Tuesday, January 31, 2012

Antara perkara yang perlu tahu dalam mendidik anak²

Saya nak kongsikan info berkaitan dengan perkara yang perlu tahu dalam mendidik, merapatkan hubungan antara ibubapa dengan anak-anak.. Info nih pun saya cedok dari fesbuk.. Saja nak tempek dan kongsikan di sini.. Saya amat tertarik dengan tips yang disenaraikan, meskipun permata hati hasil darah daging sendiri belum sampai rezeki lagi. InsyaAllah. Allah itu kan maha adil... ya kan!




1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rot...an/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi Wallah hu' alam ^__^.



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Adam Asnawi yang rasmi dulu, siap jadi bos dibelakang.. ahakss!!

Alhamdulillah... perkara yang di rancang dan dinantikan telah selamat sampai ke pangkuan family saya di kampung sana.. Syukur :D

Plan sempena besday gadis, tahun lepas ... tapi postpone sebab dokumen, pehtu new year tak boleh lagi...sampai lah hujung bulan januari nih. Lama kan mereka menanti.. kesian gadis² saya...



Maaf la gadis² ya... lambat sikit proses nya. Bukan saya yang lambat tapi pihak mereka. cess! dokumen dah sampai sini, tapi entah.. tak pandai dorunk inform, kena p tanya? hurmm!

Pehtu siap kondem lagik dengan loan toyota saya... Apa ke hal nya.. mana² loan sama la... nak pindah kita punya hak la kan.. zaman sekarang kan zaman duit. ada duit ON... Elok ja saya settel sign dokumen dan verify ic.. Hari sabtu 28 Jan 2012 vaivar puteh nih dah selamat di tangan family saya...




Nampak tak AA dalam kereta, excited ka sayang... Nanti ajak Makteh, Mak De & Paksu jenjalan na...teringat sangat dekat dia.. dah besaq la ni, nak cakap tepon pun tak mau dah, buat video call, malu² kucing meow nak tengok muka MakNgah nih... isk geramm aihh!

Ayat yang AA selalu cakap bila nampak masjid : "Nanti kita pie na". tersentuh hati MakNgah sayang. Moga adam menjadi anak soleh. InsyaAllah 9__6.

Okeh last untuk gadis² ku di sana... jaga la vaivar sebaik mungkin ya. Bukan beli singgit dua hinggit... Rapuh seciput dompet akak ni ha.. wink*wink~~

Opss! terima kasih banyak² gadis aktifast MMS semua picca nih kat akak.. Sian, jauhkan... tunggu balik bulan 3 ni ya... Nak sentuh vaivar puteh nih ;p


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Friday, January 27, 2012

Ya Allah sembuhkan batuk saya!!

Sejak balik bercuti dari Sandakan sempena cuti chines new year hari tu...

saya kena virus batuk... sampai sekarang masih tak lega lagi. Batuk nih bila mula menyerang sekali, perghh bersusun susun di aturnya... sampai rasa nak tercabut segala yang ada di dalam usus....

Macam hari tu sangat sengsara, tapi saya terima ini sebagai tanda kasihnya Allah s.w.t untuk hambanya yang kerdil ini. Saya batuk hinggakan bernafas pun terasa sakit pada tulang temulang. Suhu badan pun tak menentu jadinya... Ada kala terasa sejuk amat, ada kala panas macam di panggang... Macam mana pun saya kena kuatkan semangat, saya tak boleh manja² dengan sakit saya.. mesti kuat!!!!!


Gambar AA..tak da kaitan dengan entry saya, hehe! cuma saya rindu dengan AA, dia dah sombong.. talifon pun tak mau cakap sudah dengan saya... adakah dia benci dengan kasih sayang jarak jauh.. hohohoh!!.

Saya rasa bulan januari ni.. adalah bulan sakit pada diri saya.. bermula awal bulan & hujung bulan saya sakit... awal bulan sampai admit wad... Hujung bulan ni harap² tidaklah.. saya tak mau ngadap doktor... buatnya di tahan di wad lagi...sakit dapat kompul DUIT, memang saya boleh kompul duit dengan prudential tu, tapi huh tak mau... minta simpang sebab Mr.A nun jauh di sana... tak nak Mr.A susah hati... mau smooth selalu supaya semua urusan Mr.A di sana lancar... InsyaAllah 6____9.

Apapun Alhamdulillah... saya masih ada jiran² yang begitu mesra. biarpun berlainan bangsa dan agama... mereka membuatkan saya senang hati.... kekadang saya terasa malu untuk inform dorunk yang saya tak sehat...mana tidaknya dorunk datang kerumah, menjenguk if saya tak keluar rumah... tambah² tahu saya batuk & kesihatan pun kekadang tak stabil nih... Syukur padamu Ya Allah... Jasa baik meraka tak terbalas oleh saya.. Hanya engkau yang mampu. :D.

Harapan saya... moga batuk ini beransur sembuh. Datang nya Febuari nanti biarlah dengan kesihatan yang baik dan stabil... Amin....



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Thursday, January 19, 2012

Hati nurani...

Kepada semua kengkawan & silent readers yang di kasihi... saya nak kongsikan dengan kalian semua...

Ilmu itu ibarat cahaya, dan cahaya tidak akan masuk ke hati yang gelap! Justeru, mari kita gilap dan cuci hati kita agar mudah tarik hidayah Allah, suka belajar, mudah faham, kuat ingatan, mudah buat keputusan, sangka baik dan bertindak ikut hukum Allah.

Seperti biasa kita cuci hati dengan menjaga solat 5 waktu, solat taubat, istighfar 100 kali sehari, memaafkan orang sekeliling kita, memohon maaf setiap hari, ingat pada mati, bersedekah, berdakwah setakat kemampuan, elakkan siksa binatang seperti
mengurung burung di dalam sangkar, memberi org makan, berkawan dengan alim ulama' dan orang² positif, dan bayangkan hari ini mungkin hari kita yang terakhir...

Wallah hu'alam =D

Nota Sepintas: Sejak dua tiga malam ni... air mata saya asyik mengalir saja, hati jadi sedih amat... Harap² family saya dan family mentua semuanya sentiasa dalam redha ilahi... InsyaAllah. Apapun saya sayang ketat² dengan kawan² saya... pada Mr.A berganda² lagi la... ngee~~



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Tuesday, January 10, 2012

Potret ku hasil tangan kiri..awesome!

Semalam hari pertama kursus saya di sini... selamat saya berkampung dekat IKWAS. Paling² seronok dapat mengimbau kenangan tahun 2005 dulu...dulu saya induksi di sini... Kebetulan pula kursus kali nih, geng induksi dulu pun ada.. dah lama kami tak jumpa. hampir 6 tahun. Jejak kasih gitu.. ;p

Saya memang dah tak ingat rupa paras kawan nih... tapi kawan masih ingat saya... keh keh keh!! sembang p sembang mai.. baru ingat.. uishh kenangan kenangan...

Kami punya kelas buat di dewan sri intan.. dewan yang menjadi saksi pengucapan awam kami. Ha ha lawak lawak.... :-)

Aktiviti semalam, pagi daftar masuk bilik (check in), daftar kursus online di dewan sepetir pehtu langsung dengar takilmat dari penyelaras kursus. Sesi petang pula, ada aktiviti ice breaking...

HAHAHAHAHAHAhahahaha!!

Kami di minta untuk lukis potret sendiri. Makanya ini hasil lukisan daripada tangan kiri saya...





Kawan² yang berada di sebelah kiri saya merangkap roommate saya. Ida... Orang johor :-).



dari pandangan sebelah kanan saya... peserta lelaki berapa kerat saja... peserta perempuan paling² ramai. Monopoli habis...



Kami ada juga aktiviti radio rosak... Lawak sangat². Lain yang di sampai, akhirnya lain yang diterima. redundancy habis baris ayat tersebut...

Ini Ayat nya :

"Kamarulnizamawangkuazam, menaip nama faradhia tiga puluh sembilan kali dengan komputer riba jenama dell yang baru dibelinya di Plaza Hang Tuah Hikayat Merong Mahawangsa"

Lebih kurang macam ni lah ayat nya... saya pun tak ingat woo! Hasilnya... tak mau mau pakat gelak...keh keh keh!!

V



V



V

" Saya ada kawan, namanya Nizam. Awangku nizam, menaip nama faradhia, di komputer riba. Beli dekat plaza hang tuah".

Sudah...sampai sini dulu perkongsian saya... Ada masa saya celoteh lagi di sini.. Ehh semalam sempat keluar jenjalan di pekan Kluang. Ema a.k.a kawan induksi dulu yang bawa kan... Naik keretanya... Main redah saja jalan, siap tanya² cashier restoran jalan nak balik ke INTAN semula.. hehehe!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Sunday, January 8, 2012

flight saya ke lcct malam ni delay 1 jam.. Wuuwuu!!

Tadi masa tengah stanby tunggu pemandu datang pick up.. saya dapat sms dari pihak AirAsia yang menyatakan flight ke Kuala Lumpur delay.. Nasib 1 jam saja.. kalau berjam jam lagik... mau saya pun delay juga dengan pemandu opis...Hehehehe!!

" RM0.00 Urgent! AirAsia flight AK5155 from TWU to KUL on 8 JAN 2012 is now DELAYED to 2000hrs. We apologise for the inconvenience caused. Thank You.


Sekarang saya sudah di eport... sekejap lagi fly.. harap2 tak delay lagi....Besok pagi fly pula ke senai.. Johor bharu. Dari senai terus ke Kluang...berkampung lah di sana untuk seminggu... hallu orang kluang.. ekekkekek!!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

1st time saya admit wad sejak menetap di tawau :-(

Pembukaan tahun 2012...

Saya dah cemarkan rekod kehadiran koje saya dengan Medical Certificate (MC) selama 2 hari. 3hb dan 4hb Januari 2012. Tak tahu la macam mana boleh terkena jangkitan kuman dalam darah.. Tapi itu lah lumrah kehidupan, kita sebagai hamba yang kerdil hanya mampu merancang, dia yang maha menentukan segala² nya.. redha~~



Punch card saya semestinya automatik lah kosong dan tercatat di situ MC.. Menjengkelkan di situ, tapi apa kandaya.. Sob!. saya discas 4hb... itu pun terkumat kamit mulut saya berdoa.. lembut kan hati doktor nih nak discas kan saya... hehehe!

Dalam jam 8 pagi macam tu, ramai doktor² turun merawat pesakit, saya paling tak selesa bila ramai² mai duk hujung katil, pehtu speaking bagai tentang kesihatan saya... cakap nak amik itu ini untuk buat sample.. sampai najis saya pun nak amik... huh! tak mau tak mau.. saya sehat nih doktor.. Cuma malam tu saja saya tak daya sebab muntah.

Seorang doktor cakap dah boleh, ada pula yang cakap tak boleh... adess! sempat juga saya bergurau dengan doktor india tu.. tapi doktor cakap kamu bila malam ada fever... alahaii.... mana tak fever suhu pesakit katil depan saya nih.. dia kan denggi, yang kiri pula pesakit TB.. saya tak mau.. nak balik juga :-(. Bincang p bincang mai... saya boleh discas 4hb tu.. yeayyy!



Opss! saya ada temujanji dengan doktor untuk rawatan susulan... 10hb nih kena pergi ke sana... tapi saya tak dapat nak hadir. Sudah bagi tau nurse.. dia cakap boleh wakilkan untuk amik tarikh baru.. selesai di situ. saya tak dapat hadir sebab petang nih dah nak gerak ke johor bharu. Ada kursus di kluang sana...



Pengalaman saya masuk wad di sini... 1st time masuk dan 1st time juga saya merasa bagaimana rasa bila masukkan tiub ke dalam saluran kencing.. perghhh sangat² payah... Mana nak menjaga tangan kiri & kanan drip air dan yang bawah tu bertiub tergantung... Nak gerak sikit pun rumit, salah pergerakkan..pasti terasa sengal lah bahagian bawah kita tu.. Nak nak pula kantung tu penuh dengan air kencing... tertarik ja... terasa la kita kesakitan yang amat, kalah lagi sakit kencing kotor... Serik saya rasa...



Masa nurse nak buka tiub dekat kantung untuk buang air kencing tu... dalam berkali² duk buka, kekadang tu tertarik juga.. hazabnya... rasa nak tendang ja nurse tu tau... sakit!!!!!!. Patutnya tak perlu pun pasang tiub di saluran kencing saya... tapi masa di wad kecemasan malam tu.. doktor tak boleh nak dicide ubat untuk saya.

Apapun dorunk perlu pastikan yang saya tak pregnant... kena buat UPT, Nak suruh saya kencing time tu.. memang tak dapat.. saya pun cuba memang tak boleh.. doktor kata Air dalam badan saya kurang. jadi mereka terpaksa masukkan tiub ke pundi kencing, amik sikit saja air utk UPT dan inject 1500ml air ke dalam... dalam masa 20 minit.. hasil dalam kantung tu.. tak sebanyak yang di masukkan.. sikit amat!



hari nih discas....besok pagi p jumpa doktor sekejap.. pehtu terus masuk opis. Mr.A yang hantar saya.. Nasib baik Mr.A dapat cuti. Kepala ada rasa pening, jalan pun terhoyong hayang saja rasa, tapi saya tak hirau... lama² baik sendiri.. macam sekarang Alhamdulillah... kembali normal dan dah boleh drive kereta. Pheww~~.

6hb baru nih Mr.A pula naik nama untuk terbang ke lumut sana... tinggal saya sendiri di sini.. Jadi berganda² lah kena kuatkan semangat!! Say No untuk sakit....tapi kalau nak sakit juga.. itu kan takdir nya.. dia yang maha bekehendak. Moga Allah s.w.t melancarakan urusan saya dan sentiasa dalam lindungan rahmatnya... InsyaAllah ^___^.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Saturday, January 7, 2012

Alhamdulillah... Mr.A dah selamat sampai di Lumut sana =D

Petang kelmarin Mr.A talifon bagi tau yang flight ke kL adalah malam ini, Jam 9.20. Saya yang dengar ni cuak la jugak... Mana tidak nya... seluar koje ada lagi yang belum siap saya jahit. Baju dah settle.. atoii...



Jadual awal flight dorunk 4hb.. tapi cancel, ngam la cancel sebab time tu saya kan terlantar kad wad. Jadi 6hb pun cancel dan 11 hb tu baru jadual mereka fly... semalam last² minit juga mereka di bagi tau yang flight adalah semalam... kerja gila Ooo. plan mengejut semuanya.. Memang rentak mereka begitu, itu yang kekedang Mr.A pun terbawa² rentak tu dengan saya.. Nak kemana mana.. payah nak plan mantop². SemuanyaUp up jadi gitu. Kira nya saya kena tempias la jugak.. ;p.



Mr.A baru balik ke sana... petang dah kena balik sini semula. Packing barang segala. Barang mereka bukan sikit. Uniform saja berpasang pasang... tu tak campur lagi aksesori² dan peralatan. Hmm...entah la.. Mr.A tu bukan boleh serabut², tawaf rumah sampai saya pun naik pening...

last saya cakap... settle kan ja urusan pegerakkan abang malam ni. yang lain semua biar ayang handle... Macam² dia duk pikiaq, kereta, ikan dan burung peliharaan nya... Saya paling risau kalau ada barang² koje Mr.A yang tertinggal... Lumut tu bukan sekangkang monyet yang boleh p hantaq kemudian... jauh, nak kena naik belon lagi..



Group mereka yang last check in... bertempiaran geng meraka saja di kaunter AirAsia.Saya tak pasti berapa orang semua. Maybe 10 saja kot. tak sempat dah nak kira... itu bukan penting pun kan.. ahakss!



Dah dapat tiket... bagasi pun dah siap loading.

Geng mereka nih.. check in manual.. entah la saya pun tak paham. Follow saja la.. hehe! Time tunggu nak check in tu.. sempat la saya berbual dengan kengkawan Mr.A. Mereka pun geleng kepala. Last minit punya pergerakkan.. Ada yang cakap... serba tak kena packing barang takut ada barang² yang tertinggal... masuk bilik sana, sini sinun situn... Harap² meraka semua tak da la tertinggal barang kan! InsyaAllah....



Bergambar berdua... bulan 3 baru boleh tentang mata dengan hubby cheQ nih, itu pun belum pasti... kalau busy di sana.. hmm. sodakallah hal' azim.. redha~~

Macam mana pun Saya tetap balik bulan 3 tu sebab ada kenduri kawin rumah Mak sedara Mr.A.. saya wakil bagi Mr.A. Masa akad nikah tu.. Mr.A dah balik, saya tak.. jadi kenduri... saya punya turn pula untuk hadir...Paklong betul² mengharap kepulangan saya... InsyaAllah...



Huhuhuhu!! melangkah ke pintu boarding. Moga apa yang di lalui Mr.A dan kengkawan di sana berjalan dengan lancar... Nak buat macam mana? dah tuntuan koje... so saya sebagai sayap kanan Mr.A... mesti kuatkan semangat macam semangat Mr.A... kannnn!

Ala kali ni Mr.A p pun bukan jauh di negara orang macam tahun² lepas nun... Semenanjung sana saja.. tiada masalah untuk komunikasi.. itu yang penting bila berjauhan nih. Ngee~~

Pagi tadi jam 5 pagi Mr.A inform yang mereka dah selamat sampai di pangkalan Lumut sana.. Alhamdulillah... Syukur. 9hb baru start lapor diri... SayonarAaaa!!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...