Sunday, February 19, 2017

make up remover mary kay


Hari ni nak cerita pasal produk #makeupremover mary kay. Perhatian lebih kepada kawan² yang suka pakai Mascara, Eyeliner, eyeshadow. 


Kak myna nak maklumkan yang kulit kawasan mata tu paling nipis & paling sensitif? Senang cakap kulit bawah mata 5 kali lebih nipis dari kulit muka. Kalau kita tak betul² dibersihkan, nanti akan timbul masalah lain pulak.. 


 Antaranya mendatangkan biji kolestrol timbul di kawasan mata, Kering, nipis, mudah kendur. dan kulit keliling mata tu jadi gelap, jadi mata panda.. Bukan sebab kurang tidur ja jadi mata panda tau... 


Pastu guna apa nak cuci mekap tu? Baby oil ehh. Okeh² meh nak kongsikan info lebih penting... tahu tak.. Baby oil tu boleh buat kulit lebih muka lebih kering, lebih cepat berkedut kawasan kulit mata tu, macam yang kak myna habaq kat atas tu tadi...bawah mata 5 kali lebih nipis dari kulit muka" Jika terlalu lama menggunakan baby oil boleh membuatkan kulit ditumbuhi milia seed..! SubhanaAllah,,, Minta di jauhkan. 


Perhatikan gambar eye makeup remover Mary Kay , nampak tak ada 2 lapisan kat situ? Eye Makeup Remover ni bukan berasaskan minyak / alkohol. Jadi, sebelum nak guna kita kena goncang betul² nak bagi 2 lapisan ini bercampur antara satu sama lain dan #makeupremovermarykay menjalankan fungsinya dengan baik...

Kandungan 2 lapisan yang dimaksudkan... 
  • Lapisan bawah tu mengandungi enzim seperti silikon yang berfungsi menganjalkan kulit kawasan mata dan menanggalkan solekan mata tidak kalis air
  • Lapisan atas menanggalkan solekan mata kalis air.

Terima kasih sudi membaca dan sokong penulisan #ummiAnaqiHaziq.. Sila berkunjung lagi and happy reading!! ingat ingat ingat...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...