Monday, November 22, 2010

Cerita VS kisah kerbau pendek :p :p

Tadik Mr.A call bagitahu yang dia On duty lagik malam nih coz PakUda excident dilanggar kerbau pendek.. Di ulang ya, bukan Pak Uda yang langgar TAPI kerbau pendek tu yang langgar Pak Uda. Masa jatuh tu Pak Uda tak dapat bangun coz bahu nya patah jatuh terhempap motor..

Mujur tempat xcident tu tak jauh dari pangkalan, Mr.A cakap dekat bukit yang haku kena terjah dengan kerbau pendek suatu masa dahulu. Dah dekat Pak Uda balik sendiri dalam sakit² tu jumpa Mr.A minta bantuan. Settel- Pak Uda di bawa ke hospital dan Mr.A duty dua wash. Haku pun tak faham jenis duty nih.

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

Haku terbayang situasi masa haku di terjah kerbau pendek dahulu. Waktu tu dalam Jam 6 pagi. Sini jam 6 pagi tu dah cerah benderang tau...kira boleh nampak flora dan fauna sekeliling. kalau dari pangkalan haku akan gerak time gitu coz budget time sampai opish before jam 8 pagi..

Haku tergamam bila dengan selambanya kerbau pendek itu melintas tanpa toleh kiri kanan weyy ( Boleh ka dia toleh, bukan kah lurus saja). Mungkin juga kerbau pendek tu kejar masa nak bawa family bekpes. hahahha!!.. Masa tu haku tengah turun bukit dalam kelajuan seorang pemandu wanita yang waras, nasib baik sempat tekan break serapat²nya.. Mish pepel terhenti mengejut dan sikit lagi nak tercium laluan kerbau pendek tu. Kalau tidak Wallah u'alam... Allah s.w.t memelihara perjalanan haku ketika itu.. Alhamdulillah syukur ^_^

** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** ** **

Ops!! haku ada pengalaman manis bersama Ratuhati yang melibatkan kerbau pendek nih. Bila teringat mesti ketawa sampai tidak boleh nak control sudah. Nih nak kongsi dekat sini pun haku dah ketawa sorang².. Kenangan 8 tahun yang lalu. ceritanya bermula...

Masa dulu haku selalu ikut MakAyah pergi kebun getah kat ladang Felcra tu. Kalau pergi ke kebun haku akan ikut Ratuhati, kira jadi peneman buat Ratuhati. Ayah boleh la meneruskan koje di sebelah nun dan Ratuhati sebelah nih.. Cepat habis boleh balik awal.

Haku bukan peneman buta kayu sahaja tau..tulung² juga kumpul getah skrap sekali dan memastikan cawan susu getah bersih. Nanti Ratuhati sampai dekat pokok getah tersebut just toreh jerk dan pantau aliran susu getah masuk tepat ke cawan. Cepat sikit koje..heheh!

Dalam leka haku singgah dari satu pokok ke satu pokok.. tetiba~~~ Ayah haku yang di bahagian atas bukit sana nun ketawa yang hamat besar dan kuat..Haku terkejut. terus lari laju² mendekati Ratuhati. Takut weyy. Bukan haku saja yang terkejut.. sekumpulan kerbau pendek yang menghampiri ayah haku tu terkejut juga.lagik laju langkahnya menuju dekat kami di bawah nih..

Masa tu haku terkedu tak tahu nak buat apa.. dengar Ratuhati cakap.. "naik pokok kak". Haku cuba naik pokok sebelah ratuhati. tapi tak dapat la. Masa tu dengan tangan ada tong getah skrap. walawehhhh.. lawat sengal betul. Dalam jiwa gementar haku cuba sekali lagi tapi tak ternaik juga haku atas pokok tu.. macam mana mau naik, pokok getah bukan ada dahan yang boleh di capai... Kann kan!! Lagipun sekumpukan kerbau pendek tu dah semakin hampir dengan kami.. tanpa pikir panjang haku ambil jalan pintas....Zasss!!

Memanjat dan menarik baju ratuhati.. Boleh bayang tak macam mana situasi haku dengan ratuhati ketika itu.kelam kelibut. Ayah haku dari atas nun bertambah² ketawa besar dia tengok gelagat haku dengan Ratuhati di bawah nih.. Arwah PakLong MatKiE kebun sebelah ayah pun sam juga. Pehtu siap buat lawak dengan ayah. Kami masa tu memang tidak ada rasa malu dah. yang penting selamat... Bila sekumpulan kerbau pendek tu berlalu. Haku dah ratuhati masing² pandang memandang pehtu pakat ketawa berdekah dekah. Itu lah kenangan abadi masa haku rajin ke kebun MakAyah. 8 tahun yooo!!

Psst: Ayah haku ketawa besar sebab nak bagi kerbau pendek itu beredar dari kawasan ayah buat koje. Yang malangnya Kerbau pendek tu menghala ke arah kami ;p.


sayang @myn@ ^_^

11 comments:

deem said...

tak abis baca ketawa sudah saya kak...hahaha...lucu bila terbayang mcm mn akak nak naik pokok getah tu padahal menatang tu bukannya pedulik korang kat sana.dia sekadar nak tumpang lalu saja....:D

Amyna said...

hah.. itu la pasal deem. tergamam punya pasal. terus tak leh pikir panjang sudah..

Dia mana boleh belok belok ke kanan kiri kan.. kalau haku pusing di pokok getah tu pun dah selamat.. TAPI entah la.. Mencipta kenangan mungkin~~~~

sibutiz said...

nice post mbak...

sekamar rindu said...

sib baik tak dilanggarnya..kalau tak haru..

AngahSayang2314 said...

wah.... ehehehehe

noa said...

nak simpati ke nak gelak nih =p

Amyna said...

@sibutiz: terima kasih ya.. Just pengalaman :-)

Amyna said...

@Sekamar Rindu: Di langgar kaluuu... samak menyamak la jawapannya... Nasib baik tak.. hik3x..

Amyna said...

@Angah: Lucu kan kenangan nih. Ahaksss!!

Amyna said...

@Nora: terpulang TAPI sehingga hari ini Myna & mak mesti tergelak bila di kenang... kenangan 8 tahun yang lalu..

hanisah hamid said...

saya gelak mengenangkan caramak dan kak mina cerita hal ni dengan penuh semngt dan dedikasi. taniah kerbau pendek! awak dah buat kenangan terindah yeaw :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...