Wednesday, November 10, 2010

Kami Enjoy @Stompin’ Sabah 2010

Haku tinggalkan sementara cerita tentang destinasi yang sangat cantik dan mewah itu ya.. Haku nak cerita dulu perasaan kegembiraan kami bersama² sewaktu malam berlangsungnya Stompin’ Sabah. Ada juga rakan² blogger yang bertanyakan kepada haku apa itu Stompin’ Sabah. Uols boleh rujuk di SINI ya. Jangan risau dalam entry ini haku akan kongsikan kemuncak Stompin Sabah ^_^ . pasti uols akan lebih memahami.. InsyaAllah ^_^

Jam 3 petang haku selesai Redeem Ticket yang di Sponsored NUFFNANG daripada salah seorang wakil Xpax iaitu Incik Hafiz..

Terima kasih kepada Incik hafiz dan terima kasih juga kepada pihak Nuffnang (Cik Azrin & Teoh Xin Xian) yang sudi follow up dengan haku sebelum Stompin'Sabah bermula. Sangat excited kerana 1st time kami join hiburan terbesar begini dan menerima sponsored 1st dari pihak NUFFNANG .

Masa kami sampai di sana hujan dan angin yang sangat kuat. Dari tempat parking Mish Pepel menuju ke perkarangan Jesselton Point, sempat juga kami kebasahan di siram air hujan yang di bawa angin. Payung dalam mish pepel haku tinggal di opish Deem. Nasib baik ada towel, kasi tebal buat lindung kepala.

Walaupun begitu kami tetap semangat hendak join Stompin' Sabah. Seperti yang haku war² kan di FB. Haku begitu semangat sebab adanya Ella Ratu Rock Malaysia yang akan membuat persembahan secara Live. Tengok di banner itu nama Ella yang teratas. Yeah yeahhhh!!.

Di hadapan pintu masuk utama Stompin' Sabah. Di sini pemeriksaan keselamatan dilakukan kepada setiap penonton yang memeriahkan Stompin' Sabah 2010. Di belakang tiket tersebut ada tertulis syarat² yang perlu diikuti.

Laluan mengikut katagori status tiket penonton. di sini krew yang bertugas akan memasang Tag di pergalangan tangan penonton.. mengikut status tiket tersebut.

Yess!! ini pergalangan tangan kami. Haku & Mr.A.

Melepasi laluan itu kami di beritahu oleh krew yang bertugas untuk redeem minuman menggunakan tiket

Redeem minuman dulu sebelum ke khemah VIP ... Makanan juga disediakan di khemah VIP untuk penonton. Mr.A memilih Koeyteow goreng bersama sosej. kami kongsi berdua kerana time itu haku tiada nafsu untuk makanan sudah. Menjamu selera sambil menonton persembahan artis² yang dipilih untuk Stompin' yang ke-2 ini. Fuhhh nicee!!!!

Khemah untuk VIP.. Masa kami sampai keadaan meja tidak tersusun sempurna seperti di tolak angin. Penonton pun masih tidak ramai. Jadi kami boleh memilih tempat yang selesa untuk memeriahkan Stompin'.

Stompin' bermula jam 7 malam. Masa tu hujan seakan reda sebentar dan krew² yang bertugas datang ke khemah VIP membawa keluar meja dan kerusi ke ruangan depan khemah. Menyusun atur. Kami berpindah ke depan berbumbungkan langit... terasa seperti menonton show yang superb!!

Tidak lama pun meja di susun di luar.. hujan turun kembali. kami berasak² ke dalam khemah kembali. time tu penonton dah mula ramai.. Khemah semakin sesak kerana penonton mencari tempat untuk berlindung.

Artis pertama yang membuat persembahan adalah Artis tempatan dari kumpulan pemuzik terbaik yang mengikuti uji bakat U.O.X Campus Tour di Palm Square Kota Kinabalu pada 31 Oktober 2010 yang lalu.

Persembahan diteruskan walaupun hujan semakin lebat. Silih berganti persembahan dari artis² tempatan dan artis Antarabangsa. Meriahhhhh!!

*****************************************************

Ramai artis buat persembahan tapi haku terlepas snap picca. hujan lebat sangat. Kalau ikutkan hati mahu sahaja haku ke depan stage sana. Tapi Mr.A tidak izin. takut haku demam, sudah la masa tu Mr.A tengah sok sek hidungnya selsema. Lagipun bahaya bersesak di sana time hujan², luar jangkaan kita.. Sebagai isteri haku akur sahaja. kann~

Persembahan dari Toi AF6.. Sebelum menyumbangkan sebuah lagu, Toi bermain Angklung diringi dengan muzik Nobady by Wonder Girl. Haku terpukau di situ tengok tangan Toi laju bermain Angklung. jap tangan ke atas, pehtu ke bawah.. hingga terlupa hendak buat Video yo. Sayang nya tu.. best di dengar, terasa alunan rentak Angklung yang sangat sekata.. selesai bermain Angklung Toi menyumbangkan sebuah lagu Tengo La Camisa Negra secara live.. No komen!

**********************************************

Di bawah adalah Aksi² Guitarist yang sempat di snap dengan lensa milik haku. Layannn!!

Joe Wing


Aksi Man Kidal dan Dicken..Gandingan yang memuaskan hati haku.. ^_^

Bukan haku sahaja terpukau.. mereka pun turut sama. Baju merah tu Nemo (anak ellen). Masa nie Shawn Lee tengah show. Gimik² yang dipersembah mempersonakan para penonton yang ada di situ. terutamanya ladies. Silih berganti jeritan..

******************************************

Ella buat persembahan lagi 2 jam setengah Stompin' berakhir..lebih kurang Jam 11.45 macam tu. Namun itu tidak mematahkan semangat kami.. tetap cergas support Ella membuat persembahan.

Kami bertambah cergas bila tengok Ella begitu lincah di atas stage. Terasa seperti sama² mahu melompat di atas stage sana.

Mahu snap picca Ella pun susah.. Persembahan ella memang terbaik. Lagu yang di persembahkan secara live Layar Impian, Kesal, Permata biru dan kita lah bintang sangat memukau haku.

cuma untuk 1st song, terdapat sedikit gangguan teknikal. Nasib baik dapat di cover semula.. Ella memang berjaya memuaskan hati kami.. yeahhhh!!

Sama² menyanyi dan sama² melompat. Sampai suara haku sekarang dah lebih kurang sama Ella. Jenuh teguk air asam. tekak sakit.. hu3.

Ella menutup persembahan dengan sebuah lagu dusun - Sayang Kinabalu yang di sampaikan oleh artis tempatan. Ella siap bagitahu kepada penonton & peminat semua yang keesokkan harinya dia akan ke kundasang. Alang² menjejak ke sini..heh!

*******************************************

Sesi bergambar dengan artis² tempatan yang membuat persembahan.

Mahu bergambar dengan Ella, tapi Ella busy begambar di dalam khemah belakang stage. Izd anak atie dah berembun, Mr.A pun dah jauh di khemah sana.. Sian Mr.A selsema. so kami tidak tunggu :(


Last sangat enjoyy.. bukan setakat dapat menonton persembahan Artis secara Live (Ella) tetapi dapat bertemu dengan blogger² yang selama ini hanya bermesra di alam maya. Bila ada peluang macam ni.. sangat² lah seronok dan rugi kalau tidak join..

Haku sempat bertemu dengan mereka. Ellen, Wanie, Jericho & Alessandro.

Opss!! Ini baru ada Aless.. Haku juga sempat berbual dengan blogger Suichi sebelum masuk pintu utama.. Rupanya Suichi dari Tawau juga. Sama ba kita.. KK- yoo!!

Terima kasih sekali lagi kepada pihak NUFFNANG.. Tahun depan kalau ada.. jangan lupa roger ehh... Thanks a lot!!!!


sayang @myn@ ^_^




10 comments:

deem said...

urgghh...jelesnya...dapat jmpa blogger sabah...klu ada next time sila la bawa sy ye...(kulit muka tiba2 setebal kulit gajah-x kesah!!)he3...
stompin sabah happening owh..!!!bru nmpk d gmbr pun sdh terasa seronoknya...apa lagi klu join sama...ececececeh...!!!

Ellen said...

myna...hahahahaa...sa curik gambar2 ni sikit ahh utk di publish kemeriahaannya di wall ku itu...hahahhaaa....maklumlah kamera yang etrbaik punya di bawa..wakakakaka....pulang rumah jumpa charger depan mata..adusss!!!!

Amyna said...

@Deem: iya ba... itu la pasal deem. kalo ko tak terlibat dengan family day kita tu, kompem ko la orang yang haku kasi join.. tiket 1o keping woo.

nasib baik c wan & c atie ada family di sana. kasi tiket sama adik badik nya. join ramai².hapenning!!!!

Amyna said...

@Ellen: Ba amik lah ellen, ada lagik tu gambar nemo dgn Mr.A.. aksi² manja dorunk. nanti ada kesempatan myna publish ehh..

Lohh ya ka? sengaja ba itu charger mau main sembunyi² sama ko.. Wakakakaka!!

Atiqah said...

uihhh!! bestnyaa! nak jugak dpt pluang cmni!:)

Amyna said...

Ya InsyaAllah.. kalau dah rezki pren x ke mana juga. sabaq na.. ngee~~

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

Wah! Bestnya dapat jumpa blogger2 Sabah,saya di Labuan sekarang,tak lama baliklah ke semenanjung.

Amyna said...

Ohh.. pren orang semenanjung juga ka? kami lambat lagi dapat balik sana..huhuhuhu!!

bluedianthus said...

Myna...banyaknya gambar..sempat gambar sama artis lagi tu..jeles2..hehe

Amyna said...

wanie.. myna nak bergambar dengan Ella, tapi x kesampaian...

lama sangat dia didalam khemah artis tu. bergambar sesama artis lain...huhuhu!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...