Friday, January 7, 2011

Sesuai dengan gadis Aktifast...

Tadi seawal pagi.. haku dapat panggilan telefon dari Ratuhati. Berdebar² juga masa nak pick up..

Hati risauuu coz malam semalam nun Ayah haku kelmalangan di langgar oleh pemandu Grand Livina.. Ayah haku naik Motor.. dilanggar dari arah belakang. Orang kampung situ cakapa ayah haku terlambung jauh.. Tapi mujur ada beg dokumen yang ayah galas di belakang. Beg tu memang berat sebab penuh dengan dokumen pekerja². Kira ayah terselamat dari terguling².. Alhamdulillah ^_^.

Pemandu Livina tu mengaku dia salah, memandu dalam keadaan mengantuk.. Hmmmm!! panas hati jerk dengar kan.. Tapi apa boleh dikatakan dah suratan takdir.. Pemandu Livina yang hantar ayah ke hospital dan tunggu sehingga family haku (Mak & Adik) sampai. Masa Ratuhati bagi tahu.. haku suruh buat laporan polis. sebab kita tidak tahu kedepan. Memang ayah orang dewasa.. tapi itu penting.. kannn kan!!

Motor ayah rosak teruk dan dokumen ayah banyak hilang. Almaklumlah terlambung kan.. ayah mendapat rawatan sebagai pesakit luar. Esok paginya ayah dah keluar koje naik motor mak.. Bukan naik kereta. Ayah Oh Ayah.. kuat semangat sungguh!!! Sebelum tu Ayah cakap nak p cari dokumen². Lesen & kad² peribadi pun banyak tercicir..paling di risau ayah. Kad kredit.. Ngee~~.

*********************************



Rupanya Ratuhati call nak inform hal adik pompuan haku yang aktifast tu.. Boleh baca SINI.. Haku dengar Ratuhati cakap tadi, automatik haku keluar syarahan perdana di pagi Jumaat.. Tak pasal² Ratuhati jadi mangsa.. Nasib baik haku tak lupa diri, kalau tak jenuh Ratuhati, end call terus Zass call gadis aktifast tu.. Bermula syarahan dekat dia pula.. Haku masuk opish terlambat 3 minit..hehehe!

Dah banyak kali haku pesan sebelum tiba hari nya, sebab haku risau benda macam nih berlaku. AirAsia nih bukan boleh percaya sangat.. pandai pusing² juga.. Dah tu nanti macam² cas dia kenakan... hmm!! Kalau ikut hati yang marah nak saja haku suruh dia dan kawannya naik bas balik kampung. Tapi pikir² balik kesian pula dekat depa.. Jadi TERbeli lah tiket flight ke Penang jam 1.30 petang.. Jadi hari nie semua transport dia merasa.. Teksi, Kapal Terbang, Kereta, Ferri dan akhiranya bas... Hahaha sesyuai untuk gadis Aktifast... Wink*wink~~


~~ Sayang @myn@ ~~

5 comments:

alltimechah said...

agaga~ saya kan rakyat malaysia :D

Gieyana said...

nasib baik pakcik x der apa2 kan..kesian..

Amyna said...

@Gadis aktifast: Iya la sangat.. hmm~~

Amyna said...

@KakGie: Ya... harap tak ada apa2. ayah tu suruh rest kat umah tak mau... nak koje juga. x leh kata apa lah.. hehehe!!

Wanzi said...

alhamdulilah kerana ayah pren selamat.... moga dia cepat sembuh...

p/s: sorry pren sbb dah lama tak bw, musim tahun baru ni agak bz cikit....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...