Saturday, December 15, 2012

Merah plus hitam di Arabian Night 2012


12.12.12...
 
Cantikkan susunan tarikhnya... Kebetulan hari tu opish saya ada buat Majlis makan malam bersama pengarah a.k.a AyahAnda. Majlis di adakan di hotel Emas, tema yang ditetapkan Arabian dengan dua warna sahaja iaitu Hitam & Merah...

Tapi saya... saja pakai turban biru (dah itu saja yang ada)... abis idea dah memikirkan cara untuk pemilihan costume dengan budget yang rendah... wahhhhh nak jimat!


Saya hantam pakai baju yang ada dalam koleksi... tak fikir dah jubah² segalaNya.. Selalu kalau arab mesti relate dengan jubah kan.. tak semestinya berjubah... terpulang pada diri kita sahaja... Arab moden la katakan =P

Yang ditengah tu salah sorang Pak Arab pada malam tu yang dah berjaya menjual untaNya... So datanglah berkonvo... ekekeke.


King & Queen pada malam tu...

Pengarah tengah meneka siapa kan gerangan anak²Nya yang belitup nih... kecuali saya.. pengarah dah cam awal² lagi.. Maklumlah saya kan kekurangan inci plus banyak bercakap.. hehehe!.. so senang lah nak di teka..

Lagipun sebelum masuk dewan... saya dah bertegur sapa dengan pengarah... wehuuuuu~~



 Bersama kawan² kami.... bergambar kenang kenangan dulu.... Time nih masing² senyum sampai telinga.. Padahal bukan orang nampak pun senyuman kami kan... Kahh kahh kah!

Pengarah datang beramah mesra di meja kami selepas Purdah/Niqab di buka.. Kalau tak buka macam mana nak menikmati hidangan yoo...Rugi la.. tak kan nak tengok sahaja kambing golek yang duk terhidang tu...Rugi kan?

Menikmati juadah yang disajikan.. termasuklah kambing bakar.. Nomm Nommm Nom!!

Sambil menikmati makanan...sambil diiringi karaoke daripada staf yang berminat membuat persembahan. Ini pengarah kami.. sangat² supporting malam tu...  suara pun perghhh! cayalah bos!

Ini persembahan dari Bos unit saya, rakan seperjawatan tengah rekod... Nanti kalau dah publish di youtube saya kasi inform ya.. itupun kalau ingat.. InsyaAllah.  hanya kami bertiga saja di Unit.. kecilkan Unit kami.. biar kecil yang penting memahami & bekerjasama ^_^

 
Kami di roundtable No.7... bergambar bersama hasil cabutan bertuah yang diterima setiap orang.. Hadiah saya dalam kotak kecil.. dah dua kali saya dapat iron untuk cabutan bertuah. Lepas nih boleh la buat koleksi iron... Malam tu best... majoriti dapat hadiah... balik bukan dengan tangan kosong!!

Di bawah gambar semasa purdah/Niqab di buka...



bergambar bersama Mommy to be... InsyaAllah kalau rezeki itu ada juga untu kami berdua... maka bertiga lah kita Mommy to be...  kann kan.. Ya Allah kau makhbulkan permintaan² hati kami.. Amin ya Rabb!

Bergambar dengan kak Tie di luar hotel... Anak dah tiga... still maintain cantik dan Vouge! Tegas pun tegas nih...kecik bukan sebarang kecik.. saya suka!!
 
Antara yang hadir pada malam tu... Terima kasih atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan.. Lawak² spontan yang dipersembahkan... Wahh besttt!! 

Hanya staff yang hadir sahaja tahu kemeriahan pada malam tu.. yang tak hadir tu.. duduk dendiam sudah.. Banyak cakap pun tarak guna.. Bikin sakit hati orang yang sudah penat mengurus!! 

Satu pesanan saya.. Tolonglah hormat kerja orang.. kalau nak orang lain hormat kerja kita....Ada Pahammmmmm!!! Pesanan untuk diri saya juga.. InsyaAllah ;-)



 
 
Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

5 comments:

Hardy Boy said...

nasihat yg terakhir tu yg paling menarik, betul tu,
I LIKE ;-) hehe

Amyna said...

Kan hadi.... gerammm aku dengar macam² duk bunyi.... Haishhhh!

MisAa said...

chanteknya kak myna. suka suka suka :)

mamat said...

sedih zack tak dpt ikut. gara-gara tak boleh bawa anak. hihihi.....

seb baik dapat datang. bukan apa, support kawan-kawan. cuba je ikut tema ke apa ke selagi boleh. selagi mampu lah. hehehe.....

Amyna said...

@Mira: Alhamdulillah.... Janji ada ala² Arab.. nak jadi arab betul tak boleh... hidung penyet... ekekeke

@Rahmat: Kann mat... siapa lagi yang nak menggembirakan hati kita selain diri kita sendiri yang berusaha.. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...