Showing posts with label Tawau. Show all posts
Showing posts with label Tawau. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Latok VS Rumpai Laut Semporna


Tadi saja saya jenguk ke Nuff... Sekali terjenguk keyword pengunjung yang di senaraikan...

Ramai yang masuk kesini menggunakan keyword "Rumpai Laut"... Seingat saya, saya pernah publish entry pasal rumpai laut Semporna yang pernah saya makan nih... tapi di sini saya nak clearkan pemahaman readers² sekalian.... Entry nya bleh klik baca di SINI.

Entry yang saya publish atas nama Rumpai Laut Semporna pada tahun 2010 tu sebenaranya adalah Latok. Dia spesis rumpai laut jugak.. Cuma bentuk fizikalnya berbeza... Dulu saya di pekenalkan dengan nama rumpai laut... tapi sekarang saya dah paham...rupanya dekat sini, dia di panggil latok dan rumpai laut sebenar adalah yang famouse sekarang nih..  Permintaanya di pasaran begitu tinggi.... Sampai kekadang tak sempat nak topup stok... ALhamdulillah rezeki Allah bagi ^____^

Ini rupa Rumpai laut kering yang sangat terkenal tu.. 
Kalau rasa berminat nak cuba boleh sms/whatApp ke Nombor 017-4137845.

Dulu saya dapat harga RM10.. pehtu naik RM12 dan sekarang dah makin naik... cecah RM15 sudah... Tidak lah tinggi mana pun melonjak harganya... Masih mampu untuk membelinya. Lagipun dah tau hasil bila mengamalkannya dan berkhasiat punya pasal.. sure beli jugak!!!

Saya beli pun atas kawan..kawan pun ambil dekat orang... kalau dapat direct pembekal asal.. mungkin murah lagik kot.. Mungkin.... So kalau berminat... boleh ja deal dengan no telepon di atas tu ya!!

Kawan saya cakap di Semporna RM4 1 Kilo. Tapi itulah... basah punya bukan kering... Kalau basah susah lah nak pos dan tu berat... bayar kos penghantaran saja dah meninggi. Kalau nak jemur untuk makan sendiri.. Boleh di pertimbangkan, tapi kalau nak pos kepada kawan²... bab tu memang saya pemalas lipas... jangan suruh saya ya. Kan terus berhenti kerja... proses rumpai laut.....HAHAHAHA!

Beli saja yang kering.... ringan, murah dan nanti bila sampai... terus proses dan minum..Sedapppppp!!!



Ini pulak Latok.. ada yang yang mengeja Lattot... tak kesah lah mana²..Janji sebut bunyi sama dan yang paling penting tahu sudah perbezaan nya... hehehehe!!

Sebelum tu saya nak kongsikan fungsi Rumpai Laut atau Pure Marine Collagen #PMC.
  • Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi.
  • Melancarkan kitaran darah.
  • Mencantikan kulit agar lebih putih dan tegang.
  • Melambatkan penuaan dan melangsingkan badan.
  • Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre iaitu kelenjar thyroid membengkak.
  • Membantu menurunkan kolestrol dalam tubuh .
  • Membantu merawat gastrik.
  • Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  • Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • Membantu merawat penyakit gout.
  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  • Menguatkan tulang dan sendi.
  • Meningkatkan sel rawan dan otot.
  • Merawat penyakit gaut.
  • Mencegah kanser.
  • Merawat Anemia.
  • Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh).
  • Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan).
  • Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat).
  • Menpercepatkan penyembuhan luka.
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis).
  • Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
  • Memberi Kekenyangan (diet).
  • Melancarkan sistem metabolisme.
  • Memulihara usus kecil (sembelit).

Collagen mentah, 100% asli dan belum diproses. Semulajadi. Jom Rasa atau alami  sendiri  kehebatan KOLAGEN ASLI kerana :
  • Nilai collagen 10x ganda lebih tinggi dari sirip yu (satu mngkuk kecil RM300) dan khasiat dia sama dengan sarang burung layang-layang (RM400 hingga ribu2)
  • 24% collagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.
  • Anti oksida 550 kali lebih tinggi dari Vitamin C
  • Vitamin A 40 kali lebih tinggi dari betacarotine
  • KALSIUM - 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan
  • PH - bernilai 7.6
Saya juga nak kongsikan apa yang saya rasa dan alami setelah menjadikan Pure Marine Collagen nih pemakanan harian saya...

1st time buat testimoni tunjuk muka sendiri... tapi sebab keyakinan tu tinggi..So bertekad, publish saja untuk tatapan kawan² di semenanjung sana...
 
Ohh ya... saya juga ada mengamalkan krim muka made in Indonesia.... Kira hasil di wajah saya nih tak bergantung dengan PMC sepenuhnya. Saya jadikan krim muka tu sebagai Sun Block. Bahaya juga kalau kulit kita terdedah kepada sinar UV kan.

Tapi harus diingatkan. Semua kesembuhan, kebaikkan yang kita terima itu adalah dengan izin Allah. Kita hanya berusaha yang terbaik. Segalanya²Nya adalah dengan ketentuannya jua. Kannnnn!! Tapi jangan risau... pastinya wajah kita tidak akan berubah bentuk sebijik wajah artis yang kita idamkan..... Lain lah kalau  ko pergi buat pembedahan plastik... kih kih kih!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Monday, July 30, 2012

Ranggu Highland Village Tawau (RHVT)

Jumaat lepas...

Follow dari entry mesyuarat itu perbincangan... Saya dan jawatankuasa kelab pergi ke RHVT. Bukan pergi bercuti tau... pergi servay² tempat untuk aktiviti opish saya... Salah satu tempat yang dalam cadangan adalah RHVT. So sebagai jawatankuasa..kami ambil gerak kerja membuat lawatan ke sana.. Alhamdulillah :-). Keputusannya... nanti kami akan duduk berbincang semula..






Pengerusi kelab dan jawatankuasa aktiviti rancak berbincang bersama dengan pihak RHVT. Rate dia pun ok juga. kalau menginap sini, makan disediakan 5@6 kali ikut pakej yang kita ambil. walawehhh~~



Selesai berbincang... sesi lawatan pun bermula.. nak tengok kesesuaian tempat dengan lebih dekat lagi. Saya 1st time sampai sini...begitu juga dengan kawan² yang lain. Terseronok seketika bila sampai sana.. kaki nih tak reti duduk diam nak menjelajah sesaja =p



Tempat nya cantik.. menghijau ja dengan pokok² kayu.. sesuai la di kenali sebagai Tawau bumi peladang..



Lanskap pun super nice... Pokok buah-buahan banyak.. Antara yang sempat saya snap.


Avocado


Belimbing


Jambu air..

Bulan² puasa nih tengok buah cenggini semua teringin... Ohh ya kalau kita menginap di sini..semua buah-buahan yang ada kita boleh makan secara percuma. yess percuma!!!. kena time tu ko datang time durian.. memang rezeki lah ehh...




Sebab selera tu mencanak teringin macam² kami ambil buah kedondong(Amra). Sampai hari ni tak makan pun... Last² abang cadang buat jeruk... Tunggu la apa kejadian dengan jeruk kedondong tu.. saya baru buat semalam..hewww~~




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



JIKA ada akaun fesbuk, BOLEHlah klik Button LIKE ehh.. makaceh~~

Monday, July 23, 2012

Resepi kuih keria dan cara² untuk sira gula

Salam ramadhan hari ke-3 ^__^

Atas permintaan kawan² saya nak kongsikan resepi kuih keria yang saya buat sebagai juadah berbuka puasa semalam... Tekak abang terasa nak makan kuih keria, so saya buat untuk dihidangkan kepada suami =D.

kuih keria dan cara sira gula

Tersenyum hati bila tengok abang berselera menikmati kuih keria.. Alhamdulillah kuih keria semalam kena dengan selera abang, abang cakap ubi nya betul² terasa sebab tak banyak tepung dari ubi.. itu yang abang suka.

Tersenyum lagi hati untuk kali ke-2.. hik3x. Saya ada post gambar di pesbuk & tuiter.. ada kawan request tanya resepi... ada juga yang minta resepi donut.. resepi donut tu boleh la godek² dalam entry sebelum nih ya!

Sekarang saya nak publish resepi kuih keria pulak.

cek mek molek adunan kuih keria
Bulat besar saya guna gelas dan bulat kecil ditengah² tu, saya guna penutup esen vanilla. janji terbentuk comel.. weee~~

Bahan² untuk buat Adunan :-
  • 500gm ubi keledek
  • 50gm tepung gandum
  • Secubit Garam
Bahan² untuk sira Kuih Keria :-
  • 1.5 Senduk Gula
  • 1 Senduk Air
* Gula nih depend pada kuantiti kuih keria yang kita dapat.

# Mak saya ajar macam ni... Guna senduk free yang dapat dalam tepung jagung tu. hehehe!

Cara-Caranya:-
  1. Ubi keledek di kupas kulit, di potong kecil dan di rebus. Rebus sehingga empuk ya. Air dimasukkan separas ubi keledek dan masuk kan secubit garam.
  2. Dah empuk...angkat dan toskan.
  3. Kemudian lenyek Ubi tersebut sehingga hancur dan biarkan sejuk seketika.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam ubi keledek yang dilenyek tadi hingga sebati dan adunan boleh di bentuk kerana ubi keledek tadi tidak lagi melekat di tangan. Sukatan tepung tadi tidak habis pun tak apa. Lagi kurang tepung lagi sedap!!! percayalah lalalalala~~
  5. Bentukkan adunan tadi mengikut citarasa masing² samada bentuk bulat, bujur atau bersegi² ka.. terpulang. Saya buat bentuk yang biasa tu- Donut.
  6. Sapukan minyak masak sedikit di atas dulang untuk letak adunan yang siap di bentuk.
  7. Goreng adunan sehingga kekuningan.
  8. Angkat dan toskan minyak.

Cara untuk Sira Gula :-
  1. Masuk sukatan air dan gula
  2. Masak sehingga likat dengan api yang sederhana. Air gula itu akan berbuih² putih.
  3. Masukkan Kuih Keria yang siap di goreng.
  4. Gaulkan sekata sehingga naik bunga gula (Putih), Pastikan kuih tidak melekat antara satu sama lain.
dah siapppp!!!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Sunday, July 8, 2012

Berkampung diPutrajaya 8-10 Julai 2012

Jam 3 nanti jadual flight saya ke kLiA..

Saya diarahkan untuk hadir ke latihan penggunaan Sistem Pengurusan Aset (SPA). Wakil untuk bahagian unit saya. dah nama sistem kan, so dorunk tolak satu bahagian untuk unit ICT.. Latihan ni akan dilaksanakan besok di HQ presint 5... Dengan ini saya akan berkampung sementara di Putrajaya selama 3 hari bermula jam 6 petang nanti... InsyaAllah ^__^



Kalau ikutkan dapat arahan lagi oleh bos unit.. untuk ke Sabak Bernam. ini pun penting untuk keselamatan laman web kami...10hb hingga 14hb. Kiranya saya continue terus dari putrajaya.

Mulanya saya terima tapi bila Mr.A cakap mungkin 10hb dia akan balik ke Tawau...ya mungkin baru.. MUNGKIN. Tapi saya yang excited lebih, terus saya bincang dengan bos semula.. bos paham. yess! saya tak jadi pergi ke Sabak Bernam nun...

Harap² Mr.A jadi lah balik 10hb... Jangan lah cuaca buruk.. dorunk naik charlie if tak silap la... Ya Allah izinkan perjalanan pulang suami saya... InsyaAllah, saya rindu nak tentang mata dengan imam saya...keh keh keh!!!

udangfreshtawaukampungindrasabah

Tadi pagi saya ada ke pasar tamu takada... Membeli udang fresh untuk sepupu saya di Putrajaya nun. Alang² nak ke sana kan... Mahal sikit harganya kalau nak dibandingkan dengan di perkampungan Indrasabah nun. Tapi kalau total balik.. lebih kurang sama saja.. tolak duit minyak plus tenaga. hik3x.

kalau tak salah ingatan saya, dari bulan 3 hari tu sepupu saya minta kirim belikan udang nih.. tapi time tu Ombak kuat, stok udang tiada.. sekarang tertunai sudah permintaan hatinya.. semalam sepupu call saya cakap hari ni baru nak p beli di pasar tamu, sebab pasar tamu Takada ni hari ahad saja buka.

Tadi dah call lagi saya kompem kan.. udang ADA... gembira dia.. ALhamdulillah. Adek Ida gembira.. kak myna pun turut sama gembira.. Kalau MakLang lijah a.k.a Mak adik Idah dapat join sekali berkampung lagik best... kan!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Thursday, March 8, 2012

Anlene : Free Bone Health Check !!

Aktiviti yang berlangsung di opis saya semalam.. Automatik juga lah saya dan staf & pelajar lain melibatkan diri... Percuma tu. Sapa tak mau.. Kann kan kan!!



So hulur kaki untuk scan pehtu dengar kaunseling sikit dari pihak anlene berkenaan status tulang temulang kita... Bukan susah pong! Seharian mereka berkampung di opish saya... Dari jam 9.30 pagi hingga 5 petang..



Step 1 : Haruslah mendaftar isi borang.. kalau tak cam mana dorunk nak tau maklumat kita kan.



Step ke-2 : Scan tulang di bahagian pergelangan kaki.. Di situ ja dorunk amik result kesihatan tulang kita ^___^.



Pengarah pun join juga, steady saja :D



kepetusannya!! Shhh..jangan banyak² cakap.

Anlene Free Bone Health Check

Step 3: Sesi Kaunseling berpandukan keputusan yang kita dapat.



Dah mula serabai kepala Otak.. Hohohoho!!



Step 4: Buy lah susu anlene... murah sikit ja dari harga pasaran.



Kami dengan susu & keputusan masing²... yeayyyy!!

Sepanjang sesi kaunseling saya baru tau berapa² perkara berkenaan kalsium susu anlene nih. Meh nak kongsikan dengan kawan²:
  • Ingat ya!! Anlene mesti di bancuh dengan air suam atau air sejuk sahaja. Bukan AIR PANAS.
  • Sehari hanya minum minima 4 sudu susu anlene. Kalau nak sekali minum masukkan ja 4 sudu terus atau boleh di bancuh 2 kali dengan kadar 1 gelas 2 sudu susu anlene.
  • Paling mudah a.k.a pemalas beli ja yang dah siap dalam kotak kecik² tu.. itu hanya minum 1 kotak saja sehari.
Ikut sahaja seperti yang disarankan... sebab kalau kita minum lebih itu akan membuat kita rugi sahaja kerana badan kita ada had limit untuk terima kalsium. Hehehe! begitu lah kata gadis² manis anlene.. Meowww~~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Friday, December 30, 2011

Kami dah merasa buah tarap kesukaan Gajah tu..

Saya 1st time merasa isi buah tarap nih...

Kawan opis bawa dari kampung semata² nak memenuhi permintaan kengkawan yang teringin nak makan... kebetulan kami ada di situ.. langsung juga la merasa kesedapan buah tarap yang digembar gemburkan...


Buah tarap makanan gajah

Mula² dengar dorunk cerita terasa macam pelik pula... sebab ini adalah makanan gajah...Ok Gajah tau. Tapi bila dah ada depan mata.. tak pelik tapi teruja nak menikmati.. Kahhh kah!

saya just makan 2 ulas saja... tak boleh nak p dah.. sebab rasanya manis sangat².

Pernah kawan saya mengidam nak makan buah tarap nih... sebiji dia boleh habis sorang². Tak sedar pun dia makan.. terlalu asyik katanya.. hehehe!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Friday, December 23, 2011

Celoteh Week 51 2011... hew hew~~

Ya..lama saya menyepi dari laman maya Amyna nih... Macam² di lalui sepanjang menyepikan diri. cerita ceriti pasal bercuti di kampung hari tu dan jumpa blogger utara pun tak habis lagi semadikan di sini... hmm!

********************************************

Hari isnin last 2 week,

Saya diarahkan ke Kementerian di presint 5, dengar taklimat Skim SBPA. Time tu saya tak sehat... selsema dan demam. Pakej tak sehat yang lengkap...Cubaan. Saya gagah kan juga diri ke sana... Ohh, sungguh mencabar kesabaran tau.. Telinga nih bengang sebab tekanan dalam flight. Bengang satu hal... dah tu sakit sampai ke bahagian tengkok & rahang... Masa time taklimat pulak dewan MasyaAllah... sejukkkkkk. Memang tak boleh nak bagi fokus 100%. Dengar² saja, nak join sesi soal jawab pun tak boleh... asal bersuara ja.. batuk batuk batuk tak mau mau.... jalan terbaik. duk dendiam di situ.

Malam pada hari taklimat tu... badan saya dah mula ting tong yang lebih teruk. maybe kesan dari dewan yang sejuk tu. Suhu badan saya dah mula meninggi kembali. Terasa bahagian muka nih... macam tengah buat BBQ. Panassssssssss! Saya telan macam² ubat dan minum air suam banyak² dengan harapan besoknya saya bangun badan dah tak panas dan saya kuat untuk menapak ke kLiA terus fly ke sini. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat pulang ke rumah..

Dalam minggu yang sama, Sepupu saya datang sini. Bawa family jenjalan. Nasib juga time tu saya dah sembuh dari selsema,hidung yang tengah mengelupas pun dah tak da, cuma suara saja la ala² ratu rock gitu ;p. mereka just datang sekejap saja, plan pun ala² songlap lap gitu.

Yang paling penting target saya nak bawa mereka ke perkampungan nelayan terlaksana... Jam 5 lebih dorunk sampai sini, malam tu terus saya bawa mereka ke sana... sini macam biasa jam 6 petang dah gelap. Balik rumah sekejap, mandi & solat pehtu keluar ke sana..


udang fresh sekilo RM24.
Gambar lain² ada dalam henpon, ini pun saya songlap dari FB sepupu saya..
ngee~~ Saya nak tranfer kabel pulak tak bawa, kalau tak boleh tunjuk riang ria mereka di sini. Anak sepupu saya bukan main lagi makan bakso siap terangkat magkuk weyy!

Balik dari sana bawa mereka dinner seafood di Gerai IM.. Tempat baru juga bagi saya, memang patutlah kawan² pakat suggest ke sana... masakan sedap plus murah pula. Pendekkan cerita, boleh p makan di sana lagi dan ada tetamu nak mai bulan 6 nanti (20 orang) saya bawa makan di sana saja lah... yeayy! steambot di perdana boleh atur kemudian.. hehe!


*****************************************
Hari isnin last week,

Opish saya ada menerima seorang pelajar Latihan Industri..Adik Masni Dari politeknik perlis, satu poli dengan MekteQ a.k.a adik perempuan saya.. Belajaq ja di utara sana, tapi asal sini. Tak apa masni, jauh perjalanan luas pemandangan..kan kan! Masni ada belog juga.. klik SiNi tau. Pertemuan kita ini memanjangkan lagi silaturrahim sesama insan. Alhamdulillah ^__^.

Masni selamat datang ke sini dan selamat menjalani Latihan Industri. Manfaat kan peluang yang ada sebaik²nya eh. Kalau sistem still yang lama dulu, praktikal politeknik 6 bulan kan.. so sangat panjang masa itu..

Buat masa sekarang ni masni ada dengan saya, duduk berdepan sahaja di makmal komputer.. Penuh dengan barang². Makmal pun dah macam stor serbaguna. Huhuhu! Koje² pemasangan tile dah siap tapi pintu pulak yang tergendala... dah seminggu siap... tapi pintu tak da.. makanya x da paedah juga... itu yang berkampung dulu kami di sini...

Susah bagi saya sebab kami separate dengan kawan² seperjuangan yang lain.. If ada koje apa² yang nak dibincang, mahu manapak berlangkah² baru boleh jumpa.. payahhhh! Pengarah pun dah bersuara dengan kontraktor... Dia cakap nak pasang hari ni.. sampai sekarang belum juga muncul kontraktor. Paling² lewat isnin nih... Harap² bukan sekadar janji seperti pemasangan tile hari tu.. Saya bukan bola okeh!.

Masni... buat masa sekarang kita fokus pada laman web dulu ya. Macam kata bos, web version 4.0 akan di lancarkan pada 1 Januari 2012 nanti. Untuk koje² maintenance komputer dah tak banyak sebab komputer dah buat pelupusan.. Tapi dengar² ada komputer baru akan sampai dalam masa terdekat ni. If itu bukan janji manis...boleh lah masni ambil peluang untuk belajar. InsyaAllah ^__^.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Tuesday, September 27, 2011

Kami bergelap kerana tiang lampu konkrit terbengkok.

Kejadian ini berlaku semalam...menurut kata jiran tetangga saya, dalam lingkungan jam 2 petang begitu. *saya kan berkeerja di opish* . Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Lori membawa muatan bata, mengundur kebelakang gara² tidak dapat memasukkan gear, untuk menambah kelajuan ketika naik bukit. Pemandu nya hilang kawalan, last lori tersebut dapat berhenti juga kerana terlanggar pada tiang lampu di tepi jalan, mujur ada tiang lampu... kalau tidak Wallah hu'alam..


lokasi menuju ke taman tempat tinggal saya.

kebetulan juga... tiada kereta dari arah belakang. Alhamdulillah. Masa jiran duk bercerita dengan saya, dalam kepala hotak saya teringat dengan pesanan² Mr.A. Beliau selalu pesan dengan saya... kalau ikut kereta jangan jarak dekat² BAHAYA.. macam² kemungkinan boleh berlaku.

Bila beliau di sebelah saya ingat... sure hati² dan jarak dengan kereta depan pun jauh lah Siiiikit. Tapi bila drive sendiri... dekat² juga. iskkk. tak kan hari² Mr.A nak duk di sebelah kan... aiyarkkkk! kena ubah perangai nih... InsyaAllah ^___^.



berikutan dari kejadian ini, pihak SESB perlu mengganti tiang yang baru. dan kami penduduk TKR terpaksa bergelap dalam beberapa jam. Lebih kurang jam 9 malam macam tu *kira sendiri berapa jam ya* baru penduduk TKR kembali terang dan terdengar lah suara² dari media elektronik.



Mulanya fikir nak duduk jerk senyap² dalam rumah... tapi tak tahan ohh, fanass! jadi saya keluar lepak sesama jiran tetangga. dah di luarkan terdengar la anak² kecik menangis kepanasan or ketakutan,wallah hu'alam, anak² remaja pulak duk menyanyi... macam² lagu dorunk nyanyi..ada yang sumbang jangan tanya, janji terhibur. hehehe!

Letrik ada jam 9 malam, jam 11.30 macam tu mati pulaks... rasa nak marah pun ada, untuk mengurang dari membuat dosa free, saya tidur dengan ayat tu..sampai subuh tadi baru sedar... dengan lampu bilik terang benderang.. Mr.A call pun saya tak sedar... hahaha!




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!








Friday, September 23, 2011

Konsert lagenda rock di tawau 2011

Membariskan empat nama besar di dalam industri muzik tanah air untuk dipersembahkan di dalam satu konsert besar yang bakal diadakan di Tawau, Sabah pada 1 Oktober nanti, Nova Records dengan kerjasama bersama Mustwin Venture Sdn Bhd menjanjikan yang terbaik buat peminat-peminat rock di sana.

Menjangkakan 20 ribu menonton yang akan hadir pada malam 1 Oktober ini nanti, konsert ini menampilkan Ella, Mus (May), Bandi (Amuk), dan Asheed(Deb Geb C). Konsert yang diberi nama Konsert Rock Legenda ini juga akan menampilkan sebuah band dari Sabah iaitu Point Band.

Konsert yang dijangka akan berlangsung dalam durasi masa dua jam ini bakal menghiburkan peminat dengan hanya menawarkan harga tiket yang berpatutan iaitu serendah RM20 ringgit.

Sumber: ManggaOnline


***************************

Harga tiket konsert kali nih, betul² memangkin kehendak hati. Tambah² pula Ella pun turut di undang untuk membuat persembahan, itu yang saya sangat suka.. yeayy yeayy!

Konsert lagenda rock

Last saya pergi konsert live Ella di Jesselton Point Kota Kinabalu. Tiket masa tu di taja sepenuhnya oleh pihak Nuffnang... 1o keping yang mana 1 keping bernilai Rm100. Terjegil jugak bijik mata #kalauBayarSendiri. Hahahaha!!

Rock 2011 di tawau

Persembahan ella masa ini betul² memuaskan hati... Percayalah... Ella da best. Ratu Rock Malaysia.. YeaHhhhhh!!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



NotaSepintas: Hati sangat² nak pergi... tapi Mr.A tak dapat nak confirm lagi... kawan² yang pergi, meh la roger² saya jugak... hehehe!









Thursday, September 15, 2011

Yuyun anak bugis yang kiut miut... Geramms tengok!!

Mata bersinar, pipi Bam Bammm, hidung tinggi, bibir terbentuk cantik, munggil la kot.. hik3x... complete kiut miut.... Tapi sayang.... (teruskan membaca ayat yang selepas picca 1st). ahakss!!




bergambar sendiri mahu pulak berpossing pelbagai gaya...



teropong untie yea *__*




dengan untie yang rapat pun... malu² kusaing.




tengok tuh... Hmm! Yuyun Oo Yuyun...




yeahhh... Akhirnya, mahu pulak bergambar dengan untie.. peace lagik.. Terima kasih ya Yuyun kiut miut... Nanti ada rezeki bertemu lagik kita. InsyaAllah 6____9

NotaSepintas: Anak sendiri belum rezeki... suka² dengan anak menakan dan anak orang saja la... Moga² rezeki cahaya mata itu hadir dalam keluarga Amyna. InsyaAllah ^___^.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!






Thursday, August 25, 2011

Makanan Bugis: Jus pisang hijau..saya dah makan, sedappp!


Semalam kami ke perkampungan IndraSabah... tujuan utama ke sana nak memborong hasil laut yang sudah dikeringkan... di sana ramai kaum bugis. Kebetulan rumah makcik yang kami singgah nih.. dia tengah buatkan juadah untuk jualan di petang hari..

Jus pisang hijau

Saya tengok sekali lalu.. dalam kepala otak terlintas "Oo makcik buat kuih ketayap". lebih kurang kuih kami bezanya hanya letak pisang, sebab tu di pangggil pisang hijau.

Kalau tempat kami letak kelapa yang di gaul dengan gula merah. Bila duk sembang p sembang mai... lain pula tau... Cara hidangannya pun lain. siap ada air gula & santan bagai.. macam minum cendol pula... hihihi.

makanan bugis pisang hijau
Inti dalam nya diletak pisang yang telah di kukus.

ketayap pisang
Sebijik sama macam kuih ketayap... kann kan!!

Masyarakat sini sangat² mesra... Kalau tak puasa sure makan di situ tak perlu mereka tapau kan untuk kami bawa balik. maluuuuuuu tapi mahu!.

Menurut makcik... Jus pisau hijau ni time puasa lah mereka selalu buat... kalau hari biasa tiada. Patut lah tak pernah jumpa selama saya di sini...ada hikmah juga mai memborong pada bulan Ramadhan.



Tersenyum Rajesh dapat menikmati Jus Pisang hijau secara terus... kami tengok pun berbangkit selera tau.. nak pula time tuh tengah hari... panas vs dahaga semua cukup. Apapun sabar~~ sebab makcik ada tapaukan untuk kami.



Menikmati sungguh rajesh... ketul ais dalam magkuku tu... betul² menguja tekak yang kering... Miahahah!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!







Tuesday, July 12, 2011

Berganda-ganda dugaan...sabar~~

Henset yang selalu ada bersama saya itu, skrin nya pecah. Gara² terkena siku Mr.A. Tajam lohh siku beliau. saya tak tahu macam mana situasi ketika siku beliau menghempap skrin tu.

Saya ambil tengok² skrin dah kelam, dan ada kesan pecah bahagian bawah di sebelah kiri. Pelbagai perasaan muncul di kala itu. Nak majuk, tak sesuai lah pulak. Beliau kan nak outstation besok... gundah gulana pula hati beliau nanti.

Itu pun dah macam lipas kudung dah beliau..serba tak kena di buatnya... Sekarang pun beliau duk membelek² henset saya yang kelam itu.. alahai sayang~~



hasil gegel

Besok pagi saya akan hantar beliau ke airport.. pehtu akan terus ke kedai untuk riki² keadaan skrin saya tu. Kalau kos melangit. bagus saya berpaling tadah ke model lain pula kan. sesekali merasa lah juga keluaran terkini. Tak gitu.... hak hak hak!


Ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku malam ini....



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!

Sunday, July 3, 2011

Join berlari.. hehehe!

Aktiviti semalam 2 Julai 2011...

Kami staff opis tak ketinggalan untuk join larian tersebut.. Kalau tak silap semalam semua sekolah rendah dan menengah di Tawau ni merealisasikan Malaysia Book Of Records (larian 1Murid 1Sukan). Kami just menumpang dengan Sk Taman Tawau. Bagi support kata kau... lagipun sekali sekala berlari laju seronok juga. ringan jerk badan di buat nya.. saya kan temBamm Bam sekarang.. hik3x.



Sebelum berlari... harus stretching dulu.. panasakan badan, longgarkan sendi otot. Nanti tak pasal² ada yang kejang aurat.


Kami antara kengkawan perempuan opish yang hadir... Syabass!! ^____^








Semua di atas tu, Bergambar sebelum aktiviti larian dimulakan...



Dah selamat kembali ke sekolah.. semua checkpoint di lalui. Masa kami semangat berlari dengan murid.. cikgu² sekolah pun teruja nak berlari juga katanya. (cikgu lelaki yang cakap ehh). sampaikan check point dan laluan berlari bertaburan sudah...ada yang terus shortcut. sob3x. tapi tak apa lah, abaikan yang penting semangat sukan mau tinggi deh. badan sehat otak cargassss!!



Selain larian ada juga aktiviti sukan lain... antaranya permainan bola tampar. Staf opish match dengan PIBG sekolah.



Kami di hujung sana... bagi semangat untuk staf lelaki.. game pertama jerk kami tunggu. next game.. kami dah belah.. cari kantin. lapar~~

Perut dah kenyang.. saya terus ke bandar coz ada appointment lain lagi. Mr.A dah menunggu saya di klinik sana... hampir² nak majuk dah dia.. Dia nampak saya ada tapaukan sarapan untuk nya. kembali mengukir senyuman ;p


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...