********************************************
Hari isnin last 2 week,Saya diarahkan ke Kementerian di presint 5, dengar taklimat Skim SBPA. Time tu saya tak sehat... selsema dan demam. Pakej tak sehat yang lengkap...Cubaan. Saya gagah kan juga diri ke sana... Ohh, sungguh mencabar kesabaran tau.. Telinga nih bengang sebab tekanan dalam flight. Bengang satu hal... dah tu sakit sampai ke bahagian tengkok & rahang... Masa time taklimat pulak dewan MasyaAllah... sejukkkkkk. Memang tak boleh nak bagi fokus 100%. Dengar² saja, nak join sesi soal jawab pun tak boleh... asal bersuara ja.. batuk batuk batuk tak mau mau.... jalan terbaik. duk dendiam di situ.
Malam pada hari taklimat tu... badan saya dah mula ting tong yang lebih teruk. maybe kesan dari dewan yang sejuk tu. Suhu badan saya dah mula meninggi kembali. Terasa bahagian muka nih... macam tengah buat BBQ. Panassssssssss! Saya telan macam² ubat dan minum air suam banyak² dengan harapan besoknya saya bangun badan dah tak panas dan saya kuat untuk menapak ke kLiA terus fly ke sini. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat pulang ke rumah..
Dalam minggu yang sama, Sepupu saya datang sini. Bawa family jenjalan. Nasib juga time tu saya dah sembuh dari selsema,hidung yang tengah mengelupas pun dah tak da, cuma suara saja la ala² ratu rock gitu ;p. mereka just datang sekejap saja, plan pun ala² songlap lap gitu.
Yang paling penting target saya nak bawa mereka ke perkampungan nelayan terlaksana... Jam 5 lebih dorunk sampai sini, malam tu terus saya bawa mereka ke sana... sini macam biasa jam 6 petang dah gelap. Balik rumah sekejap, mandi & solat pehtu keluar ke sana..
udang fresh sekilo RM24.
Gambar lain² ada dalam henpon, ini pun saya songlap dari FB sepupu saya.. ngee~~ Saya nak tranfer kabel pulak tak bawa, kalau tak boleh tunjuk riang ria mereka di sini. Anak sepupu saya bukan main lagi makan bakso siap terangkat magkuk weyy!
Balik dari sana bawa mereka dinner seafood di Gerai IM.. Tempat baru juga bagi saya, memang patutlah kawan² pakat suggest ke sana... masakan sedap plus murah pula. Pendekkan cerita, boleh p makan di sana lagi dan ada tetamu nak mai bulan 6 nanti (20 orang) saya bawa makan di sana saja lah... yeayy! steambot di perdana boleh atur kemudian.. hehe!
*****************************************
Hari isnin last week,Opish saya ada menerima seorang pelajar Latihan Industri..Adik Masni Dari politeknik perlis, satu poli dengan MekteQ a.k.a adik perempuan saya.. Belajaq ja di utara sana, tapi asal sini. Tak apa masni, jauh perjalanan luas pemandangan..kan kan! Masni ada belog juga.. klik SiNi tau. Pertemuan kita ini memanjangkan lagi silaturrahim sesama insan. Alhamdulillah ^__^.
Masni selamat datang ke sini dan selamat menjalani Latihan Industri. Manfaat kan peluang yang ada sebaik²nya eh. Kalau sistem still yang lama dulu, praktikal politeknik 6 bulan kan.. so sangat panjang masa itu..
Buat masa sekarang ni masni ada dengan saya, duduk berdepan sahaja di makmal komputer.. Penuh dengan barang². Makmal pun dah macam stor serbaguna. Huhuhu! Koje² pemasangan tile dah siap tapi pintu pulak yang tergendala... dah seminggu siap... tapi pintu tak da.. makanya x da paedah juga... itu yang berkampung dulu kami di sini...
Susah bagi saya sebab kami separate dengan kawan² seperjuangan yang lain.. If ada koje apa² yang nak dibincang, mahu manapak berlangkah² baru boleh jumpa.. payahhhh! Pengarah pun dah bersuara dengan kontraktor... Dia cakap nak pasang hari ni.. sampai sekarang belum juga muncul kontraktor. Paling² lewat isnin nih... Harap² bukan sekadar janji seperti pemasangan tile hari tu.. Saya bukan bola okeh!.
Masni... buat masa sekarang kita fokus pada laman web dulu ya. Macam kata bos, web version 4.0 akan di lancarkan pada 1 Januari 2012 nanti. Untuk koje² maintenance komputer dah tak banyak sebab komputer dah buat pelupusan.. Tapi dengar² ada komputer baru akan sampai dalam masa terdekat ni. If itu bukan janji manis...boleh lah masni ambil peluang untuk belajar. InsyaAllah ^__^.
Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!
Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~
No comments:
Post a Comment