Monday, September 23, 2013

Info: Mengapa susu ibu kurang sewaktu awal kelahiran


Kerana saiz perut bayi yang baru lahir amat lah comel vs kecil sekecil baby tersebut. Around 4 kg only. So saiz perut pada hari pertama memadai lah sebesar cherry sahaja... Kemudian akan mula membesar dari hari ke hari... 

Kita selalu dengar ibu-ibu baru mengeluh yang susu dorang tak cukup masa awal-awal bersalin. Lepas tu dorang terus bagi anak dorang susu formula sebab bayi selalu menangis. Cuba tengok gambar kat bawah ni. Besar mana je perut bayi yang baru lahir dan banyak mana je yang dorang boleh minum untuk kenyang?



Perut bayi sangatlah kecik. Jadi janganlah fikir yang susu anda tak cukup. Susu anda sentiasa cukup untuk bayi anda. Jangan tambah dengan susu formula. Bayi baru lahir selalu menangis kerana banyak sebab. Bukan sebab dia lapar. Bayi duduk dalam perut ibu selama 9 bulan dalam ruang yang padat dan sentiasa rapat dengan ibu. Bila dia lahir ke dunia, dia akan lain, tak selesa, macam-macam perubahan yang dia rasa. Kita sebagai ibu kena sentiasa dekat dengan bayi kita. Cara paling mudah adalah dengan sentiasa menyusukan dia dan peluk dia dekat dengan dada kita. Bayi akan berasa selamat dan kurang menangis 

Banyakkan menyusukan bayi anda secara direct, setiap 2-3 jam sekali. Anda akan dapat merasakan susu anda akan bertambah hari demi hari, mengikut saiz perut bayi anda. InsyaAllah~~

Happy Breastfeeding!

Credit to: Babiesfirstlactation.com 



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...