Showing posts with label rawatan. Show all posts
Showing posts with label rawatan. Show all posts

Saturday, August 9, 2014

Info: Masalah Cyst @ Fibroid dan makanan yang boleh aktifkan sel tersebut.

Perkongsian berkaitan masalah wanita!! Rahim hanya ada satu dan tiada ganti lagi.. Maka seboleh2nya... jagalah ia sebaik2nya!! InsyaAllah...
Makanan yang perlu dielakkan:
1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.
evening primrose oil
**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.
2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.
3.) Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.
4.) KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS
Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.
Makanan yg di galakkan :)
> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau
Makanan yg harus di elakkan :(
> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak


FIBROID DAN CYST
♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛
TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst
BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?
1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.
ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.
Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka.

Shaklee ada menawarkan set untuk rawatan Cyst dan Fibroid. Boleh dapatkan melalui pengedar sah shaklee di luar sana ataupun melalui saya pun boleh. Saya akan guide cara rawatan dan pengambilan suppliment tersebut untuk anda. Boleh hubungi di talian 011-19567856.

Jika nak buy sendiri dari web shaklee boleh klik gambar set rawatan di bawah dan anda akan di bawa melunsuri ke laman eSell shaklee tersebut : 


Saya suka sarankan pengambilan GLA.. itu yang paling utama untuk rawatan Cyst. GLa ni dapat membantu dari segi hormon wanita. Banyak manfaat nya!! 


Bulan Ogos 2014 ada promosi GLA dari HQ. buy 6 percuma 1. Maklumat lanjut boleh berhubung dengan saya. InsyaAllah. Sampai sini dulu perkongsian Info Cyst dan fibroid.

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Tuesday, December 24, 2013

Masalah buasir, sembelit dan rawatannya bersama shaklee!!


Apa itu buasir?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia meng­ganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. 

Buasir terjadi disebab­kan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.

Kewujudan tisu buasir adalah satu komponen normal dalam anatomi badan manusia. Ia bertindak sebagai ‘kusyen’ yang kaya dengan saluran darah di dubur dan menjadi ‘pelapik termampat’ untuk membenarkan dubur tertutup de­ngan ketat.

Ada empat peringkat buasir yang perlu diberi perhatian:
  • Peringkat pertama membabitkan buasir yang mengalami pendarahan, tetapi ia tidak menonjol keluar.
  • Peringkat kedua berlaku apabila buasir menonjol keluar ketika buang air besar, tetapi masuk kembali dengan sendirinya.
  • Peringkat ketiga buasir keluar ketika atau selepas buang air besar dan hanya hilang (masuk kembali) apabila ditekan atau ditolak dari luar.
  • Peringkat keempat (kronik) apabila buasir sentiasa berada di luar hingga menyebabkan ketidakselesaan untuk melakukan aktiviti harian.
“Untuk peringkat paling kronik mungkin pembedahan adalah pilihan terbaik, tetapi kini ada banyak cara boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan ketika ‘menghilangkan’ buasir serta mempercepatkan penyembuhan.

“Buasir mengambil masa yang lama untuk berkembang namun, gejalanya berbeza bergantung kepada peringkat ia berlaku,” katanya.

Rawatan bersama shaklee
Produk cadangan #omega Guard + #Ostematrix & #zinc Complex. Fungsi dan cara setiap produk cadangan ini bertindak ada pada gambar di bawah ya. 

Punca

  • Sembelit dan meneran berlebihan ketika buang air.
  • Pekerjaan yang membabitkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.
  • Obesiti, kehamilan dan proses melahirkan anak.

  • Masalah ini juga berlaku disebabkan faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan yang meningkatkan kecenderungan untuk mendapat buasir.

    Namun, ia boleh dicegah dan gejalanya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun sudah mendapat rawatan, individu berkenaan perlu mengubah gaya hidup untuk mengelakkan masalah berulang

    Panduan mengelak buasir.

    • Minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.
    • Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit.
    • Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
    • Kurangkan menikmati makanan segera. Jika makan di luar rumah pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar.
    • Elakkan memakan makanan yang boleh me­nyebabkan gangguan pada proses pembuangan air seperti makanan pedas atau berempah.
    • Apabila terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.
    Sumber :
    ✔ Klinik buasir
    ✔ HarianMetro (Rawatan Buasir)

    Sebarang Pertanyaan berkaitan pembelian produk shaklee boleh berhubung dengan saya melalui:
    1) Page : Jom Kekal Sihat & menawan
    2) Fb Personal : AmynaAmir Hamid
    3) Berhubung ke HotLine saya seperti yang tertera dalam gambar di atas.

    *********************************************************************************


    Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

    Nak follow my page entry.. boleh LIKE button di page ya...Terima Kasih. Teheeee~~

    Monday, March 22, 2010

    perasaan semalam

    20 Mac 2010

    Rakan baik yang sentiasa menjadi teman wanita yang normal pada setiap bulan. Bulan nie terlebey awal pula dia datang menemani haku. Mungkin kerana dia tahu Mr.A akan pergi operasi @ kerana haku menjalani proses pencucian semula usus (detox). Pelbagai andaian bermain d fikirn haku. Bulan febuari awal satu hari dari biasa.. adakah keadaannya sudah gelong..kalau macam tuh cama na haku nak tentukan waktu kesuburan...haishhhh!

    malam tu haku berbincang dengan isteri rakan sepejabat haku melalui fesbuk, dia dolu pernah menjalani rawatan dengan hospital juga, Jadik dia lah tempat haku rujuk semua tue.


    21 Mac 2010

    aihhhh...keciwanya haku. bukan kecewa kerana rakan baik itu. tetapi keciwa dengan sikap doktor yang betul2 hampagassss!

    Pagi tu awal haku bangun x leh nak lelap mata. fikiran asyik pikiaq ja semua tu. mula nak tunggu minggu depan baru nak jumpa doktor. sebab perasaan ingin tahu apakah penyebabnya semua ini, bagai d tolak² nak suruh haku segera pergi.. Haku minta izin Mr.A dolu.. dapat jerk green ligt. haku rujuk pada my BFF. Mr.A x ada.. jadik mujur ada kawan haku yang memahami akan situasi haku. dia lah yang menemani haku dalam apa jua yang haku lakukan, pernah juga menjadi peneman tidur d umah haku if Mr.A operasi lama²... Thanks ya my BFF Dympna John Singin.

    haku p pick up dymp d umahnya..kami sama² gerak ke sana. haku mengaku memnag haku jakun dengan perkarangan ruangan pesakit luar tu. haku x biasa datang. itu lah 1st time haku sampai. sebelum ni haku pergi hospital tetapi terus ke wad, hanya lalu sahaja d luar bangunan. Mujur ada dymp yang familiar dengan perkarangan d sana tu. Alhamdulillah... Masa pendaftaran tu haku hepy sebab attendant kesihatan tu baik sangat. mulanya agak keberatan mulut haku untuk bersuara.. tetapi dengan keramahan dia membuat kan haku x kekok untuk berbual.. lagipun kawan haku ada inform jangan malu² atau rahsia dengan doktor. Jadik haku just cerita lite² saja dengan attendant ni. tapi dia macam faham keadaan haku. step by step dia tunjuk jalan dengan haku. terdetik d hati haku, bagus nya dorunk nie. kalau demam pun boley kebah (sihat). siyes memang puas hati, ada haku luahkan dengan dymp.. dymp lah saksi.

    Dah siap daftar kami bertukar lokasi ke ruangan menunggu rawatan doktor. Masa ni perasaan haku bersemangat sudah, giliran haku No. 2 wokayyy... Panggey jerk No.1, haku dah mula.. senyum kambing dah. seronok nak jumpa doktor punya pasal. sampai jerk turn haku terus lah haku berjalan masuk bilik rawatan. sikit down masa tu sebab doctor lelaki. tapi gagah juga sebab haku fikir dia doc, haku hanya nak dapatkan rawatan. sedangkan doktor lelaki pun ada sambut baby sewaktu bersalin. Ok berbalik pada situasi haku jumpa doc, Awalnya haku d sambut mesra la. Ya CIK, sakit apa?. selepas haku bagi tau niat haku itu.. doc tu terus bersuara, kamu masih muda. x perlu pikir lagik.. Eee gerammmmmm. haku cakap lah bukan muda lagik doktor cuba tengok umur sy.. pehtu dia cakap lagik semua tu kena serah kat Allah.. Aihh mcm² kami cakap.. haku bagitau lagik just nak buat pemeriksaan kesihatan mana tahu ada sebarang masalah.. tapi doktor langsung x da menunjukkan ciri² seorang doktor yang berwibawa.. dah tu nak buat pemeriksaan pun macam terpaksa, saya check jantung lah, ok jantung kamu x da masalah. Saya bagi asid folic lah, baik untuk bayi.. korunk tengok, nak bagi ubat pun macam perli haku. adehh hampas nyok lah doctor tue.. kalau lah kau malas sekali pun tolonglah hormati perasaan hamba Allah yang kerdil ini. nak nak pula kami ni pelanggan di sana tu. apa kau ingat kau doktor besar sangat. adik badik, sepupu sepapat haku yang doktor pun ada la.. kalau haku boley balik anytime, x mungkin haku p sana.. memang haku terasa dengan cara doktor tu. Haku x leh membalas dengan apa yang kau buat pada haku, tapi tuhan tu maha kaya.. kau juga hambanya.. biarlah Allah yang balas.. sebab kalau haku balas mungkin x setimpal. Ishhhh sakit hatinya... tsk tsk tsk!

    Masa haku keluar dari bilik rawatan tu dymp terkejut terlalu pantas haku terima rawatan. haku masa tu terasa macam nak teriak (nangis) & jerit sepuas hati. keciwa sangat hanya dymp yang tahu. haku x amik pun ubat yang suruh amik kat kaunter farmasi. bukan x mau hamik.. kami cuba jalan mencari kaunter farmasi..tutup. kena tunggu pula jam 2 petang. x kuasa lah haku nak tunggu dalam keadaan hati yang menjunam terbenam nie. kalau haku amik pun.. bukan ada follow up apa² dah dengan doktor coz sebelum haku keluar tu, haku tanya juga.. pehni ada rawatan susulan ke? buley dia cakap macam main2 perasaan haku. haku nak cakap terima kasey pun dah x ikhlas.. hanya Allah yang tahu perasaan haku waktu tu.

    Maybe nak kena p yang fulus laju keluaq kot.. Sekarang ni haku x berani nak buat keputusan lagik untuk tu.. sebab kena bincang dgn Mr.A baik². Tunggu Mr.A balik minggu depan coz skrg Mr.A operasi kat kota kinabalu.. Apa yang haku sakit hati dengan doktor nie, Mr.A belum tahu lagik.. haku x cerita detail pun. x mau lah nanti ganggu emosi Mr.A pula. dia harus fokus d sana tu..





    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...