Tuesday, August 9, 2011

Parcel dari ratuhati dah sampai diribaan saya!

Lama tak bercerita di sini...

Perasaan tengah berkecamuk... berbelah bagi. kanan kiri, depan belakang semuanya demi orang² yang saya hormati dan kasihi.... Tadi parcel yang ratuhati kirim dah sampai.. bertambah lah gundah perasaan nih. mulanya tak mau buka... nak balik buka di rumah sebab saya rasa perasaan saya tak kuat untuk menahan air mata nih dari membasahi pipi.

Tapi selepas solat tadi... perasaan berubah. saya dah buka parcel tu. Cantiknya mak. terima kasih ya. warna nya pun sangat² masuk dengan tema yang kita rancang. Nanti dah siap semua, cheQ pos semula ya. terpaksa pos, bukan di pulangkan dengan tangan cheQ sendiri....mahap ya kalian² di sana nun *berganda²kesedihan*.


Rindu nak peluk mak lebih dari macam nih, nak kiss kiss pipi & tangan mak.

Keajaiban yang diharapkan dalam entri yang iNiE hanya tinggal angan² sahaja. kawan Mr.A nak pulang ke kampung hantar isteri bersalin pun terpaksa balik ke sini semula. tak boleh sambut aidilfitri di sana. Padahal esok tu aidilfitri sudah (if raya 31 Ogos), due wifenya pun dah hampir, tinggal berapa hari sahaja... itu pun tak boleh nak tolenrasi. kena balik ke pangkalan juga... huh itu lagi sedih kan... sian kawan saya.. bersalin anak 1st dulu pun tanpa suami di sisi, yang kali ini pun tanpa suami di sisi... adehh, lagi hebat dugaan untuk dia.... sabar ya kawan!

Hari nih dah hari ke-9 kan kita berpuasa, Okeh saya tamatkan entry nih dengan doa Ramadhan ke sembilan :-
*cepat betulkan kedudukan & angkat tangan untuk berdoa* terima kasih!!!

"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmatMu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaranMu. Bimbinglah aku menuju keredhaanMu yang penuh dengan kecintaanMu, wahai harapan orang yang merindu".


Amin Ya Rabbal Alamin~~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!






2 comments:

mama aini said...

bila dah berkahwin kita terpaksa berkorban segala2nya...termasuk tak dpt beraya dgn ayah ibu..hu2x...lbh2 lagi berkahwin dgn anggota keselamatan !!..jgn nangis tau..

Amyna said...

iya mama.. dah boleh accept. tapi kekadang perasaan nih jerk terkeliru..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...