasa bersih berkilau. Mr.A rajin polish vs lap. Haku ni terus terang cakap...malaihhhhh!!

Dolu gentolak haku rajin juga. kekadang cuci sendirik kat umah. Sekarang Mr.A tukar bagi haku Mista.bobo kemalasan terus berganda² setinggi Mista Bobo. Haku kan kekurangan inci ketinggian.. terus rasa x kuasa nak buat semua tue...

Bukan haku x mau p bersiram.. tapi masa x mengizinkan. Time haku p, keta penuh kena tunggu.. Kalau sat x apa..lama pula. Hurmm!! terus haku cancel.

x p cari car wash lain dah..Haku suka p kat car wash pilihan hati nie. Kat tempat lain haku kurang sikit. Pendek kan cerita x memuaskan hati haku. Jadik buat apa nak bazirkan duit..



Haku minta pekerja merangkap pakcik untuk check tekanan angin tayar sekali. Alang² dah satu bengkel.. Baik gunakan kesempatan yang ada. Lagipun dorunk ada alat untuk check tekanan tayar.. hihihi.


Mode: Teringat puloks ilmu yang d perolehi dari apai masa kursus asas kenderaan. Penting tu..jangan buat main.

batik dan mereka ( *_* )

Sempena dengan luncheon talk tu, kami d minta untuk memakai pakaian batik.huhuhu!!


batik

Berempat


baju batik

Bertiga


kain batik

Berdua


Mode: Bila lah dapat pergi ke pantai timur lagik. hurmmm!!!



bErmULAnyA LUnchE0n tALk

luncheon talk

Jam 9 - Mesyuarat dekat bilik belian

Y.B Datuk

syhhhh!! mesyuarat sedang berlangsung.

Awal² pagi haku menapak dolu ke bilik belian, sekali lagik belian bukan berlian. ngeh ngeh!! salah² lagik haku... sebab salah satu huruf jerk..kena edit semula background untuk mesyuarat tu. Nak jadik cerita haku x save dalam .psd ( photoshop), tapi .jpg terus... Kunun excited macam dah betul, sekali salah salah salah lagik... Makanya kena uat semula.. huhuhu!! haku buat dengan hati yang tenang, setenangnya!! Tenang sebab bilik tu memang complete. Memuaskan hati haku.

mesyuarat jawatankuasa

Bergambar dolu.. handbag pun x sempat nak simpan.

haku sampai tingkat 7 tadi..terus pantau keadaan bilik belian..Alhamdulillah semuanya settle. Extension cable untuk lappy pun dorunk ada sediakan, PA sistem pun berfungsi dengan baik & setiap tempat duduk ahli mesyuarat ada d sediakan microfon. Guddd!!. Jadik haku just setting paparan bagi cun melecun jerk.. ~ Tapi ada cacat sikit lah, lappy jabatan semput (heng) masa Pengarah duk next next. 2 tiga kali juga haku bangun p settle.. ishhhh!! Kesimpulan nya... haku kena selenggara lappy² yang ada d unit kami nie. Sayang Ooo.. hak kerajaan Malaysia.




Menu breakfast yang di sajikan untuk kami a.k.a Ahli Jawatankuasa.


Sebenarnya...nak ke tingkat 6 itu, ada jalan pintas nya. cuma penat sikit menapak anak² tangga. Haku jerk yang x tahu..itu lah kan malu bertanya jauh perjalanannya... bila dah jauh. mulalah sesat jalan. Walaupun dekat sudah jalan pintasnya haku x turun pun ke ballroom III . x sempat.. Masa haku tengah breakfast.. Ketua Program a.k.a k'gie dah bagi signal kat haku..kena masuk bilik sebab mesyurat dah nak bermula.. Perlu mengambil tempat sebelum Y.B dan ahli² jawatankuasa masuk. Jadik haku x sempat lah nak jenguk kat sana.





bergambar sure sempat.. hikss!!

Lagipun haku x risau sangat dah d sana tu..semalam haku dah try n error & tunjuk ajar step by step kat nani apa yang perlu dilakukan.. Jadik haku just sms jerk dengan dia untuk pantau d sana... Terima kaseyy banyak² wahai sahabat ku hasnani.. huwuiii...

Jam 11.30 - Launcheon Talk dekat Ballroom III.



Settel metting haku terus switch off kan lappy & lcd, kemas² segala. Pehtu menapak melalu anak tangga terus ke ballroomIII. Dekat sangat!!! tapi tercungap² juga nafas sebab membawa beban kiri kanan... hahahaha!!

Pengarah dan Y.B. Datuk Hj. Tawfiq bersama Ahli Jawatankuasa lain turun melalui lift. Jadik haku sampai dolu ke ballroom sebelum dorunk.. vanggaaaa sat!!!

Menghampiri dengan ballroom.. pendengaran haku di sajikan dengan lagu 1malaysia versi student limkokwing tu, tersenyum kambing haku. Hati rasa lega.. Penat pun terus ilang. xoxoxo. Sebab video yang dihasilkan sedang memecah suasana ballroomIII..

Alhamdulillah...untuk part teknikal, Program Luncheon Talk di ballroom berjalan dengan lancar. Cuma ada sedikit trip/shorting waktu Y.B berucap. sedikit saja... x menggangu majlis pun, x tahu lah kalau ada yang x perasan. haku memang perasan..sebab haku jadik sensitip tetiba dalam part gitu. yer lah... bidang tugas yang di amanahkan tue..harus dipikul sebaik mungkin...



Majlis penyampaian cenderakenangan dari pihak Kolej yang di sampaikan oleh Ayahanda Samsudin Abdullah kepada Y.B Datuk Hj. Tawfiq Bin D.S.P Hj. Abu Bakar Titingan.



Menu lunch... makan sampai ketat peyut. x cukup lagik, tapau bawa balik umah. hahaha!!

Kami bersurai dari hotel hampir jam 2... Pulang dengan peyut yang kenyang, kiri kanan, depan belakang ada barang. Situasi haku cam gitu sebab haku bawa beg lappy, handbag, bungkusan makanan lagik dan Mug yang kat atas tu pun haku rembattt.... Bukan haku jerk yang rembat mug tue, kawan² haku pun sama. Ajk hadiah kasi green light. Apa lagik... sambarrrr dow!! Terima kasih uols ~ k'rina, wilson & shelliza....






Friday, February 26, 2010

Luncheon talk prep


26 Februari 2010 (JUMAAT)

Ari ni haku bersama ahli jawatankuasa yang lain..kami sama² p kat hotel promanade untuk persiapan program esok hari. Program Launcheon Talk bersama Yb Tawfiq. Dalam program kali nie haku di lantik sebagai Ajk teknikal.. Makanya haku kena pastikan part tugas haku berjalan dengan lancar. InsyaAllah...

luncheon talk

Program ni melibat kan dua lokasi yang boley d katakan jauh juga lah nak menapak antara satu sama lain. siap dengan lift segala. Satu d tingkat 6 & satu lagik tingkat 7. Dengar macam dekat jerk kan.. sebenarnya, bukan lift yang sama buley guna.. untuk ke tingkat 7, perlu turun ke loby & naik lift yang seberang nun pula.. uwaaaa banyak nak menapak. haishhh!!

Mujur lah haku ada pembantu... leh la bahagi² tugas. alau x, menggelupur lah nak menapak nanti. sure berpeluh segala... keh4x. Maka nya perlu pastikan semuanya lancar, Dekat nani tadi pun haku dah ajar step by step apa yang dia perlu lakukan. Takut x sempat dow.

Nani haku amanah kan dia untuk jaga 2 unit LCD, haku pula 2 unit lappy.





Alhamdulillah...tadik masa haku d sana, persiapan dewan untuk launcheon talk dah settle 99%. PA sistem, lcd screen berfungsi dengan baik... esok d sana haku punya partner just pasang laptop & buka fail yang patut² untuk tatapan tetamu. hehehe.

Sekarang ni cuma bilik berlian untuk mesyuarat jerk blm lagik settle, dalam 60% gitu. Asalanya kat bilik seraya, tapi atas sebab tertentu d pindahkan ke bilik berlian. Tadik masa haku nak balik, pihak hotel tengah setting table cloth, haku ada tengok LCD screen & PA sistem pun dah ada d situ. Ingat nak tunggu sampai settle.



Masa tu Ajk lain pun dah balik sudah & nani pun mau balik juga. Haku pun ikut balik lah, huwuii x da geng, takut². Lagipun haku ada urusan lagik untuk ke Airport.

minit mesyuarat

Dari Ajk hadiah untuk tetamu yang hadir... tersusun (^_^).


Sebelum balik tadi, Pihak hotel tu janji dengan haku yang semua tu akan settle.. Jangan risau. Harap² semuanya settle esok... Paling² best, dia cakap LCD kat bilik berlian pun pihak hotel akan disediakan. Kami just bawa lappy jerk... Ringan beban nani nak megendong LCD. Alhamdulillah. Sian juga haku tengok nani tadi, dah la dia ada penyakit Ampus. Bayangkan lah... cam na gaya nafasnya.. Tersentuh hatiku. Haku nak tolong lebey² tadik.haku pun berat juga membawa kiri kanan mengendong lappy... Huhuhuhu!!



Kami dalam lift mau ke bilik berlian. Yer lah sebelum kami balik harus menapak ke sana. Resah hati mokcik tau, lagi x tengok dengan mata kepala sendirik. Bila pihak hotel dah cakap cam tu...harap semuanya lancar. InsyaAllah.

Dari hotel promenade...haku terus ke airport demi insan yang tersayang merangkap ratu hati haku...Jengg jeng!!!!




yabedabeduuu!!

Lama nya x berceriteria d sini. Apatah lagik terjah ke blog kawan². Banyak menda yang haku nak semadikan. Tapi ntah, tetiba perasaan tu kelam kelammmmm dan terus timbul la M. ~ngeh.





Friday, February 12, 2010

tudung model baru ( ^_^)

Tudung syiria, selamat sampai kat ribaan haku. haku buy dengan ceri. Actually haku memang duk cari tudung stail berscarf gini, plan nak p riki² kat pasar gantung nun. sampai sekarang hajat itu belum tercapai. Tambah² lagik sekarang tahap kemalasan yang tinggi mengusai diri haku mau terjah ke sana nun. Salah satunya mau parking, sikit punya susahh lorr...serabut perut rasa.

Akak haku suruh p tengok harga udang kering kiriman kawan nya, belum lagik haku tunaikan. itu lagik la bukan d pasar gantung, tp pasar tanjung. berganda² lah kemalasan haku :( .

Mak sedara Mr.A puloks suruh haku p tengok mutiara. Masalahnya bukan mutiara standard yang haku kenal tu, tapi mutiara warna warni.. hurmm!! haku tanya kawan² kat opish, depa cakap d kota kinabalu ja ada.. lagik haku jadik malas. maaf yer Mak Njang. Minggu ni kalau teda hal.. cek p tengok na. InsyaAllah.

okies..berbalik pada cerita tudung baru & model baru tu..

my pren mau cuba.so haku kasi jerk. Bukan main bersemangat dia sarung scarf tue. sempat lagik buat lawak masa nak sarung scarf, scarf tu kan ada dua warna, nak kasi match dengan bajunya.. sarung masuk pehtu sarung keluar...pusing² jak kot tu.




ha... tengok, sampai gitu dah qoedahnya. Hahahahaha, sekali dengan haku pun jadik konfius. memang lucu sangat time ni!!



Akhirnya berjaya juga d sarung kan.. Tadaaaa!!



Posing lagik... huhuhu!!

ini semua sekadar gurauan vs suka² antara kami jerk. Jangan ada pula yang duk meroyan berkait isu yang tengah hot sekarang ya.. memang x terlintas d hati kami. Kan dymp!







Wednesday, February 10, 2010

Alhamdulillah..k'lyn dapat baby gurl (^_^)

Alhamdulillah syukur, rakan opish selamat melahirkan baby gurl. Masih ingat ka dengan entry besday bulan januari lalu. kawan haku yang pregnant tue.. nak mudahkan fahaman hampa semua meh tgk kat sini. yeszaaa!!

Sebelum tu... terima kasey banyak² kepada teman haku yang comey mengatasi beskom cumil. hahaha!!. Dia lah yang habaq kat haku.. bukan main semangat lagik suruh haku tengok fesbuk. dia bilang ada gambar d tag kat acc haku.. Haku dalam sibuk² nak keluar p lunch, sempat lagik login fesbuk. yer lah mau tengok gambar apa..teruja noks!

Sekali gambar apa... ahaaaaaaaaaaaaaaaaa!!






baby gurl Janilyn Salcedo, Lahir pada 8 Februari 2010, Jam 8.35 pm.

1st tinguk gambar ni haku x assume pun baby k'lyn.. haku duk ingat tengah² bulan Febuari gitu. Bila dah baca caption baru haku... uihh Alhamdulillah. comeyy comey secomey tuan empunya blog.. nak juga tue tempias.. keh4x.

Tahniah buat k'lyn & family.. semoga baby dan mak baby sentiasa sehat walafiat.. Doakan haku juga dikurniakan rezki ini.. InsyaAllah.



mode: CNY nie dapat turun sandakan best juga.. banyak tempat leh ziarah..tapi semua tu hayalan semata². Hampehh nyok!







Sunday, February 7, 2010

Alhamdulillah jati terbeli, astro dah dapat signal.. hoyehhh!!

7 February 2010 (Ahad)

Bertambah satu unit lagik koleksi kayu jati d pondok amyna. Alhamdulillah. rezeki pemberian ilahi. memang haku ada plan nak tambah koleksi, tetapi semua tu terpaksa haku skip dulu memandangkan keadaan pondok haku sesak sangat sekarang. itu baru tinggal berdua. Yer lah pondok yang haku menyewa ni hanya ada 2 bilik sahaja. Barang² Mr.A memang dah penuh 1 bilik.. ku pikir nak beli kan almari khas untuk barang² Mr.A sahaja. Tapi ntah bila.. sebab bila p riki² jerk, Mr.A x berkenan d hati gitu.. Hurmmm!! Tetapi hari ni semua tu ku ketepi kan. tengok jerk terus hati tertarik... meronta² nak juga, nak juga... wahhhh!!!

Apa lagik.. teruss zass!! selamat parking kat ruang tamu pondok haku nie.. heh heh heh. Memang terasa kepadatan gitu, nak lalu ke dapur jerk tersentuh jati.. Plan nak pindah ke umah yang lebey selesa.. tapi bukan skrg ohh, setakat dua orang kami jerk apalah sangat halangan itu. Kann kan!!

Mr.A tersenyum ala² kambeng gitu tengok jati yang tersergam indah di ruang tamu, cuma kali nie Mr.A x da nak bergambar bagai macam jati yang sebelum nie. Adakah kerana malu dengan haku.. Ahakss!! Alololo... Apapun haku tatap sayang chenta hati haku itu.. luving u so much sayang!!

Ari ni juga pondok haku dapat sambungan Astro cemerlang.. sebelum nie hanya iklan semata². Piring tesergam, signal nya hampehh nyok. Terima kasey buat jiran tetangga haku, isteri abg raof dan en razak. Dorunk lah yang membantu. Kalau x memang kesudahnya iklan jerk piring tue.. hikss!!

Bukan haku x usaha contact pihak astro, tetapi semuanya minta haku regster baru & buat pemasangan baru. Apa kehalnya yop. Barang semua ada, complete...cuma mau cari signal jerk..
sebelum nie masalah tiada tangga untuk gantung piring, bila dah ada tangga, Mr.A gantungkan piring.. timbul pula masalah signal. Memang kena serah pada yang pakar... Mujur lah en razak tu memang koje dia buat pemasangan Astro. Jadik memudah koje haku & Mr.A.. upah sajork en razak. Kabel² semua d selit rapi, kemas... memang dah koje en razak, kompom lah dia tahu kan..

Jadik kesudahannya... malam ni dapat menonton gelanggang raja lawak berteman kan jati baru dan bersandarkan astro/tv... Syukur Alhamdulillah dengan kelancaran urusan kami ari nie. Semua rezki ini adalah kententuan darimu ya Allah...



Mode: 07021030900




hEpy bEsdAy to tEmAn² - hALijAh & hAmIzA

yoo..lebey kurang sama macam entry besday bulan lepas, leh rujuk sini . Kali ni pun kami celebrate untuk dua orang juga. Tapi untuk kali ni lain sikit sambutan nya.. heh heh heh.



1st plan.. Awal pagi kami adakan breakfast, kononnya hanya itu sahaja majlis untuk celeberate besday dorunk.. Plan mau buat kejutan kan. mestilah plan tu mau rapi dan sukses. Menu pagi untuk breakfast disediakan oleh k'syifa, kami minta k'syifa gorengkan maggie.. huwuiii maggie jerk, mcm x berbaloi kan. tapi dorunk still accept.. padahal masih ada lagi kejutan yang menanti. huhuhu!!



Opss!! rini laks gorengkan hotdog untuk di nikmati bersama maggie. Terima kasey buat mereka berdua, kami yang lelainnya, bawa peyut untuk ngap sajork. Alhamdulillah.. kenyang!. Pagi jumaat tue selamat sarapan di unit psh.



2cnd plan.. Diteruskan lagi untuk agenda d tengah hari.. Nyaris² plan yang ke-2 ni mau kantoi atas kesilapan haku sendirik. Huhuhu!! Apapun syukur Alhamdulillah, mujur haku leh cover baliks. Terlampau excited gitu lah qoedahnya. Dalam situasi tu terus haku ajak besday girl (halijah@jaja), pekena ABC.. kunun nak tutup kesangsiannya. Dia on sajork. Padahal itu adalah gimik semata² untuk tengah hari tu. I m sory to jaja. Terima kasey to fara juga sebab kasi idea tunggu rini balik jap. tercover teruss segalanya... hikss!!

Actually, Plan untuk celebration tgh hari nak di buat kat bilik pensyarah. haku dari opish nie teruslah ke bilik pansyarah. sekali sunyi jerk. Terus haku dengan lajunya turun ke unit psh. itu pasal lah nak terkantoi dengan besday girl (halijah@jaja). huwuiiii.

Puas lah mengatur strategi agar x terkantoi untuk ke-2 kali nya.. yer lah dua orang besday girl duduk pula lain² lokasi. Tapi Alhamdulillah dengan kerjasama semua kami dapat kumpulkan besday girls nie di satu lokasi yang sama iaitu d bilik pensyarah. Haku pun turun semula ke unit psh untuk membantu kawan². Masa ni haku inform dengan jaja, nak turun jumpa dympna. Nanti bila rini dah balik, inform haku.. kita bergerak sama pekena ABC. Jaja sambil mengunyah kuih cincin, yer iyer kan saja. Haku apa lagik..Zasss turun ke bawah. Memang hari tu haku ulang alik jerk dari atas ke bawah. hikss!! . Haku tinggalkan dorunk (jaja&ustazah) dengan k'syifa..



Dalam kegelapan saat menanti besday girls turun.. hahaha sungguh bersemangat gitu, Peace no war :p

Bila semua dah get ready, kami roger k'syifa untuk bawa dorunk turun ke bilik psh. Akhirnya masa yang d nantikan...




Suka suka & suka....



termasuk lah kami.. hikss!!



Aksi² Camera women x bertauliah :p




Halijah@jaja(10 Februari) & Hamiza@ustazah(2 Februari)







Masing² dengan cupcakes. kiri~kanan laks tu cupcakes. terima kasey to sidar, tolong snap gambar kami..



dengan sidar bersama cupcakes.. snap sendirik oleh sidar. ahakss!!



Haruslah bergambar ramai² sebagai kenangan untuk feb 2010. Ceria semuanya!!!



mode : nama2 dorunk nie ada iras sikittt nama haku. kebetulan puloks. halijah~halimatun & hamiza~hamina. huhuhu!!



Friday, February 5, 2010

Jom Join Contest (menang Couple tee's)

syarat² untuk join contest :

1- Adalah sorang blogger dan ada blog sendiri ~done!
2- Gambar yang digunakan adalah gambar sendiri ~Opcos



3- Letak banner (gambar jom join contest) di atas nie kat dalam n3 kamu, jangan lupa juga tepek kat sidebar blog kamu. Pehtu jangan lupa! backlink kan ke blog penganjur yer. Penganjurnya adalah Aisumi's . ~done!

untuk haku...dah faham, maka settle part syarat². leh teruskan..Zassss!!


cara nak join contest :-

1- Tajuk entry "Jom Join Contest (menang Couple tee's)"

2- Hanya satu gambar sahaja perlu d sertakan.



inilah penyertaanya...

Haku bersama Mr.A sewaktu bercuti² ke Kota Kinabalus..


3- tinggalkan komen/link entry anda d blog penganjur.. untuk memudah penilaian pihak penganjur..wahaha!!



Tarikh tutup 7 Februari 2010 ~peluang utk menyertai hanya tinggal 2 hari sajork lagi. Kepada kawan² yang nak tahu lebey detail. sekali lagi, klik kat sini .

p/s: terima kaseyy banyak² kepada sumi.. sudi menganjurkan contest ini!!!

Tuesday, February 2, 2010

Info keselamatan utk keluaga

ini adalah entry dari email yang haku terima dari adik praktikal d opish lama haku. eddy.. subject asalnya email nie membuat kan perasaan haku diselubungi kesedihan yang berganda² kembali. tambah² lagik melibatkan si kecik yang belum kenal hitam putih kehidupan.

Nak lindungi perasaan itu, haku ubah dr subject asalnya "tempat tidur maut".

Pada mereka yang memiliki bayi lelaki@perempuan pastikan katil tidur yang dibeli bersesuaian dengan peringkat umur anak kita (as pic). SEKADAR INFO KESELAMATAN UNTUK KELUARGA.

keselamatan di rumah

Gambar 1

keselamatan kanak kanak

gambar 2

email penuh :

Seorang ibu mendapati anak tercintanya telah maut terbujur kaku dengan kepala tersepit di teampat tidur, bayi tersebut didapati maut saat berusaha turun dari tempat tidurnya ketika baru bangun pagi, melihat tanda di tempat kejadian, diyakini bayi tersebut maut akibat kekurangan oksigen, dia tidak dapat membebaskan kepalanya dari sepitan kayu,mulut dan hidungnya tertutup cadar sehingga teriakannya tidak dapat didengar siapapun sementara kakinya menjuntai kebawah tidak dapat menyentuh lantai. Melihat cariikan pada kain cadar dapat bayangkan penderitaan bayi tersebut saat menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bagi rakan² yang mempunyai anak² kecil terutamanya bayi, berhati-hati selalu ya. Perhatikan keselamatan setiap saat kerana ditempat tidur pun kecelakaan buley berlaku bila kita tidak mengutamakan keselamatan.


p/s: semoga bermanafaat..insyaAllah :D




Lawatan kerja KP 2010

kolej komuniti



biru d situ sana sini dan sinun :p

Lawatan kerja oleh MEJAR PROF MADYA KAMARUDIN BIN KASIM

Ketua Pengarah Pengajian Kolej Komuniti

2 Februari 2010



p/s: carilah d mana haku...hikss!!




.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...