Wednesday, November 23, 2011

AidilAdha 2011 di FLM a.k.a Rumah Mr.A

TudiAaaaa!! Cerita raya saya baru nak keluar. Hew hew hew!!

Alhamdulillah....Akhirnya kami (Mr.A) dapat juga balik bercuti dan meraikan AidilAdha dengan keluarga di kampung halaman... Baru la adilkan. AidilFitri tak dapat, AidilAdha dapat.. Ini tak.. janji manis ja depa tabur untuk staf.. bila waktunya.. pelbagai alasan lagi di beri sehinggakan sanggup koyak form cuti staf.. apa ke hal nya!!!

uishh... panas hati tak habis lagi ka saya nih. Ngee~~

1st AidilAdha saya sambut di rumah Mr.A.. lagipun AidilFitri 2010 tu saya sambut dirumah saya sebab Mr.A time tu bertugas di Somalia... Nak adil bagi pihak kami berdua.. decide di rumah Mr.A sahaja... Win win situation kan!


Mr.A di Pagi 10 Zulhijjah 1432.



Rumah 1st kami berjalan ke rumah TokLong Nab. Berdepan ja rumah Mr.A dengan rumah TokLong. Jalan kaki ja... Time kami p sana ramai pula anak² TokLong di rumah, sempat la berkenal² kenalan.. sembang p sembang mai... tersangkut. hehe!



Di rumah TokLong ada Tapai.. teringin nak makan. tapi TERpaksa pendamkan nafsu. Sobb!. Mr.A makan sagu, campur santan,gula merah dan ketul ais... saya just minum dan jamah kuih hasil tangan orang lama...Perut kekenyangan dah sebelum keluar sebat laksa di rumah. Mak mentua saya buat 2 menu hari tu... Buhun sup dan laksa.


Maklong Mr.A merangkap Maklong saya!

Seterusnya memanjang langkah lagi. Naik motor tawaf FLM.. Bagi saya FLM besar lagi dr FBT a.k.a kampung saya.. If buat kenduri mau berkawah² nasi kena masak.


KakChik, KakNgah, Amyna dan MakLong :D

Kami ke rumah MakSedara Mr.A yang tinggal se Felda dan ke rumah kengkawan sekolah Mr.A... Dah berat perut... terus balik ke pangkal jalan.



Anak² saudara Mr.A..

Di rumah Mr.A time tu pun dah semakin ramai saudara mara sampai. Selalu selepas solat AidilAdha, mereka semua akan balik berkumpul di rumah Mr.A. So sangat meriah!!

Bersama keluarga Mr.A... 3 orang lagi HERO tiada =D


ehh kenapa tangan saya sebegitu rupa? lawak pula bila tengok!


Ha.. yang ini saya like ^___^


Ini adik Mr.A yang ke-3.. Nak sambut AidilAdha tu adik ada beli kaki kerbau.. Sangat besar tau.. itu sebab Mak buat menu bihun sup..

Saya dan Mr.A yang songlap dulu kaki tersebut. kami makan bersama² di dapur. Pak sedara yang lain² dah kena kurantin... tak leh terlebih sedut. Nanti ada yang TERpaksa mengadap doktor. So mereka bagi dekat kami, golongan yang belum sampai tahap kurantin nih... itu pun PakSu Nuar duk bising² kat kami suruh beringat *KeCemburu* hehehe!


bergambar bersama² =D
*Macam mau bersanding pula gaya Mr.A.. hahaha!


amyna & mekteQ di rumah MakLong Shimah.

Selepas asar.. Kami bergerak ke rumah Mak Sedara saya di kampung berdekatan dengan FLM.. Ratuhati dan adik² mereka gerak dari FBT. kami janji jumpa di sana. Sebab malam tu kami plan untuk ke next destinasi yang jauh berkilo Meter.. :-)



*FLM = Felda Lubok Merbau
*FBT = Felcra Belimbing Tolak


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!










4 comments:

alltimechah said...

TAK TERSELIT PUN muka saya ! sentap paling dalam ! HAHA

Amyna said...

La.. ini kan di rumah Mr.A... memang la tak dak. Hang tak mai ;p

shahdiana said...

MYNA BANYAK BTOI FELDA-FELDANYA..HEHE...

NAK JEMPUT MYNA JOIN GA
http://sofiyahasya.blogspot.com/2011/11/syakirsofiyasyakira-1st-giveaway.html

Amyna said...

hehehe.... anak² peneroka, pusing² ke situ juga.. :-)

okeh yana.. myna dha tinggalkan note di entry yana. terima kasih ya invite myna.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...