Monday, August 1, 2011

Dari Anakanda kepada Mak Ayah di awal Ramadhan

MarHaban Ya-Ramadhan... Moga Ramadhan kali nie membawa sejuta keberkatan kepada kita semua.. InsyaAllah.

Mak dan Ayah..

Sempena bulan yang mulia ini, Anakanda yang jauh dari pandangan MATA tetapi selalu dekat di HATI Mak Ayah memohon kemaafan andai selama ini ada khilaf yang wujud antara kita secara tidak sengaja a.k.a tak sedar.


Adam Asnawi bersama Mr.A.. mereke bermesra!!

Anakanda sayang Mak Ayah, tanpa kalian berdua pastinya anakanda tidak akan dapat merasa dan mengharungi nikmat kehidupan di muka bumi Allah S.W.T ini.
Pengorbanan kalian adalah jihad yang terindah di mata anakanda. Terima kasih mak dan ayah. Love both of u ketat².

Anakanda juga memohon maaf tidak dapat bersama dengan Mak dan Ayah pada 1st Ramadhan seperti kakak dan adik-adik yang lain. Besar harapan Anakanda agar Mak dan Ayah bergembira bersama mereka..

Mak..

Lebih kurang Jam 4 pagi tadi kan (sahur), Anakanda dah berbual² dengan mak kan.. Almaklumlah sini kan awal mak. Mak sangat² tersentuh hati Anakanda bila mak cakap tengah menjahit baju raya kami adik badik untuk di pos kepada Anakanda.. Kalau lah anakanda di sana. Boleh la membantu ringan kan koje mak kan..Mak selow² pun tidak apa... Lagipun Anakanda dah plan masa dan ruang untuk sulaman baju raya kita itu. Moga semua berjalan seperti yang di rancang.. InsyaAllah ^__^.

Mak dan Ayah..

Anakanda di sini hanyalah untuk menjalankan amanah yang digalas pada bahu kiri dan kanan. Anakanda juga sentiasa berharap agar sentiasa cekal semangat seperti kata abang.. Isteri tentera mesti semangat tentera. Walaupun kekadang semangat itu melangit, bertemankan air mata sahaja. demm!

Pada pandangan kasar kita...Menyambut lebaran pada tahun ini pasti lebih meriah dari tahun lepas kerana abang tidak perlu bertugas di Negara orang seperti dulu *mudahmudahan*. Selain itu, dengan kehadiran permata hati lambang kasih sayang kakak ieta dan abang azhar merangkap cucu Mak Ayah yang kedua, Adib Harraz.. pastinya lebih meriah semeriah meriahnya!! Uissh... cheq tak sabaq aihh nak tunggu penghujung Ramadhan~~~

Nantikan kepulangan anakanda dan abang di penghujung Ramadhan untuk sama-sama meraikan Lebaran di sana, negeri jelapang padi yang menghijau itu. InsyaAllah ^___^

Sekian.. sampai di sini dahulu katahati dari saya untuk Mak Ayah. Entah pepetang cam gini tertarik pula nak melayan kata hati.. wehehehe!!

Selamat berbuka puasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat.. sini tinggal lebih kurang 2 jam untuk sungkai a.k.a berbuka...


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!

6 comments:

mama aini said...

sayu pula mama baca entry amyna ni..mama teringat masa mula2 kerja ..mama pernah bertugas di hari raya, nak buat camne dah tugas...mama pun tak berkesempatan berbuka bersama mak ayah mama..selamat berbuka puasa buat amyna & family..

alltimechah said...

u buat i tacing, tapi ni ke en3 yg di forward kan? HAHA :D
happy selalu sis. walaupun jaoh. bumi ni bulat. kita sentiasa ada sama ada di sisi, di depan, di belakang di kiri dan di kanan. kita boleh pilih. hee ~ selamat menjalani ibadah puasa ya sista. lebyu

deem said...

alalalalala.....so sweet kata hati mu wahai fren....selamat menjalankan ibadah puasa ya.

Amyna said...

itu lah kan mama.. dah tugas kita. Redha dan harus di ingat setiap rencana yang dititip kan.. pasti hikmah yang menanti itu indah... InsyaAllah >3<

Amyna said...

@cheh: Bukan².. entry yang difoward tu 200 ja.. tapi susulan dari ucapan itu lah membuatkan hati tertarik nak tepek kat belog..

iya iya..dunia itu bulat dan Adil =D

Amyna said...

@deem: Ok kawan... terima kasih. wehh tadi ku nampak perempuan berbaju kurung biru.. dari belakang sebijik nampak mcm ko.. dengan rambut pendek nya.. dalam pala hotak ku terus terbayang ko.. terasa ko dekat ja dengan ku seperti dulu... miss u kawan & take care!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...