Thursday, June 23, 2011

Jumpa dengan Ja anak paklong Ghani :-)

Malam pertama saya di langkawi... saya berjumpa dengan kawan sekampung. Lama dah tak jumpa beliau... sejak beliau kawin dan merantau ke Langkawi jarang² sudah kami bertemu.. Kan ada fesbuk. boleh la pakat² berhubung semula.



Ini lah kawan saya... Ja Ghani panggilan namanya. Muda lagi dari saya. Kira pangkat adik.. Tapi bila kami sembang tak da maknanya nak panggil pangkat adik-akak...terus berutal kata kau... hang-aku-wey ja.. hehehe!!


Mat Kie a.k.a hubby ja just nampak belakang saja. kuruih la hang Mat Kie... hik3x.

kami mula rapat sejak sama² berpartner untuk latihan silat. lepaih tu sama² kerja di resort Desa Utara sana. bertambah rapat apabila beliau berkahwin dengan kawan sekerja saya semasa di Desa Utara nun.. Ikatan persahabatan antara kami menjadi lebih kukuh...


Bergambar kenangan di depan Baron resort Pantai Cenang.

Time ni lengoh sangat² dah kaki menjelajah gerai² di sepanjang Pantai Cenang. Jelajah demi preparation untuk aktiviti esok hari. saya beli topi.. sebab aktviti esoknya sure berpanas!


Anak² ja dah dua orang.. dua² girl. Sukanya mereka bermain pasir..

Mat Kie ajak lepak di tepi Pantai... walawehhh angin malam fuhhh sejukkk~~ Lepak² sambil bercerita.. sedar tak sedar sampai dekat jam 1 pagi. baru masing² minta diri. Ja sekeluarga pulang ke rumah mereka.. Kami masuk ke hotel.. bersihkan diri.. teruss Zzzzz! Lambat bangun besoknya.. sure kena tinggal lah... Adik haikal subuh² lagi dia dah bangun... Semangat kata kau!!!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...