Thursday, August 25, 2011

Makanan Bugis: Jus pisang hijau..saya dah makan, sedappp!


Semalam kami ke perkampungan IndraSabah... tujuan utama ke sana nak memborong hasil laut yang sudah dikeringkan... di sana ramai kaum bugis. Kebetulan rumah makcik yang kami singgah nih.. dia tengah buatkan juadah untuk jualan di petang hari..

Jus pisang hijau

Saya tengok sekali lalu.. dalam kepala otak terlintas "Oo makcik buat kuih ketayap". lebih kurang kuih kami bezanya hanya letak pisang, sebab tu di pangggil pisang hijau.

Kalau tempat kami letak kelapa yang di gaul dengan gula merah. Bila duk sembang p sembang mai... lain pula tau... Cara hidangannya pun lain. siap ada air gula & santan bagai.. macam minum cendol pula... hihihi.

makanan bugis pisang hijau
Inti dalam nya diletak pisang yang telah di kukus.

ketayap pisang
Sebijik sama macam kuih ketayap... kann kan!!

Masyarakat sini sangat² mesra... Kalau tak puasa sure makan di situ tak perlu mereka tapau kan untuk kami bawa balik. maluuuuuuu tapi mahu!.

Menurut makcik... Jus pisau hijau ni time puasa lah mereka selalu buat... kalau hari biasa tiada. Patut lah tak pernah jumpa selama saya di sini...ada hikmah juga mai memborong pada bulan Ramadhan.



Tersenyum Rajesh dapat menikmati Jus Pisang hijau secara terus... kami tengok pun berbangkit selera tau.. nak pula time tuh tengah hari... panas vs dahaga semua cukup. Apapun sabar~~ sebab makcik ada tapaukan untuk kami.



Menikmati sungguh rajesh... ketul ais dalam magkuku tu... betul² menguja tekak yang kering... Miahahah!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!







8 comments:

MaMa AiNi said...

amyna first time mama nampak kuih ni..mungkin hanya dijual kat sabah sahaja..untung myna dpt stay kat sana dan dpt merasa makanan yg ada disana..salam aidil fitri buat amyna & family..maaf jika mama ada melakukan kesalahan sepanjang persahabatan kita ini..

Syuhada Nur Ekhwan said...

kenape sume owg asik ckp sal mknan je nie.. hheheheh lapar lahh

Wanzi said...

Rasanya kuih ni selalunya org letak inti kelapa betul tak pren ?


...............................
Sungguh cantik kain pelekat,
dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat,
silap dan salah mohon dimaafkan.

Selamat Hari Raya aidilfitri
maaf zahir batin wanzi seisi keluarga.. Jika ada terkasar bahasa..

Amyna said...

A'ah mama... ini kuih tradisi kaum bugis. famouse bagi mereka di bulan puasa. Makcik tu pun cakap macam tu... Kuih nih kalau hari biasa jarang ada buat..melainkan bulan puasa....

Ya mama.. salam aidilfitri juga untuk mama... Mohon maaf jika ada tutur kata yang membuatkan mama terasa hati dengan myna... Sayang mama~~

Amyna said...

@Syuhada: alololo... sabaq na syuhada. Ini just perkongsian makanan tradisi masyarakat sini... myna teruja sebab kuih nya hampir sama dengan kuih ketayap.. tapi lain cara hidangannya...

Amyna said...

@Wanzie: Iya wanzi... tu le 1st time myna tengok myna terus cakap kuih ketayap... tapi bila tengok dia letak pisang bukan kelapa... terus berbual², semangat nak tahu... hehehe!! itu yang amik gambar segala bagai....tepek kat belog. ngee~~

deem said...

tgk rupa pun tau sudah sedap o geng.memang sesuai di makan di waktu tgh hari.hehehehehe......

suichi said...

haaa...sedap kan kan kan!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...