Saturday, May 14, 2011

Festival Silat Nusantara di Tawau 15-19 Mei 2011.

TAWAU, 14 April (Bernama) -- Tawau buat julung kalinya dipilih sebagai tuan rumah Festival Silat Nusantara dan Jemputan Antarabangsa 2011 yang berlangsung dari 15 hingga 19 Mei ini.

Pengarah acara Zaid Abd Hamid berkata festival itu dijangka menarik penyertaan kira-kira 700 pesilat bukan sahaja dari Asia Tenggara, tetapi juga dari beberapa negara Eropah seperti Jerman dan Poland.

Beliau berkata festival itu akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Silat Olahraga dan Silat Seni, dan sebagai persediaan pihak penganjur akan memberi kursus jangka pendek kepada anggota jawatankuasanya bagi mendedahkan mereka kepada protokol dan pengurusan acara.

"Festival Silat Nusantara dan Jemputan Antarabangsa 2011 ini dianjurkan oleh Kolej Komuniti Tawau dengan kerjasama Majlis Perbandaran Tawau dan Kerajaan Negeri Sabah," kata Zaid yang juga merupakan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Tawau kepada Bernama di sini Khamis.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dijangka merasmikan festival yang julung kalinya diadakan di Borneo itu, manakala majlis penutupannya akan disempurnakan oleh Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Seri Muhd Ali Rustam.

Sementara itu Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Ismail Mayakob pula yakin festival itu akan memberi impak besar kepada sosio-ekonomi masyarakat Tawau selain menjadikan daerah itu sebagai hub silat di Sabah. Sumber: Bernama

**************************

Festival Silat Nusantara di Tawau

Lambat saya kasi up.. busy dengan tugas hakiki dah tu 2 hari kan, belogsepot kita dalam probelema. Ini adalah salah satu aktiviti minggu depan di mana saya dan kawan² opis yang terlibat. Tak semua staf terlibat.. Just selected. Jangan tanya saya lebih² ya.. sumpah saya pun tak tahu menahu detail sangat info festival ni...

Kesimpulannya saya just selesaikan koje yang di amanahkan oleh ketua sekretariat AJK yang saya di lantik. Janji festival berjalan seperti yang di rancang... tak mau tak mau pening kan kepala hotak... ngee~

Boleh jenguk² ke Laman web ini : http://www.kktaw.edu.my/ .Saya baru belajar berjinak² dengan WP... semuanya demi web opis.. web baru dowh.huhuhu!

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

2 comments:

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum...

Ermmm.... dah lama saya tak bersilat dan ber Tae Kwon Do... kalau nak aktif semula mesti agak sukar, sakit2 badan.

Tapi minat saya dalam seni bela diri masih lagi ada. Malah saya pernah menjalani Latihan Industri di syarikat yang menerbitkan Majalah Seni Beladiri, di bawah kelolaan Azlan Ghanie (yang merupakan pewaris Silat Melayu Keris Lok Sembilan & Senaman Tua).

Saya mendoakan agar festival berkenaan berjalan lancar dari awal hingga ke penghujungnya....

MaMa AiNi said...

best berada n bekerja ditempat orang ni!! byk budaya dpt dilihat n dipelajari..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...