Showing posts with label tuGAs. Show all posts
Showing posts with label tuGAs. Show all posts

Tuesday, November 6, 2012

Kami bersama hero Trilogi Cinta!!


kih kih kih... #gelak sopan

Padahal banyak lagi filem yang En Rosyam berlakon sebagai watak utama, tapi nak juga letak trilogi cinta.. Masa opismate zoom kan gambar rosyam di atas stage, terdetik di hati saya, eh hero trilogi cinta pun ada malam nih... kuat sungguh aura drama tu dengan hati saya kan!


Slot untuk En Rosyam bersama usahawan penduduk sekitar kampung Merotai adalah besok hari nya.. Malam tu just touch touch!!



Termasuk lah saya... tumpang meriah sekaki.. yang syok nyakan.. En Rosyam cakap kedah. "hah! mai mai.. boleh boleh". Mungkin dia dengaq slank saya kot, saya masa tu memang tak dak nak bahasa baku dah aihh... hantam ikut sedap mulut ja. seronok punya pasal. Eee.. ee... masih teringat ingat lagi En Rosyam cakap... 1st time tengok live muka En Rosyam nih.. di tivi tu lain sangat²... secara live... subhanallah indah cipataan Allah ;-) Gebuuuuuu plus putih kalah kulit saya tau!


Kebetulan nak jadi rezeki kami malam tu.. Terpaksa menapak ke area stage utama di depan sana. Datuk seri Noh tak datang melawat ke setiap booth pameran. So PIC Karnival MKMF minta saya wakilkan untuk hantar cenderahati kami kepada Datuk Seri.. Laju² saya menapak ke kereta Datuk Seri. PIC follow di belakang... di tapak karnival masa tu hujan, lecak sana sini.. kalau tak pandai kawal jalan..silap² terjelepuk tak pun tenggelam la kaki ko dalam tanah...



Saya sampai ja di kereta Datuk seri, saya minta tolong dengan Datuk Tawfiq untuk sampaikan kepada Datuk Seri.. Saya semestintya lah segan bagan.. dah tu ngam² di depan Datuk Seri berdiri.. lecak yang luas terbentang... memang tak boleh nak menyelit sampai ke depan Datuk Seri.


Kebetulan juga Datuk Tawfiq di sebelah Datul Seri. Datuk Tawfiq selaku penasihat opish saya.. memang ngam lah tolong wakilkan... Alhamdullillah.. Allah permudahkan urusan saya malam tu!

Balik rumah.... Pendam dulu keseronokkan hati, tak tunjuk kat abang lagi sebab abang nenyak tidur dah malam tu... kepenatan. Besok pagi nya... saya tunjuk, geram ja abang tengok. rasa nyesal la tu tak ikut saya ke karnival.

Mulanya memang nak ikut saya, tapi paip air di luar rumah buat perangai nak kena ganti baru dan abang pun letih, baru sampai dari pangkalan.. itu yang last dicide abang tak join saya kek karnival. Saya pun mana nak tau yang Rosyam ada malam tu.. kalau tau saya tak bagi abang baiki paip air lagi.. biar lah susah payah dulu..tutup meter buka meter setiap kali nak guna air.

Tak pa lah abang... bukan rezeki untuk abang jumpa retis lelaki, mungkin retis perempuan pulak kot.... hewww~~




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!


JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Monday, July 30, 2012

Ranggu Highland Village Tawau (RHVT)

Jumaat lepas...

Follow dari entry mesyuarat itu perbincangan... Saya dan jawatankuasa kelab pergi ke RHVT. Bukan pergi bercuti tau... pergi servay² tempat untuk aktiviti opish saya... Salah satu tempat yang dalam cadangan adalah RHVT. So sebagai jawatankuasa..kami ambil gerak kerja membuat lawatan ke sana.. Alhamdulillah :-). Keputusannya... nanti kami akan duduk berbincang semula..






Pengerusi kelab dan jawatankuasa aktiviti rancak berbincang bersama dengan pihak RHVT. Rate dia pun ok juga. kalau menginap sini, makan disediakan 5@6 kali ikut pakej yang kita ambil. walawehhh~~



Selesai berbincang... sesi lawatan pun bermula.. nak tengok kesesuaian tempat dengan lebih dekat lagi. Saya 1st time sampai sini...begitu juga dengan kawan² yang lain. Terseronok seketika bila sampai sana.. kaki nih tak reti duduk diam nak menjelajah sesaja =p



Tempat nya cantik.. menghijau ja dengan pokok² kayu.. sesuai la di kenali sebagai Tawau bumi peladang..



Lanskap pun super nice... Pokok buah-buahan banyak.. Antara yang sempat saya snap.


Avocado


Belimbing


Jambu air..

Bulan² puasa nih tengok buah cenggini semua teringin... Ohh ya kalau kita menginap di sini..semua buah-buahan yang ada kita boleh makan secara percuma. yess percuma!!!. kena time tu ko datang time durian.. memang rezeki lah ehh...




Sebab selera tu mencanak teringin macam² kami ambil buah kedondong(Amra). Sampai hari ni tak makan pun... Last² abang cadang buat jeruk... Tunggu la apa kejadian dengan jeruk kedondong tu.. saya baru buat semalam..hewww~~




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



JIKA ada akaun fesbuk, BOLEHlah klik Button LIKE ehh.. makaceh~~

Friday, July 27, 2012

Mesyuarat itu perbincangan

Salam Ramadhan hari ke-7 dan salam jumaat penghulu sekalian hari.. InsyaAllah ;-)

Hari ni masa agak pack untuk diri saya.. tadi pagi, seawal jam 8 dah ngadap metting J/Kuasa pilihanraya kampus Julai 2012.. Kalau ikut kan kata kawan, tak perlu masuk metting skip saja sebab saya nak kena gerak ke lawatan tapak untuk aktiviti kelab staf bulan Nov nanti. Dua² tu masa yang sama.. Jam 8. Why why!! bagi angah konpius ha!! Serba salah tau, sebab dua² tu amanah..


Tempat lawatan tapak hari ni.. Nanti ada kesempatan saya upload lagi gambar² lain.. cantik tau tempat ni.. tumbuhan menghijauu. Subhanallah.

Jadi awal pagi tadi saya tengok keadaan (usha line), geng² lawatan tiada lagi di depan lobby dan pemandu pun tak ready kenderaan. So selamat boleh jenguk² ke metting dulu.. Elok metting tu dekat penghujung sudah, baru dorunk call, cakap dah nak gerak... jadi dua² saya boleh join...Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya!! syukur~~

Nanti jam 2.30 ada lagi metting, ini untuk J/Kuasa perlaksan Program "Ihya Ramadhan".. Moga apa yang dirancang berjalan dengan sempurna.. InsyaAllah.



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



JIKA ada akaun fesbuk, BOLEHlah klik Button LIKE ehh.. makaceh~~

Sunday, July 8, 2012

Berkampung diPutrajaya 8-10 Julai 2012

Jam 3 nanti jadual flight saya ke kLiA..

Saya diarahkan untuk hadir ke latihan penggunaan Sistem Pengurusan Aset (SPA). Wakil untuk bahagian unit saya. dah nama sistem kan, so dorunk tolak satu bahagian untuk unit ICT.. Latihan ni akan dilaksanakan besok di HQ presint 5... Dengan ini saya akan berkampung sementara di Putrajaya selama 3 hari bermula jam 6 petang nanti... InsyaAllah ^__^



Kalau ikutkan dapat arahan lagi oleh bos unit.. untuk ke Sabak Bernam. ini pun penting untuk keselamatan laman web kami...10hb hingga 14hb. Kiranya saya continue terus dari putrajaya.

Mulanya saya terima tapi bila Mr.A cakap mungkin 10hb dia akan balik ke Tawau...ya mungkin baru.. MUNGKIN. Tapi saya yang excited lebih, terus saya bincang dengan bos semula.. bos paham. yess! saya tak jadi pergi ke Sabak Bernam nun...

Harap² Mr.A jadi lah balik 10hb... Jangan lah cuaca buruk.. dorunk naik charlie if tak silap la... Ya Allah izinkan perjalanan pulang suami saya... InsyaAllah, saya rindu nak tentang mata dengan imam saya...keh keh keh!!!

udangfreshtawaukampungindrasabah

Tadi pagi saya ada ke pasar tamu takada... Membeli udang fresh untuk sepupu saya di Putrajaya nun. Alang² nak ke sana kan... Mahal sikit harganya kalau nak dibandingkan dengan di perkampungan Indrasabah nun. Tapi kalau total balik.. lebih kurang sama saja.. tolak duit minyak plus tenaga. hik3x.

kalau tak salah ingatan saya, dari bulan 3 hari tu sepupu saya minta kirim belikan udang nih.. tapi time tu Ombak kuat, stok udang tiada.. sekarang tertunai sudah permintaan hatinya.. semalam sepupu call saya cakap hari ni baru nak p beli di pasar tamu, sebab pasar tamu Takada ni hari ahad saja buka.

Tadi dah call lagi saya kompem kan.. udang ADA... gembira dia.. ALhamdulillah. Adek Ida gembira.. kak myna pun turut sama gembira.. Kalau MakLang lijah a.k.a Mak adik Idah dapat join sekali berkampung lagik best... kan!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Wednesday, March 21, 2012

Fly ke kay kay malam ni :D

Malam nih flight saya ke Kota Kinabalu bersama rakan² opish di bawah unit lain... Kami pergi atas urusan Sistem Aset jabatan. 2 hari di sana, Makanya bermula jam 10.30 malam nih saya akan berkampung di sana. wehoooo~~

Saya tak sempat lagi nak publish aktiviti Cuti² KasihSayang last week... tak pa if berkesempatan di sana nanti saya akan publish. Jika masa cemburu... saya terpaksa KIV dulu..



Jadi kat sini saya publish sekeping dulu picca aktiviti saya bersama Ratuhati dan adek haikal... Masing² dengan gaya senyuman sendiri. Ratuhati tak cover muncung pulak... ekekeke.

Moga saya selamat pergi dan selamat kembali mendarat di tawau semula.. InsyaAllah.... Cann cin cauuu!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Friday, December 30, 2011

Salam perpisahan untuk Tn Haji Ahmad Zaini

Lebih kurang dalam 8 bulan lebih AyahAnda merangkap bos besar kami di sini. Kalau indon cakap kepala sekolah *PengaruhCeritaIndon*. Kalau Mr.A tengok nih mesti gelak dekat saya... Asyik² cerita indon.. ekekeke. Walaupun begitu tidak lah sampai saya melangggan indo pax tu. Celah mana mau tengok... balik koje hari pun dah gelap... hmm!



Sekajap saja kan Tn. Haji di sini, sudah dapat pindah balik semenanjung sana. Dalam tahun yang samakan, dapat pindah balik pun di negeri yang sama sebelum pindah ke sini. Alhamdulillah... dekat dengan keluarga. Terpancar keceriaan di wajah Tn. Haji..

Saya bertembung dengan Tn. Haji masa nak naik tangga..bukan main, senyuman tak lekang di bibir. Ceria benar!! Saya tumpang seronok saja lah. Kami nak balik Lumut sana entah bila tikanya... signal tak menyala lagi, so berkampung lah kat sini lagi.. Hurmm!



Tn haji langkah masuk sini, masa tu unit kami dalam proses pelupusan.. sempat lah Tn. Haji menyempurnakan majlis penyerahan Komputer yang di kategorikan sebagai pelupusan Hadiah. boleh jenguk² kat SiNi. terima kasih =D



Bergambar kenangan bersama². Ahli unit kami yang tak besar... Kecik ja... Apa yang penting kerjAaa SamAaa!! yes saya sorang ja isteri orang dalam unit tu.. yang lain² pun laki orang juga.. we he he~~

Tn Haji sekarang dah selamat sampai sana.. maybe dah start bertugas di tempat baru... Kolej Komuniti yang pernah menjadi sasaran saya... Last² tak jadi sebab saya dapat sambung study dan Mr.A kena pindah ke sini.. terus terbenam sasaran itu.. Apapun Tahniah Tn Haji... Selamat selamat semuanya!!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Wednesday, November 30, 2011

Warna warni Karnival jalur lebar 1Malaysia di Tawau

Aktiviti saya last week..

Maka nya minggu lepas.. saya tak da istilah cuti.. direct bertugas. Nasib baik isnin tu cuti sempena tahun baru islam.. boleh la melepaskan kepenatan di tilam dan bantal... hehehe!

Saya ditugaskan untuk KJL1M (Karnival Jalur Lebar 1Malaysia). Jalur lebar kan.. automatik Unit ICT terlibat.. actually ini tugas bos unit saya, disebabkan bos outstation.. bos serah kan kepada saya untuk handle... berkat pertolongan kengkawan di unit lain yang terlibat.. Alhamdulillah.. Akhirnya koje berjalan lancar hingga karnival tamat.

So meh la tengok serba ringkas warna warni sepanjang KJL1M berlangsung.. sambil tu saya mengomel ehh ^__^



Mascot Upin Ipin Lalu lalang ja di depan Booth kami.



1st day.. Mr.A follow saya ke booth. Kesian Mr.A lor, kebosanan di rumah... Sobb! Hari ke-2 stay di rumah saja. kalau ke sana pun tak selesa sebab tahap kepanasan yang melampau.. betul² panas woo...


YB Datuk Hj Tawfiq Datuk Hj Abu Bakar Titingan membuat lawatan ke booth kami.. Paling seronok sebab datuk cakap..ini kolej saya. ngee~~


Pihak MPT...


Pihak Jabatan Tenaga kerja.. Booth sebelah kanan kami saja.


pelajar sekolah prima bistari.. Jemputan khas dari pihak SKMM.. cikgu mengiring mereka yang inform saya.


so bergambar reramai depan booth...


bergambar juga dengan Upin Ipin... duk lalu lalang depan booth.. tangkap la sekejap. bergambar..ramai budak² tengok maskot upin ipin nih, mereka takut.. maybe sebab terlebih besar kot. selalu duk tengok di tv kecik ja kan!


Stanley pun ada..


Anggota ATM pun singgah ke booth kami.. berminat nak belajar kemahiran ya encik. silakan?



Pihak RTM pun turut menganjurkan aktiviti untuk menghiburkan pengunjung² karnival. Kami just hantar 1 wakil ja untuk Limbo rock. dapat tempat ke-2.. Jadi lah sekadar menghiburkan..

Hari ke-2 a.k.a hari terakhir...



Aktiviti tetpa berjalan seperti biasa.. cuma artis jemputan bertukar.


Artis Sabhi Saddi.. orang sandakan bah.

Masa pihak RTM duk temuramah live dengan dia.. kami di booth sebelah nih mencari lah detail nya.. Jalur lebar kan.. haha!. baru nak mengenali kata kau.. hahaha!



bersama DJ Tawau FM..



Ini antara booth² yang di pamerkan untuk pengunjung... Kepenatan amat.. huh! lagik berbaloi kalau menang Ipad ka, Blackberry ka... *mimpi saja*. Beli barang pun tidak tetiba nak menang cabutan bertuah... apa kes!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!


Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

Wednesday, July 6, 2011

Jadual Bayaran Insentif Perumahan mengikut negeri bertugas

elaun Insentif Perumahan Sabah, Sarawak Atau Labuan

Menarik hati untuk tepek di laman nih sebagai rujukan saya bila perlu.. tak mau konpius² ha... Cheq tak suka tau ;p ;p

Sumber: LamanWeb JPA

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!



Monday, June 20, 2011

Microsoft work word pula dah..

Penemuan terbaru untuk saya hari ini... perisian microsoft work word (mww)selalu duk dengar microsoft work saja. Maybe lama dah perisian nih ada..cuma saya jerk lambat pick up teknologi.Hmmm!

Saya jumpa ni pun sebab kes dari komputer staf opis saya.. Semua file yang di muat turun dari sistem automatik di buka melalui mww. Kalau open dari situ boleh nampak keseluruhan macam mw biasa tak apa juga.. ini logo segala bagai tak nampak (tanda pangkah), dah tu data nya bertaburan...tidak tahu mana pucuk pangkalnya. if print pun tak da maknanya juga.

Hasil saya geledah dalam komputer nya..saya tengok ada dua microsof di situ, Microsft Office dan Microsoft Work Word. Saya dah remove mww tapi perkara sama still sama. :-(.

Ada juga tanya dengan kengkawan seperjawatan... dia pun tak pernah dengar.. kami sama² lambat pick up teknologi.. bukan saya seorang.hehehe!

Kawan² pembaca yang pernah alami dan tahu macam mana nak atasi masalah file download dalam format Microsoft tu, meh la kongsikan dengan saya.. Memudahkan permahaman kawan².. ini file dari sistem maklumat pelajar dari jpkk..

Staf terlibat minta saya tukar windows... Adakah sebab windows ehh.. adehhh!


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!

Thursday, April 7, 2011

Langkah pertama AyahAnda ke Uict bersama proses pelupusan secara hadiah.

Semalam ada dua kabar yang mampu membuat saya terukir senyuman....kategori senyuman ntah lah,uols baca dulu.. pehtu dicide sendiri na... huhuhu!

Pertama, opis saya menerima kedatangan AyahAnda baru setelah AyahAnda yang sebelum ni berpencen.Yang ke-dua, Alhamdulillah... proses pelupusan secara hadiah pula sedang berlangsng.. Untuk komputer² di makmal tiada masalah sebab under kawalan pihak kami.. anytime boleh jerk nak ambil. Tapi untuk komputer² di tempat staf... sungguh susah saya nak ambil dan di kumpul satu tempat. pelbagai alasan pula tu mereka kasi. haish!

Mereka tak tahu menahu sangat tentang prosedur, dah tu berlagak pandai satu hal... heh! please la.. jangan pamerkan kebodohan diri sendiri okeh. Kalau kita tak lupus sampai berkurun la kita tak ada pembelian aset baru tau. Pembelian itu pun belum tentu bila bulan purnama kita boleh dapat.. so silalah beri kerjasama yang bijak dengan kami.

Ada juga kengkawan yang perihatin.. cakap suruh saya guna cara rampasan... perghhh! mampu kah saya nak buat cam tu. tapi kalau dah payah sangat, serabut kepala hotak.. memang patut lah saya aplikasi kan kuasa rampasan itu. huh!



AyahAnda Haji Ahmad zaini.. mantan ketua jabatan perdagangan dari Politeknik Ungku Omar (PUO). Kebetulan pula AyahAnda melangkah ke sini, di hari proses pelupusan berjalan. so better AyahAnda yang membuat serahan kepada pihak penerima.


Wakil dari sekolah agama dan masjid bergambar kenangan bersama AyahAnda kami yang baru..




Komputer² sedia di angkat.. kini komputer tersebut selamat di masjid dan sekolah di sekitar tanjung batu sana...



Pakcik takut bilangan komputer yang di bawa turun tidak mencukupi..so saya tolong kirakan satu persatu. Sebenarnya dah cukup.. cuma Cpu dan monitor kan dah tidak tersusun sekali. sedikit keliru di situ..



Hah... kira pakcik kira. lucu sangat time nie.. kui3x.



Akhirnya... mereka berpuas hati. Ready untuk di bawa naik ke atas van dan lori. Time ni hujan renyai².



Mesti susun bebaik... nak kasi muat 15 unit komputer ya anak.. hehehe!

Selesai cerita pelupusan hari ini.. esok continue lagi. Minggu ni mesti kena settle pelupusan.due date sudah hampir.. Caragassss!!!!

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Monday, July 26, 2010

today ke cawangan sampolna

kawan²ari nie..haku out ke cawangan d sampolna nun.
huhuhu!
jadual berubah tanpa pengetahuan kami...
Kalau ikutkan jam 2 petang pegawai² sampai sini.. sekali
jam 11 pagi dorunk dah sampai... mau x mau akur sahaja.
saya yang menurut perintah...

okeh ols... kalau x busy d cawangan nanti haku on9 ya.. kalau
x nanti malam lah ya..

pada arora & diana.. nanti myna balik myna follow blog pren
ya.. jangan kamu kecik hati.. myna terpaksa pergi dulu.. driver
dah nunggu... baibai semua.. see u later.haippp!!







Friday, July 23, 2010

pelupusan oh pelupusan

Minggu nie haku busy dengan preparation untuk pelupusan.. Alhamdulillah setelah berzaman menunggu akhirnya akan terlaksana juga pelupusan.. Harapan haku, lepaih daripada pemeriksaan nih..perlupusan akan terus d jalankan..x lama lah menanti macam dulu² nun.



Bukan apa komputer² yang ada kebanyakkan expire sudah. sekarang nie makin menonjol expire nya.. haku sendiri pun dah naik cuak nak sentuh komputer² d makmal tuh, mana x nya.. tetiba berasap & paling teruja ada yang meletup... uishhhh dah la Mr.A jauh.. Oh no no!!. Memang lah Ajal maut d tangan tuhan, tapi kalau dah tau bahaya.. x kan nak cari nahas kan.. haippp!



Masing² busy dengan tugas.. hohoho.

Mujur kebanyakkan komputer² yang hendak dilupuskan tu tiada masalah surat beranaknya (Kew PA-2). Jadi haku hanya pastikan peralatan tersebut ada & macth antara satu sama lain.. Pehtu siapkan Dokumen Kew PA-16 iaitu perakuan pelupusan. Susah juga kalau barang dah lama nie, dah tu kita ambil dari tangan orang lain.. nak nak tuan yang jaga sebelum nih kita x kenal.. Ohh lagik parah..




Tapi kes haku Alhamdulillah.. semuanya dah okeh walaupun puas juga lah menggodek. mengusung sana sini nak cukupkan kuantiti...Haku x uat sendirik semua tu, hasil pertolongan mereka² d atas juga.. hikss!!

Dolu boley lah x kisah. selagi mampu akan haku buat sendirik.. angkat saja apa yang boleyy. Masa d tempat lama dulu (polimas), haku pernah d tahan wad.. gara² renovation d makmal komp bangunan baru tu.. geng² polimas tahu kes nih.. huhuhu!!

Jadi sekarang kena banyak berjaga² demi AMYNA... kekadang tu terpaksa juga tutup sebelah mata.. angkat & angkut. heh heh heh.. Apapun terima kasey banyak² kepada semua yang terlibat ya... Jom Minum!!




Wednesday, July 14, 2010

Kursus donut & kek

Tarikh: 10 Julai 2010 (Sabtu)
Tempat : Bengkel Bakeri & Konfeksioneri 1, Sek Men Teknik Tawau.

Aktiviti last weekend haku.. punya nak cukupkan syarat berkursus.. kursus masak² pun belasah juga. janji cukup syarat. sekali mencuba best pula.. rasa seperti nak join lagiks.. woohohoho!!



Antara peserta² yang menceburkan diri.. ngee~~



Sepanjang berkursus, haku partner dengan atie.


Pembelajaran yang pertama..kami belajar langkah² untuk membuat adunan donut. Pesanan dari penceramah:

1- Air perlu d masukkan sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.Awass jangan terlebih air, nanti adunan jadik lembik x dapat doh yang berkualiti.. ;p


doh 1 Kg dah siap!

2- Bila adunan dah siap menjadi doh.. biarkan dahulu lebih kurang 10-15 minit untuk proses pengembangan yis. itu sebab donut yang ciput, bila dah sedia d goreng..mak aihh besar gedebuk.



3- Masa menggoreng pastikan minyak panas secukupnya & api tidak terlalu kuat.. ini untuk mengelakkan bahagian dalam dari tidak masak.

Pembelajaran ke-2 adalah membuat kek Chocolate Gateux.





time to deco..decorate..decoration.. correction!!



hasilannya... Wuwuuu!!



Nak dapatkan lapisan cam nih, haiyoo karas tangan. makanya kek kami tidak stabil kedudukannya. miring² lagik.. nama pun baru belajar. no wonder la kan.

Tapi ini bukan kek kami ya..ini hasil tangan Cik Jaja & Cik Sabrina. Hasil kek kami pun lebey kurang cam ni juga. :p



Gandingan bersama hasil² dari peserta yang lain.. tenggelam terus keSERIan kek kami. ahakss!!



bergambar kenangan beramai².. ngeh3x..

sekian wasalam... selamat menjamu mata ya!! nak kek meh sini.. kita buat sama². hikss!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...