Tuesday, September 21, 2010

Plan kencang dari adik ² fomfuan ^_^

Aktiviti 18 spetember 2010

Haku panggey ni plan kencang sebab adik fomfuan haku yang aktifast tu punya ayat.. Masa mereka keluar membeli kek nih, kami duk soksek di FB. adik haku guna FBmobile.. Haku tanya dia.. perbualan lebih kurang macam nih la.

haku: Hampa p mana nih.. jam bapa nak balik. Hari dah nak malam.. (ayat budget seorang sister yang amik berat tentang adik²).
Adik: jumpa kawan².. sekarang kat jitra. kencang x?
Haku: Ohh.. hati² memandu tu tau.. yang penting balik sebelum BBQ bermula. kalau tak sapa nak bantu depa bakar ayam.
Adik: Beress!

Mereka keluar lepas balik dari kenduri umah Mr.A.. memang dah petang.. hampir jam 4.30 petang. Hantar jerk haku ke rumah..mereka tukar pakaian pehtu terus caragas keluar lagik. Semua tu dah biasa bagi haku.. jadik haku tak amik port.. tak tanya pun mana mereka nak pergi..Lagipun waktu tu haku di umah jiran duk tengok cikgu wadi buat ramuan perap ayam untuk BBQ. Haku hanya senyum jerk tengok gelagat adik pompuan haku yang sorang lagi nun.. x sempat nak kemaskan shawl nya & bawa pakai dalam kereta..kalut sunggoh. huhuhu!!

Kami & kawan² di chalet impiana tu ada plan malam tu.. kami nak buat BBQ. Plan nih semua Up up jadik. Plan malam sebelum tuh kami p mandi Air Panas Ulu legong. Mulanya berat juga hati nak p, ya la.. Mr.A tak ada sini. Rasa tak seronok pula.. kalau minta izin, memang green light sajork Mr.A tu.. tapi haku la yang rasa tak seronok. Tanya Ayah & mak.. mereka berdua setuju nak join ke sana.. terus haku minta izin dengan Mr.A.. Nanti entry Mandi Air panas tu menyusul. Sekarang kita cerita plan kencang dari adik² dulu ya. Rilekss..baca satu² na.

Okehh.. untuk BBQ malam tu, sebagai wakil pihak fomfuan, haku amik part nak goreng bihun. leh la buat makan dengan Ayam bakar nanti. kalau nak makan ayam saja macam tak marvelouse pula.. Haku ingat nak goreng bihun biasa jerk.. tapi mak haku bagi idea suruh goreng bihun singapore.. Lada jeruk dah siap. Perghhhh!! Bila dah selesai solat magrib, bermula lah tugas haku nak goreng bihun.



Dalam duk menumis tuh.. datang la adik fomfuan haku dengan gaya yang begini. sambil alunan nyanyian "heppy besday~~~". Haku terkejut weyy. Akak haku pun nyanyi sama sambil terlompat², hahaha!! sungguh mencuit hati bila ingat.. sekali bila tengok tulisan atas kek ada nama nya juga. Haku sendiri pun tak assume semua nih sebab belum sampai tarikhnya untuk haku.. 3 hari lagik. Akak haku pula 6 hari..



Adik haku bawa mai kek betul² ke arah haku.. minta haku & akak tiupkan lilin. alahaii.. Last² koje menggoreng bihun singapore sepenuhnya dari air tangan Ratuhati. Mujur mak take over.. kalau tak bihun singapore ada aura hangit.. ekekeke..



Dah ratuhati take over sepenuhnya.. makanya koje² membakar ayam tu haku dengan semangatnya melibatkan diri dan menyesakkan diri dalam kepul-kepulan asap.. Sangat best & meriahhh!!



ketua membakar ayam tu ha.. adik wan yang tak berbaju tapi berselimut tuala.. Takut baju berbau asap katanya. hu3. Di Chalet Impiana haku panggey wan nie Ayah. Ingat masa depa kecik² dulu. duk sekeh kepala jerk. hehehe!! sekarang dah dewasa weyy.. tinggi. , nyaman amat. silap² haribulan depa yang ketuk kepala haku. ngee~~



Dah abis makan kek.. terus caragas ehh. membakar Ayam.



Cikgu Wadi pula sebagai Mak di chalet impiana...kenangan sungguh. hahaha!! wadi memang pandai bab² memasak nih, teliti pun ya..Ikut rentak makcik Na mungkin. Bertuah siapa jadik permaisurinya.. InsyaAllah ^_^



Selesai membakar di Chalet Impiana, kami bawa ke rumah haku. Makan² dalam umah. Luas sikit.Mak & Ayah haku pun ada sekali. kalau di Chalet nun tak muat kalau semua nak masuk serentak.. hu3. Selamat menjamu selera yang kawan² vs adik²..



Ini lah sebahagian ahli Chalet.. Anak² muda kampung haku. semua nya pangkat adik². Dulu kecik². Sekarang dah boley jadik suami orang sudah. Lepaih nih jangan hairan la kalau asyik dapat panggilan walimatururus jerk.. sat² hujung nie, pehtu hujung nun.. Canopy pihak wadira tu kalau boley bersuara sure dah cakap.. penat ehh.. tak dan nak rest. Pasang sini, pindah sana.. hehehe!!

Apapun sangat enjoyy.. segalanya berjalan lancar. Terima kasih pada kawan² & adik² yang terlibat.. tak duga Plan BBQ kita nih sekali celebration besday haku & akak.. Kebetulan. Kan dah kata, janji Allah itu kan indah~~ Syukur Alhamdulillah.. ^_^



sayang @myn@ ^_^





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...