Saturday, January 8, 2011

Laksa memang sinonim dengan utara sana.. kannn!

Menu kami untuk lunch hari ni. Mr.A yang request ^_^

Haku pun mati akai juga setiap kali nak sediakan menu lunch mahupun dinner... selalunya haku akan masak ikut selera Mr.A (permintaannya).. Mr.A cakap kita makan laksa sudah ya sayang, nanti malam baru masak nasi.. Abang tak ada selera nak makan nasi. teringin nak makan laksa...

Jenguk dalam dalam peti sejuk masih ada ikan termenung (Masyarakat sini panggey itu sebagai ikan tulai) yang Mr.A beli di pasar kelmarin dulu.. bahan² penting pun semua ada.. Tak perlu keluar ke kedai lagi. Dah boleh mula memasak. 1st haku rebus ikan.. sambil potong bahan² yang lain. Paling penting belacan dari kampung segantang garam yang di kirim oleh MIL.. Freshh dan membangkit selera.. Belacan buatan orang kampung. sure la bau nya.. superbb!!

laksa utara

Ini laksa dekat gerai kampung Mr.A.. Di gerai nih juga MIL jual Ais kacang dan Cendol. Sepanjang cuti di kampung Mr.A.. time petang jerk Mr.A bawa haku melepaQ di sana... Meriah suasana kampung. Paling meriah makan Ais kacang dan cendol percuma...Ais boleh mesin dan buat sendiri ikut citarasa... Laksa jerk not FOC sebab itu rakan niaga MIL punya.. Sepinggan dua Ringgit.

Apapun Alhamdulillah syukur.. Lunch tadi Mr.A makan laksa 3 kali tambah sekali hadap.. 2 jam lepas tu ulang lagi makan. Sampai lah dinner jam 6.30 tadi baru jumpa nasi... Menu untuk dinner Mr.A request sambal tumis ikan dan sayur sawi goreng SALALAH. Itu menu sayur ciptaan dari Mr.A sendiri sebab di campur dengan habatus sauda. Almaklumlah orang duduk dekat arab hampir 6 bulan.. =D

laksa penang

Opss!! Mr.A kalau makan laksa mesti campur bersama otak udang(PrawnPaste), sanggup tu bawa otak udang dari rumah MakNya ke gerai.. haku tak tahu la apa yang sedapnya, coz tekak haku tak leh nak terima.. Mr.A campur sampai kuah jadi gelap dan rasa kuah tu pun dah berubah... Layann~~ hehehe!!

Selesai cerita menu Amyna hari ini.. Laksa memang sinonim dengan area utara sana. Sampaikan signboard laksa di sini pun tulis "Laksa penang" tak pun "Laksa Utara". Laksa Oh laksa sungguh hebattt penanganMu.... Nyum3x. ^_^


~~ Sayang @myn@ ~~

10 comments:

black paper said...

warghh,,
where i can find laksa here,,
please post some to me !
hehe,,thx for following my blog,,

Cik Wanie said...

alamak,
dah lama giler x mkn laksa,
nak kena carik gak nie,
nyum nyum nyum:)

Gieyana said...

betui tue..laksa utara mmg best ar!ishhh lapar laksa lak!

LehaMY said...

jadik lapar nie baca entri akak pasal laksa. hehehe~ :D

LyNn HaMzAh said...

dah lama kak lynn x makan laksa tau...bila tgk entry nie teragak nak makan laksa la hari nie...

Amyna said...

@BlackPaper: Post to you?? Where u leave? hik3x. Alright. Most welcome!! hepy blogging ^_^.

Amyna said...

@Wanie: Yupss... cari². Kat kedah banyak laksa.. melatopp gitu :-)

Amyna said...

@KakGie: sangat² setuju...kat sana senang kalau rasa nak makan leh cari kat kedai.. sini kalau nak sedap kena masak sendiri.. ^_^

Amyna said...

@Leha: Boleh p cafeteria.. mesti ada jual laksa d sana kan.. ekekke.

Amyna said...

@KakLynn: Makan laksa ingat myna ya.. ahakss!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...