Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Tuesday, November 6, 2012

Kami bersama hero Trilogi Cinta!!


kih kih kih... #gelak sopan

Padahal banyak lagi filem yang En Rosyam berlakon sebagai watak utama, tapi nak juga letak trilogi cinta.. Masa opismate zoom kan gambar rosyam di atas stage, terdetik di hati saya, eh hero trilogi cinta pun ada malam nih... kuat sungguh aura drama tu dengan hati saya kan!


Slot untuk En Rosyam bersama usahawan penduduk sekitar kampung Merotai adalah besok hari nya.. Malam tu just touch touch!!



Termasuk lah saya... tumpang meriah sekaki.. yang syok nyakan.. En Rosyam cakap kedah. "hah! mai mai.. boleh boleh". Mungkin dia dengaq slank saya kot, saya masa tu memang tak dak nak bahasa baku dah aihh... hantam ikut sedap mulut ja. seronok punya pasal. Eee.. ee... masih teringat ingat lagi En Rosyam cakap... 1st time tengok live muka En Rosyam nih.. di tivi tu lain sangat²... secara live... subhanallah indah cipataan Allah ;-) Gebuuuuuu plus putih kalah kulit saya tau!


Kebetulan nak jadi rezeki kami malam tu.. Terpaksa menapak ke area stage utama di depan sana. Datuk seri Noh tak datang melawat ke setiap booth pameran. So PIC Karnival MKMF minta saya wakilkan untuk hantar cenderahati kami kepada Datuk Seri.. Laju² saya menapak ke kereta Datuk Seri. PIC follow di belakang... di tapak karnival masa tu hujan, lecak sana sini.. kalau tak pandai kawal jalan..silap² terjelepuk tak pun tenggelam la kaki ko dalam tanah...



Saya sampai ja di kereta Datuk seri, saya minta tolong dengan Datuk Tawfiq untuk sampaikan kepada Datuk Seri.. Saya semestintya lah segan bagan.. dah tu ngam² di depan Datuk Seri berdiri.. lecak yang luas terbentang... memang tak boleh nak menyelit sampai ke depan Datuk Seri.


Kebetulan juga Datuk Tawfiq di sebelah Datul Seri. Datuk Tawfiq selaku penasihat opish saya.. memang ngam lah tolong wakilkan... Alhamdullillah.. Allah permudahkan urusan saya malam tu!

Balik rumah.... Pendam dulu keseronokkan hati, tak tunjuk kat abang lagi sebab abang nenyak tidur dah malam tu... kepenatan. Besok pagi nya... saya tunjuk, geram ja abang tengok. rasa nyesal la tu tak ikut saya ke karnival.

Mulanya memang nak ikut saya, tapi paip air di luar rumah buat perangai nak kena ganti baru dan abang pun letih, baru sampai dari pangkalan.. itu yang last dicide abang tak join saya kek karnival. Saya pun mana nak tau yang Rosyam ada malam tu.. kalau tau saya tak bagi abang baiki paip air lagi.. biar lah susah payah dulu..tutup meter buka meter setiap kali nak guna air.

Tak pa lah abang... bukan rezeki untuk abang jumpa retis lelaki, mungkin retis perempuan pulak kot.... hewww~~




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!


JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Friday, March 25, 2011

Miera Leyana mohon maaf atas apa yang berlaku...Zass!!

Miera Leyana, pelakon remaja yang sedang meningkat naik, baru-baru ini telah menimbulkan kontroversi berikutan pakaian yang diperagakan di majlis Malam Gala ABP – Rafflesia, sempena Anugerah Bintang Popular 2010, dikatakan seksi dan menjolok mata , sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak.

Miera Leyana

Dalam mendapatkan penjelasan mengenai pakaian yang dikatakan ‘menjolok mata’ itu, Miera Leyana telah ditemui sehari selepas majlis berkenaan yang diadakan di Le Meridien, baru-baru ini.

Bagi Miera, dia memohon maaf atas apa yang berlaku, ini disebabkan beberapa kejadian saat akhir yang tidak dapat dielakkan.

‘Baju yang direka oleh Wan Huzairil untuk majlis berkenaan, memang direka untuk fesyen sedemikian. Pada cubaan kali pertama setelah siap, ianya agak besar dan saya telah meminta untuk dia mengecilkan sedikit saiz baju berkenaan,” cerita Miera

“Dan selepas dari itu, saya tidak mencubanya, sehinggalah pada petang acara itu akan diadakan, sekitar jam 7 malam. Sekali imbas, saya melihat ianya sebuah baju yang cukup cantik dan sesuai dengan saya.”

Miera menjelaskan lagi, “Ketika sampai di acara berkenaan dan setelah selesai sesi temuramah dan pengambaran, barulah saya sedar yang baju itu ‘menjolok mata’ seperti yang dikatakan. Saya mohon maaf atas apa yang berlaku dan tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak. Saya kesal dan percaya, perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi,” katanya dalam nada yang penuh kesal.

Mengenai jawapan Miera Leyana dalam sesi temuramah yang dikatakan cukup puas hati dan selesa dengan baju yang dipakainya pada acara berkenaan, dia menjawab, “Pada waktu berkenaan, saya tidak perasan yang baju berkenaan begitu ‘menjolok mata.’ Jadi jawapan pada ketika itu berdasarkan rekaan baju berkenaan yang cukup selesa dan sesuai dengan citarasa saya.”

“Mengenai jawapan saya mengenai, nampak sedikit sahaja, ianya satu jawapan yang tidak menjurus ke arah konteks yang saya berbangga dengan apa yang dilakukan, tetapi lebih kepada situasi berkenaan dan tidak menjangka akan memberi impikasi yang kurang senang kepada orang lain,” tambah Miera Leyana lagi.

Diminta mengulas mengenai penyebaran gambarnya dalam majlis berkenaan, yang diambil secara sembunyi dan menampakkan bahagian tidak sepatutnya, di beberapa laman sesawang dan forum, Miera berkata, “saya agak terkilan dengan penyebaran gambar berkenaan yang diambil secara sembunyi (gambar amatur) dan dimuatnaik ke laman sesawang tertentu. Saya telah melakukan kesilapan, tetapi saya merasakan tidak wajar diperlakukan sedemikian. Hidup saya seperti diburu paparazzi Hollywood.”

“Saya akui yang baju rekaan Wan Huzairil itu agak seksi dan ianya satu langkah agak berani untuk memperagakannya. Untuk sekian kali,dengan rasa rendah diri dan ikhlas, saya memohon maaf atas apa yang berlaku.”

Miera Leyana, anak kelahiran Johor ini semakin dikenali setelah terlibat dalam drama Kamelia Katrina, selain pernah membintangi drama online di portal hiburan, gua.com.my iaitu Luna Fantasiku arahan Aziz M. Osman. Terkini, Miera telah turut serta dalam sebuah filem aksi penuh emosi arahan pengarah terbaik, Mamat Khalid, Apokalips X, yang akan ditayangkan pada awal 2012. sumber: GuaDotCom

************************

If nak tengok picca beliau masa malam anugerah ABP... uols klik lah link sumber yang saya nyatakan..di sana ada memaparkan gambar beliau.

Nabi Muhammad s.a.w menyukai umatnya yang saling maaf memaafkan. Sedangkan nabi muhammad saw memaafkan umatnya,inikan kita umatnya apalah sangat, tidak jatuh maruah atau pun harga diri anda kalau saling bermaaf maafan antara satu sama lain.

Maafkalah kesilapan insan, mungkin hari ini giliran kita untuk memaafkan kesalahan orang lain, siapa tahu satu hari nanti akan tiba giliran kita pula yang mengharapkan kemaafan. Bukan kah pada masa itu nanti kita akan sangat2 berharap agar mendapat belas kasihan dan keampunan. pendekkan kata... baik buruk biar Allah s.w.t yang nilai. Kita cukup lah sekadar memaafkan beliau jangan mengkritik. :-)


Thank you read and support my writing. Please come again ya!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...