Tuesday, September 7, 2010

Ke Aloq setaq bersama AA

hari ahad lepas kami ke Aloq setaq bersama AA. ada 2 tujuan kami ke sana.. walaupun kami tak dapat nak bergembira lama2 dengan AA, tapi kami bersyukur sekurangnya ada juga peluang untuk kami.. Alhamdulillah.



Perjalanan kami ke sana.. AA bersama adik ipar haku. Amira.. Hari tu haku pergi antar buah tangan dari sabah & berbuka puasa dengan family. Opss!! itu boley rujuk entry sebelum nih ya. Adik haku nak ikut haku balik sekali. Ya lah.. haku just bermalam 1 malam jerk d sana.. Tak cukup mungkin reedem kerinduan dia dengan haku.. ngee~. Adik ipar yang bongsu pun nak ikut juga, tapi mak mentua haku tak bagi takut dia menangis time malam.. andai kata menangis time malam.. menggelupur juga haku nanti coz dia bukan jenis mudah makan pujukan. dek mira pun cakap, tak perlu bawa kak..nanti dia nangis.. sian dia..

Destinasi pertama kami ke aloq setaq ke pekan china. kami ke sini sebab nak beli barang2 kuih. Ya la.. haku dah pesan kat mak awal2 lagik.. " bab kuih jangan bimbang, serah jerk kat kami adik badik. anak fomfuan mak kan ramai.. Mak fokus jahit baju dulu. nanti kuih raya cek balik baru kita pikiaq na". Nih haku dah balik bermula aktiviti kuih raya. sebelum tuh kena la p beli bahan2 weyy.



AA sangat aktif. merata ceruk kedai dia terjah. sampai ke stor kedai tuh. pehtu duk berbual dengan tauke kedai. Berbual dengan bahasa yang AA sendiri faham. Mujur tauke tuh supporting & bergurau lagik dengan AA. Lagik rancak lah AA.. sampai air liur pun terkeluar.. Lucu..

Haku pilih kat pekan china, sebab kedai nih macam kedai borong pun ada.. macam2 barang buat kuih ada.pelbagai jenis tepung pun ada. sampai kan haku pun naik konpius.. Mak pun pilih kedai nih. jadik pilihan kami adalah pilihan yang sama..senang nak soping. Wohohoho~~


Destinasi ke-2 pula.. kami ke tesco. Mulanya nak ke pacific, tapi ari tu ada penutupan laluan, polis traffic jaga.kalau nak masuk juga kena p u-turn kat depan nun. kira macam kena pusing jauh sikit la. Uihh buang masa juga tu. Jalan pula "jamed" nanti nak bergagas balik sebelum jam 4 petang coz kena antara AA balik ke pangkuan suria. Lebih sikit nanti dorunk cas kami pula.. uih tak boley tak boley. tu yang kami pakat dicide p tesco jerk lah.. jalan nya sangat lengang walaupun parking di sana penuh..



Kasih nya ayah.. mereka sibuk mengukur & memilih baju untuk AA, haku pula sibuk merakam kenangan ini.. dalam sibuk2 tu haku juga sumbangkan idea pemilihan baju raya AA.. Mesti AA smart bergaya di hari raya nanti.. he he he!!



Wajah hepy AA setelah mendapat baju raya.. AA gembira haku lagik gembira.. Dua tujuan tersebut telah sempurna. Barang untuk kuih raya pun dah selesai, baju raya AA pun dah ada.. masa untuk pulang. Lagipun dekat jam 2.30 tgh hari. takut terlebih masa pula nanti.. Perjalanan dari kampung haku dengan Aloq setaq nih dekat 1 jam juga la. itupun kalau jalan tak jamed..



Masa perjalanan balik AA duduk dalam dakapan haku. sampai tertidur AA.. penat mungkin sebab masa kami letak AA dalam troli bukan main lagik dia menjerit dengan bahasa yang dia sendirik faham. kalau lah dia dapat bercakap dah time nih. haku tak tahu lah apa ayat yang keluar. hehehe.!! Nyenyaknya AA tidur.

Dalam nyenyak dia tidur tu.. terjaga masa dekat2 dengan umah mak dia.. Maybe gerak hati nya menyatakan yang kami akan berpisah sementara. Sabtu depan baru bertemu semula.. Masa dia terjaga tu..dia pandang muka kami semua.. Uhh sangat menyentuh perasaan time nih.



Bila sampai kat depan umah mak nya.. Haku hulurkan AA kat mak haku.. Biar mak haku yang antar AA kat mak dia. Masa AA tengok jerk muka mak dia.. AA nangis..time nih haku sedih sangat. Mak haku pula duk pujuk dia, ilangkan rasa sedih dia.. Haku tak sanggup tengok perasaan anak kacil ini. Aduhaiii..sampai bila nih. sian AA.. sabar ya sayang. itu yang mampu MakNgah cakap sayang.. suratan takdir itu pasti indah sayang.. sabar ya!!!



sayang @myn@ ^_^






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...