Sunday, November 20, 2011

Perjalanan November saya!!

Selamat petang kawan² dan pembaca² sekalian maya...

Sepanjang bulan november saya jarang² sudah berceloteh di sini..tak sempat nak luangkan masa untuk laman amyna... Setiap detik yang berlalu dalam diri saya, di manfaat kan sebaik²Nyaaaa!! Aktiviti yang dilalui terpaksa pendamkan seketika dalam pemikiran..hanya gambar² yang dirakam bakal mengingatkan kembali memori tersebut. InsyaAllah ^__^.

Bermula 2hb saya dah fly balik bercuti sempena AidilAdha ke kampung halaman... hampir 2 minggu kat sana, 13hb balik semula ke sini..semalam ja tidur di rumah TKR... besok tengah harinya fly pulak ke Kota Kinabalu... berkampung di sana seminggu untuk Dekstop produktiviti Open Office Writer. 18hb malam, fly balik semula ke tawau. Rest dirumah 1 hari..


gambar masa join kursus photography bulan Julai yang lalu. Saja tempek gambar nih coz tadi masa di booth KK cawangan Semporna pihak sana ambil gambar saya untuk banner mereka.. tapi bukan gambar yang ini lohh... apapun tetap kembang hidung sekejap!! kau ada???

Tadi pagi gerak ke Lahad Datu untuk Karnival program latihan 1Malaysia.. Kami ramai² dengan staf opis naik bas jabatan... So heaven!! Lama wehh tak naik bas ala ala rombongan nih... Sejak pindah ke sini, memang jarang² sekali ada peluang naik bas.. Menyedihkan betul.. Silap² kalau naik bas yang bila nak behenti kena tekan loceng.. Confirm terlepas... cari loceng tak jumpa.. Hahahaha!!

Sekarang dah kembali semula ke rumah sewa saya.... Penat memang penat! tapi tak dapat nak lelapkan mata seketika untuk menghilang kan kepenatan.. Di sini mati letrik lagik... Gini la risiko untuk penduduk kawasan sini. Jana kuasa bukan melalui Hidroletrik coz tiada empangan untuk menjalan kan proses tersebut... Apapun saya bersyukur diberi ruang bagi menjalankan kehidupan di perantauan... smile ;-)



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!









No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...