Thursday, February 17, 2011

Kami turut menyumbang peningkatan melebihi 7.5 juta jualanNya di Malaysia!

7.5 juta......Fuhhhh!!


Picca adik saya yang aktifast itu.. taik lalat manis dekat dahi.. ;p

KUALA LUMPUR: Lebih 7.5 juta telefon mudah alih bernilai lebih RM4.5 bilion dijual di Malaysia tahun lalu. Menurut kenyataan syarikat penyelidikan pemasaran, GfK Malaysia, ia adalah peningkatan 24 peratus unit telefon dan peningkatan 30 peratus nilai keseluruhan industri berbanding 2009.

Pengurus Besar GfK Malaysia, Jennifer Chan, berkata telefon pintar adalah penyumbang utama kepada peningkatan prestasi industri itu. Katanya, sejak awal tahun lalu, nilai jualan telefon pintar meningkat setiap bulan dan menguasai 72 peratus daripada keseluruhan jualan telefon menjelang Disember.

"Pergerakan yang lebih meluas dan keperluan untuk berhubung bagi melaksanakan kerja dan tujuan lain adalah sebab peningkatan pemilikan telefon pintar. Kami menjangka jualan telefon pintar terus meningkat tahun ini dan seterusnya," katanya. - BERNAMA

**********************************



Mana tidak turut menyumbang.. tahun lepas sahaja 2 henset baru saya terpaksa beli. Satu untuk Mr.A dan satu untuk saya.. Untuk Mr.A tidak perlu di bangkitkan TAPI untuk saya sedikit tercalar bila di kenangkan.. calar seperti tercalarnya tubuh Sony Ericson tersebut.. Nak tahu apa yang terjadi boleh baca SiNi dan SiNi...

Saya memang terpaksa beli juga henset ketika itu... Sangat susah untuk perhubungan saya dengan Mr.A. yang menjalankan ops fajar di perairan somalia nun.. Awal tahun beli henset.. pertengahan tahun pun terpaksa beli henset juga. Mujur hujung tahun tak jadi beli yang diinginkan tue... kalau tidak 3 unit VS angka kami sumbangkan dalam 7.5 juta tersebut... :-)

Mode: Teringin nak pakai BB... ahakss!!!


~~ Sayang @myn@ ~~

5 comments:

atie aizam said...

Ikut pengalaman kwn2 guna BB depa kata lebih baik guna Nokia much much better.. kata dorang ler hehe..

munna said...

kak munna pun tahun 2010 dah beli 3 h/p baru...tapi semua cik abang punya.. kak munna tetap dgn nokia yg lama tu...

Amyna said...

@atie: Ohh ya ka? lama dah myna tinggal Nokia nih...selepas hilang dulu.. terus tukar ke SE.

@Munna: lebih satu dari myna. Kalau kompem tangkap BB hujung tahun hari tu, boleh jadi tiga juga... kui3x.

Miecyber said...

Saya juga bersubahat...

7 orang terkaya di Malaysia

Amyna said...

kita serupa... hahahaha!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...