Wednesday, December 19, 2012

Perkongsian 10 Tips Untuk Temuduga


Tips Untuk Temuduga -__-



1. Datang Awal Temuduga
Kalau boleh datanglah lebih awal semasa hari temuduga kerana anda akan berasa tenang dan lebih fokus terhadap sesi temuduga nanti.
2. Pakaian Formal
Khusus bagi lelaki dan wanita, kerja disektor kerajaaan mewajibkan wanita berpakaian baju kurung dan kasut tumit tinggi tidak melebihi 1/2 inci. Lelaki harus berpakaian berbaju kemeja dilengkapi tali leher dan seluar slack warna hitam serta kasut kulit berwarna hitam.
3. Buat Persediaan Awal
Anda harus kaji terlebih dahulu mengenai bidang atau posisi kerjaya anda. Anda juga mempunyai sedikit ilmu mengenai perkerjaan yang ditawarkan.
4. Keyakinan Diri
Eye Contact sangat penting antara anda dan penemuduga. Pastikan anda menggunakan eye contact untuk membina keyakinan diri.
5. Teknik Jawab Soalan
Kalau anda tidak tahu akan jawapan kepada soalan diajukan, anda harus menjawab tidak tahu. Dan jangan pula menjawab tidak tahu untuk kesemua soalan yang disoal.
6. Jujur
Kejujuran sangat penting ketika menjawab temuduga kerana menipu butiran peribadi anda akan menyukarkan lagi proses temuduga anda.
7. Ekspressi Wajah
Walaupun, penemuduga memberi soalan yang agak pedas dan kejam buat diri anda. Anda perlulah senyum dan tenang kerana mereka hanya menguji anda sebenarnya.
8. Elak Bercakap Terlalu Banyak
Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan akan memusnahkan temuduga anda. Hanya jawab perkara yang penting secara terperinci dan ringkas.
9. Jangan Bertanya Mengenai Gaji terlalu awal
Kebanyakan calon yang ditemuduga akan selalu bertanyakan mengenai jumlah pembayaran gaji mereka. Kalau boleh jangan ajukan soalan ini kerana mereka akan menanggap anda tidak bersungguh-sunguh dengan kerjaya.
10. Etika Kesopanan
Hendaklah mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah temuduga anda.






Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!


JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...