KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Sebanyak 45 penerbangan masuk dan 46 penerbangan keluar terjejas Rabu berikutan penemuan bom peninggalan Perang Dunia Kedua di kawasan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) 2.
Pengurus Besar Korporat KLIA Nik Anis Nik Zakaria berkata kesemuanya membabitkan penerbangan yang dijadual antara 11 pagi dan 12 tengah hari serta 3 dan 4 petang.
"Polis Diraja Malaysia telah mengawal kawasan itu dan berkerjasama dengan Jabatan Penerbangan Awam serta Malaysia Airports.
"Pihak berkuasa memutuskan untuk memusnahkan bom tersebut di tempat penemuan dan menasihatkan Malaysia Airports agar menutup sementara kedua-dua landasan ketika tempoh terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kedua-dua landasan kembali beroperasi pada pukul 3.26 petang.
Nik Anis berkata penerbangan yang terjejas ialah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), AirAsia, AirAsia X, Firefly, Garuda, Iran Air, AirAsia Indonesia, Thai Airways, Tiger Airways, KLM Royal Dutch Airlines, Xiamen Airlines, Pakistan Airlines dan Eva Air.
Sumber: Bernama
~~ Sayang @myn@ ~~
6 comments:
terBAIK lah~
boleh lak jumpa BOM kan...
kalau ada gegaran sikit mesti semua terjejas...
huhu...apa2 pun...
alhamdulillah...
semua selamat~ =D
Peninggalan lama... merata2 di jumpa kan.. harap2 tak aktif lah... bahaya Ohh.. tapi harus di ingat.. ajal maut di tangan tuhan... Redha~~
as salam myna...apa kabar/takut gak klu meletop kan!
aouchh.. mmg menakutkan..seb baik tak meletup..semua selamat
takut betul kalau meletup...huhuhuhu...
Macam mana boleh terjumpa tu??
Post a Comment