Saturday, October 9, 2010

flight delay ;p

sekarang haku selamat sampai ke destinasi tempat sumber rezki haku.. Syukur Alhamdulillah. Jadual awal penerbangan akan sampai di sini jam 9.10 malam. Atas kelewatan berlepas jam 10.15 malam baru mendarat di sini. Nasib baik esok Off day. Jadik leh la haku rest secukupnya..

Keadaan umah Alhamdulillah dalam keadaan terkawal & baik. Masa haku sampai tadik uncle sebelah siap ngintai² di sebalik langsir. tak puas hati dia membuka pintu dan terus berbual dengan haku..

Haku: uncle
uncle: senyum.. Bilang satu minggu. awal juga pulang.
Haku: Iya uncle.. kursus abis ari kamis. Jumaat pulang sudah.
uncle; sendiri ka? abang belum pulang?
Haku: Owhh.. belum lagi, ujung bulan kali uncle. Ndak pasti la..
uncle: Ba.. kunci pintu bebaik ya.
haku: baik uncle =D =D

Haku terus masuk umah.. Lepas bersihkan diri & menunaikan kewajipan ingat nak rest tak mau ngadap lappy dah. Tapi mata nih tak leh nak pejam puloks. Padahal badan nih penattt! tumpang tak leh pejam meroyan la kat sini dulu. uols pun layan jerk lah ya.

Flight Png-kL delay, kL-Twu pun delay.. Sekbaik jarak conecting flight haku berbeza 3 jam. Harus beringat. pehni kalau naik AA kena la jarak masa yang lama sikit.. 3 jam tu dah kira baik.. sebab kalau delay melebihi 2 jam. Kita boley buat tuntutan dengan pihak AA. Haku tak tahu tuntutan macam mana coz haku belum pernah buat.. nanti kalau pernah sure haku kongsi sini.



Waran perjalanan pun dah guna khidmat AA.. kekurangan & kesilapan yang berlaku selagi leh diterima akal. Layan saja.. cerr tengok awan tu.. bersilang pangkah. Unikkan..sesungguhnya Allah maha berkuasa dan ciptaan nya sungguh indah.




Okay last.. haku nak selitkan juga. Ratuhati siap jahitkan baju untuk haku 2 pasang. wahh bertambah² koleksi baju.. Haku p kursus, ratuhati pula jahit baju untuk haku. alahaiii..Dulu masa haku koje di POLIMAS ratuhati selalu jahit baju untuk haku. Asal ada disign/patern baru. haku lah model utama ratuhati. Dalam sebulan mesti ada baju baru. Kain pasang kan murah2. Rm10 pun dah boley dapat kat kedai Lim tu. Sayang sangat² kat mak!!

sekarang dah tugas jauh sikit.. lama² sekali lah nak dapat baju baru. Lagipun anak gadis ratuhati yang lain pun dah besar² semuanya. Majoriti pakai baju kurung sudah. ke kuliah ke opish. dulu anak gadis ratuhati yang ke opish haku sorang jerk.. itu lah qoedahnya.

Okay ols.. nak cuba p duk golek² sambil pejam mata. harap² lelap lah mata nih.. Esok ingat nak meracun rumput. tadik haku tengok sangat lah tinggi, sama tinggi dengan Mista Bobo. macam rumah tak berpenghuni pun ya.. :-(


sayang @myn@ ^_^




4 comments:

lan_ax said...

mesti penat travelkan.. take a good rest.. sambil2 tu BW skali ;p
http://www.duitlama2u.blogspot.com/

Siti Nurhanim said...

flight delay ok ag cz stetsen kapal terbang slesa..hoho..kalau bas delay, rase nak hempuk2 tokey bas tue :)

Amyna said...

@lan: Hanya rest ala kadar saja.. semalam jam 2.30 pagi terjaga pula.

Amyna said...

@hanim: Selesa ala kadar jerk hanim.. haiyoo jangan nak hempuk driver, nanti tiada pemandu lagik susah. hik3x.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...