Wednesday, November 20, 2013

Penting Menjaga Kebersihan Vagina Selepas Bersalin


Semestinya la kan!!

Jangkitan kuman pada luka-luka yang dialami semasa proses melahirkan selalu berlaku. Jangkitan kuman pada pundi air kencing merupakan salah satu masalah yang kerap dialami oleh wanita selepas bersalin.


Apabila jangkitan kuman berlaku, wanita kerap membuang air kecil tetapi sedikit dan terasa sakit atau pedih. Manakala jangkitan kuman juga berlaku pada luka di bahagian kemaluan. Luka episitomi ini boleh menimbulkan masalah jika jahitannya terbuka sebelum sembuh.





Masalah pada luka ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan masalah jangka panjang seperti terasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin. Oleh itu, setiap wanita perlulah menjaga kebersihan serta menjauhkan masalah jangkitan kuman pada luka.

Sepanjang tempoh berpantang, penting untuk anda meningkatkan sistem pertahanan diri supaya serangan kuman dapat dielakkan. Apa yang pasti luka akibat pembedahan caseraean atau guntingan episiotomi perlu dijaga dengan baik.

Untuk melakukan penjagaan tempat sulit, pastikan tempat luka sentiasa bersih dan kering. Lap kering bahagian tersebut selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi doktor. Elakkan menggunakan sebarang ubat tradisional seperti minyak atau herba dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit.

Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.

Bagi penjagaan bahagian vagina, anda boleh mengambil air rebusan herba ketika membersihkan bahagian itu sehingga 100 hari dan seterusnya. Antara ramuan yang digunakan ialah ibu kunyit, daun sirih, asam gelugur, manjakani, daun pegaga dan garam.

Air basuhan vagina selepas bersalin

*Sediakan periuk yang mengandungi air panas. Kemudian rebus daun pilihan (sama ada daun sirih bersama daun pegaga atau biji manjakani dengan beberapa helai daun sirih) bersama tiga sudu makan garam. Rebus ramuan tadi sehingga lembut. Kemudian sejukkan air rebusan tadi untuk membersihkan alat sulit dua hingga tiga kali sehari.

sumber:kumpulankarangkraf


*********************************************************************************
Iklan: Produk Shaklee Set Rawatan  "Masalah Keguguran Rambut"






Sebarang Pertanyaan berkaitan pembelian produk shaklee boleh berhubung dengan saya melalui:
1) Page : Jom Kekal Sihat & menawan
2) Fb Personal : AmynaAmir Hamid
3) Berhubung ke HotLine saya seperti yang tertera dalam gambar di atas.

*********************************************************************************


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Nak follow my page entry.. boleh LIKE button di page ya...Terima Kasih. Teheeee~~

Monday, November 18, 2013

Pengorbanan dan keredhoaan adalah jalan terbaik untuk kita ♥

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat rakan² blogger dan reader² semua!!

Pengorbanan + keredhoaan adalah jalan terbaik untuk menjaga hati kita dari sifat sakit hati dan mampu mengajak diri kita untuk lebih mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. muhasabah diri lah senang kata. Setiap perancangan yang tersurat adalah dengan izinnya.. Allah s.w.t maha bekehendak apa yang terbaik untuk setiap hamba²Nya... SubhanaAllah.

Perkataan dan situasi yang biasa isteri² pewira negara lalui... kadang² hati kuat untuk menempuh perjalanan yang tersurat ini.. ada waktunya rapuh jua dengan segalanya... saat kita rapuh, orang tak tahu... dari pandangan luaran memang nampak kita gembira.. Alhamdulillah. Tapi hakikatnya.. SubhanaAllah... Moga engkau merahmati dan memberkati segala pengorbanan ini.

Tadi masa abang call..  kononnya nak buat merajuk lah kan..Ya la dari sebulan jadi 2 bln.. nih postpone lagi.... Macam² hal dah jadi dengan situasi saya di sini. family pun jauh.. :( . Harap jiran² terdekat ja yang mengetahui.. Nasib baik saya di kelilingi jiran² yang sayang menyayang dan ambil berat. Terima kasih jiran² kiri kanan selorong semua. Alhamdulillah~~

Ohh ya! terima kasih Ya Allah kau sedarkan diriku dari berperangai buruk sedemikian rupa.. Terima kasih ya Allah.. dalam nada marahku ketika itu kau menyedarkan diriku ini. Memang tak sesuai kalau saya merajuk² dengan abang saat dan waktu sebegini. Buat abang stress ja dan kerana marajuk bodoh saya tu akan mengganggu tugas² abang. SubhanaAllah minta simpang jauh². Lagipun semua ni bukan pilihan abang pun nak postpont postpont segala.. itu kan atas arahan... aummmm!

Bukan hipokrit untuk keburukkan diri sendiri tapi untuk kebaikkan bersama². kita nak hipokrit pun ada situasinya kan.. selagi mampu.. pendam lah sedalam dalamnya... kalau boleh jangan biarkan dia timbul kembali..  *MenjagaHati*

Saya percaya pada janji Allah s.w.t.... Allah itukan maha adil, maha mengetahui dan maha Agung! Suatu ketika pasti ada ruang untuk kami.. Moga setiap pengorbanan, ibadah harian kita, diredho dan diberkati Oleh nya... Saya juga berharap moga ikatan #cintahalal ini berkekalan hingga ke jannahMu... Amin Ya Rabbal A'lamin~~

Be strong!!! *LapAyaqMata*


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Nak follow my page entry.. boleh LIKE button di page ya...Terima Kasih. Teheeee~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...