Friday, May 14, 2010

Tekanan Darah Rendah - hipotensi

kebetulan tadik d opish haku ada kempem menderma darah. Bermangat haku nak menjadi salah seorang penderma.. Alangkah gembiranya haku kalau dapat merialisasikan hasrat itu. Step by step haku berjaya lalui. sekali step yang hampir² nak last. haku kencundang.. bukan masalah berat badan ya, tetapi masalah Hipotensi.

Hasil dari google..haku dapat info nie. jadik haku nak tepek kat sini supaya memudahkan haku membuat rujukan bila perlu. begitu jua lah kepada kawan² yang mengalami situasi ini.

haku copy & paste sebijik sebijik baris perkataan nya... :-).

Nak lebey lanjut leh klik kat link sumber tersebut. LowBloodPressureTreatmentCure


Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi


Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus


Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah.

ini juga antara link yang haku rujuk :p

i- http://www.biovco.com/hipotensi-01r.php

ii- http://azmanlin.blogspot.com/2008/08/tekanan-darah-tinggi-rendah-normal.html

iii- http://soleh.net/2007/08/16/tanda-tanda-dan-penyakit/


2 comments:

hajarus said...

laaaa tekanan darah myna rendah ker... xpe Insyaallah lain kali leh derma yer... yang penting skang ni jaga kesihatan k... :)

Amyna said...

ya hajar...kali ni gagal lagik.moga next time semua tu kembali normal. InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...