Uols sedia maklumkan dalam entry yang pagi tadi.. saya bertugas untuk kursus pendek. Kalau ikutkan kami kat sini bercuti sempena Good Friday. tett!! Punya nak ambil semangat..saya pun pakai baju koperat unit saya.. Baju koperat tu ada 3 warna, tapi warna yang menonjol sudah pastinya warna Asas iaitu
MERAH.
Kena pula saya padan kan dengan tudung warna merah.. lagi menyerlah kemerahan yang mempesona kan pemandangan
Incik.. Macam dalam gambar kat atas ni :p
Di Restoran:
Saya melangkah masuk ke restoran itu sambil mata melilau mencari tempat duduk yang kosong. Waktu saya memilih lauk pauk untuk lunch, ada 2 orang
Incik entah dari arah mana dorunk berdua.. pandang tepat ke arah saya, senyum² lantas menegur saya. Saya tidak berani berbual just melempar senyuman tanda hormat. Pakcik yang sorang lagi siap mempelawa saya lauk sotong. Saya senyum sambil berkata "terima kasih, penuh sudah pinggan". Bersungguh²
Incik A dan
Incik B nih memberitahu lauk pauk kat saya seolah² mereka waitress di restoran itu.
Dah siap amik lauk :
Incik A lalu di tepi meja saya sambil berkata, dia duduk dimeja belakang saya. betul² di belakang. kira pusing kepala jerk.. boleh mengadap muka gitu.. Saya terdiam.. nak makan pun tak selera. Dah la p sorang² time tu. Masa mereka dah habis makan,
Incik B cuci tangan dulu,
Incik A sempat lagi tanya saya kolej komuniti tu di batu berapa. Mungkin dia baca nama yang tertera di baju saya.. Nak tak nak kena lah jawab yang benar. sumpah saya gugup. Batu 3 ehh batu 4 encik.. Ohh ya
Incik A cakap dorunk orang UMNO. saya tak tanya lanjut pun.. UMNO mana.. sumpah! masa tu bibik ketakutan dah mula timbul.
Time bayar :
Semua yang saya makan tadi dorunk yang tolong bayarkan.. apa lagi mencanak naik la tahap ketakutan, tapi sempat juga cakap terima kasih.. berkali² saya cakap terima kasih... Pehtu terkedu tak tau nak kata apa dah.. terus jalan menuju ke parking. saya tak direct ke Mish pepel. Saya risau takut dorunk kenal kereta saya.. Ohh uhhh!
Sampai di opish saya kongsikan cerita saya dengan kawan yang busy faks surat untuk festival silat Borneo. Cubaan untuk memujuk hati dan harus fikir +'ve :
- Mereka ingat saya kengkawan satu kumpulan dengan mereka. UMNO kan merah.. merah membara semangat waja!!
- Cara pandangan mereka sekadar pandangan seoarang ayah kepada seorang anak.
Kepada
Incik A dan
Incik B.. terima kasih atas kebaikkan dan keramahan kalian. Kalau saya ada kawan di sisi.. pasti saya mampu & berani berbual dengan kalian. Maaf ya...
Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!