Tuesday, January 18, 2011

Kehamilan: Petanda-petanda awal masalah kesuburan

Time lunch tadi saja surf internet "bab kehamilan". Tahap kerisauan saya semakin memuncak nih bila misi bulan nih terjejas... Aduhaiii.

BMI calculator

Belek punya belek setiap page.. saya terbaca tentang petanda² awal masalah kesuburan.. satu persatu saya cuba ulang untuk fahami.. 4 tahun sudah wey.. orang 6 bulan pun dah mula risau, ini kan saya yang dah 4 tahun.. *sambiltanganletakdidahi*. Orang yang lalui situasi macam saya, pasti faham sangat² dah.. kena perli pedas jangan cakap lah.. macam² Oooo, pitam!

Opss..Melalut terlebih puloks.. berbalik kepada petanda² awal masalah kesuburan. Di bawah adalah beberapa petanda yang saya select..

1- Adakah kitar haid anda tidak teratur?

Jika kitar haid anda kurang dari 24 hari atau lebih daripada 35 hari, atau juga tidak tetap jumlah harinya, anda perlu rujuk kepada doktor. Kitar haid yang tidak teratur boleh jadi satu simptom kepada masalah ovulasi.


2-Adakah anda mengalami sebarang pendarahan?

Jika terdapat sebarang pendarahan yang kuat atau pendarahan yang berbeza-beza dari segi warna dan kekerapan, ia bukanlah satu petanda yang baik. Segera rujuk kepada klinik-klinik berdekatan.

3- Adakah anda terlebih atau terkurang berat badan?

Berat badan yang berlebihan atau terlalu kurus boleh menyebabkan sukar hamil. Untuk pastikan sama ada anda termasuk dalam golongan ini atau tidak, sila semak BMI anda di laman ini. Online BMI Calculator

kehamilan kesuburan
Itu BMI saya... kenapa ada dua? iya saya kurang pasti dengan berat saya.. 43 & 45 selalu duk pusing kot nilai itu sahaja.. Nila tinggi memang tidak ada peningkatan lagi buat masa ini.. hehehhe!!

4- Adakah anda pernah mengalami keguguran 3 kali berturut-turut?

Ramai yang salah faham bahawa takrif tidak subur atau mandul hanya merujuk kepada keadaan seseorang yang gagal hamil sahaja. Tetapi wanita yang kerap gugur juga termasuk dalam golongan in. Keguguran melibatkan 10%-20% daripada jumlah kehamilan yang dilaporkan. Doktor akan membuat ujian-ujian fertiliti terhadap seseorang wanita itu hanya setelah mengalami kguguran 3 kali berturut-turut.

5- Adakah anda dan pasangan mengalami sebarang sakit kronik seperti kencing manis, tiroid, dan hypertension?

Penyakit-penyakit di atas, termasuk kaedah-kaedah rawatannya boleh memberi kesan terhadap kesuburan.
Menurut ’The American Fertility Assocation’, penyakit-penyakit seperti diabetes dan hipertiroid boleh menyebabkan masalah kesuburan. Insulin, antidepressant dan hormon tiroid boleh mengganggu kawalatur kitar haid. Sesetengah ubat untuk hypertension pula boleh mengganggu kesuburan lelaki.

6- Adakah anda dan pasangan merokok dan mengambil minuman beralkohol?

Banyak kajian-kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan kesan tabiat ini terhadap kesuburan lelaki dan wanita.Jika anda tiada masalah kesuburan sekalipun hentikanlah tabiat-tabiat ini. Sumber: http://Mudahhamil.com


~~ Sayang @myn@ ~~

20 comments:

Myra Jay said...

Sabar ye Sis.. Nmpknya kita seiring ye.. MJ pun dah setahun ha...
MJ ok dengan semua kategori atas, kira kategori normal, tp yela, belum rezeki la kot..

ibu qaleesya said...

saabr ye kak.. mungkin ni dugaan,...

geekz36 said...

terdapat kemungkinan lelaki yang bermasalah.

Latest Entry: Kertas Jawapan Kosong ?

Amyna said...

@MJ: akak gerbang 4 menuju ke gerbang 5 sudah... bergegar jantung nie. Usaha tetap usaha..InsyaAllah ^_^.

me suya said...

kak myna.
Sabar je la yg mampu suya cakap.. InsyaALLAh,ada rezeki akak nati. Nanti Suya akan selitkan doa Suya untuk akak dalam solat Suya.. InsyaALLAh.. be hold sis^^

Amyna said...

@Nee: Dugaan dan cabaran setiap insan adalah berbeza.. redha~~~

Amyna said...

@Geekz: Wallah'hualam... mungkin kerana jarak yang jauh.. jarang bertemu pun mungkin... apapun usaha dan tawakkal..InsyaAllah ^_^

Amyna said...

@Suya: Thanks ya suya..u make me smile.. InsyaAllah ^_^

Lagenda said...

sabar ye angah..mgkin belum ada rejeki allah nak bagi.

cikgu_aare said...

kita pun dah masuk 2 tahun lebih..takde rezeki lagi.huhu.sama2la berdoa ek.insyaAllah ada rezeki tu..

Amyna said...

@Mak:Iya mak yang dikasihi..itulah dinding kesabaran myna.. tapi kekadang tu hilang kawalan juga..

Amyna said...

@Farhana: Berdoa, berusaha dan bertawakkal... InsyaAllah ^_^.

munna said...

my sil dah 6 thun kahwin tapi tak dapat anak juga lahi... dua2 normal.. takde rezeki lagi agaknya.. tapi baru2 ni dia ambil anak angkat ..weekend ni nak buat majlis cukur jambul utk baby baru

Amyna said...

@Munna: Terfikir juga nak hamik anak angkat.. Tapi itu lah...Janji Allah itu indah... Tunggu balik semananjung sana.. kalau belum rezki juga.. maybe anak angkat jalan kami..

tiefazatie said...

sabar ye sis..
mudah2an...sis dimurahkan rezeki tahun nie..amin

najihah sahami said...

myna..sabar yea...ade la rezeki tu nanti..tak pun meh amek mish jadi anak angkat. hehe....

jangan putus asa sis sayam..

Admin said...

xnk komen pape psl ni...just be strong ye...

munna said...

my sil ambil melalui kawan dia.. tapi proses tu kena pergi ke lawyer dgn jkm juga...

Amyna said...

@ifa: InsyaAllah.. pulun tetap pulun. Harap sangat tahun ni misi itu berjaya.. tapi akak ingat pesanan nie tak leh terlampau harap sangat.. so sekarang usaha selagi mampu dan jangan putus asa..

@Mish:Mahu ka yunk.. meh duk sini meh..hehehe!!

Amyna said...

@TuanBlog: Okies terima kasih na.. InsyaAllah.

@Munna: Owhh.. tapi ke lwayer tu untuk apa ya.. Myna ingat balik semannjung nanti la.. tapi kalau boleh tu nak ada anak sendiri.. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...