Tuesday, September 27, 2011

Kami bergelap kerana tiang lampu konkrit terbengkok.

Kejadian ini berlaku semalam...menurut kata jiran tetangga saya, dalam lingkungan jam 2 petang begitu. *saya kan berkeerja di opish* . Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Lori membawa muatan bata, mengundur kebelakang gara² tidak dapat memasukkan gear, untuk menambah kelajuan ketika naik bukit. Pemandu nya hilang kawalan, last lori tersebut dapat berhenti juga kerana terlanggar pada tiang lampu di tepi jalan, mujur ada tiang lampu... kalau tidak Wallah hu'alam..


lokasi menuju ke taman tempat tinggal saya.

kebetulan juga... tiada kereta dari arah belakang. Alhamdulillah. Masa jiran duk bercerita dengan saya, dalam kepala hotak saya teringat dengan pesanan² Mr.A. Beliau selalu pesan dengan saya... kalau ikut kereta jangan jarak dekat² BAHAYA.. macam² kemungkinan boleh berlaku.

Bila beliau di sebelah saya ingat... sure hati² dan jarak dengan kereta depan pun jauh lah Siiiikit. Tapi bila drive sendiri... dekat² juga. iskkk. tak kan hari² Mr.A nak duk di sebelah kan... aiyarkkkk! kena ubah perangai nih... InsyaAllah ^___^.



berikutan dari kejadian ini, pihak SESB perlu mengganti tiang yang baru. dan kami penduduk TKR terpaksa bergelap dalam beberapa jam. Lebih kurang jam 9 malam macam tu *kira sendiri berapa jam ya* baru penduduk TKR kembali terang dan terdengar lah suara² dari media elektronik.



Mulanya fikir nak duduk jerk senyap² dalam rumah... tapi tak tahan ohh, fanass! jadi saya keluar lepak sesama jiran tetangga. dah di luarkan terdengar la anak² kecik menangis kepanasan or ketakutan,wallah hu'alam, anak² remaja pulak duk menyanyi... macam² lagu dorunk nyanyi..ada yang sumbang jangan tanya, janji terhibur. hehehe!

Letrik ada jam 9 malam, jam 11.30 macam tu mati pulaks... rasa nak marah pun ada, untuk mengurang dari membuat dosa free, saya tidur dengan ayat tu..sampai subuh tadi baru sedar... dengan lampu bilik terang benderang.. Mr.A call pun saya tak sedar... hahaha!




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!








2 comments:

Lydia Miza said...

mujur pkl 9 dah terang..LM takut tid dlm gelap..huhu

Amyna said...

Semalam pun myna tidur dalam gelap juga LM.. jam 9 tu ada karan.. tapi jam 11 macam tu mati balik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...