Wednesday, September 1, 2010

Part 4: Ihya Ramadhan gotong royong memasak


Sebelum tuh haku minta maaf ya.. lambat nak semadikan sambungan cerita ceriti program Ihya ramadhan nih. okeh meh rapat² kita continue, Sehari sebelum pelancaran program Ihya Ramadhan kami gotong royong untuk memotong, mengisar, mencuci semua bahan2 yang hendak digunakan untuk memasak esok hari. better layan gambar lah ya. nanti di situ haku selit cerita ceriti nya..



Model bawang merah..



semuanya pakat² tekun melaksanakan koje. Ada yang kopek kulit bawang, halia, potong cabai kering, check list barang. Tapi part untuk kopek nangka just amynados & deem yang amik. Bergetah lorr. so, biarkan mereka selesaikan. lagipun tak perlu nak bazirkan minyak masak. deem cakap satu botol minyak pun tak cukup Ooo... bergetah + melekit.



untuk ikan masin kami serahkan kepada geng lelaki. tak tahan Ohh aroma nya. membangkitkan selera.. Lagipun bila lagik nak test bakat geng² lelaki kan. Macam² patern potongan ada. Apapun layann.. masuk mulut abis juga. hehehe!!



Haku hanya memerhati deem kopek nangka. teruja Ohh coz gaya deem tu ha.. jarang² sekali di lihat. Miring² lagik dia kopek nangka. tak caya meh haku close up. ekeke.



Penuh bergaya kan. Maybe sebab berbaju kurung kan. susah la nak selepuk di situ. Macam Amy..maintain jerk coz dia pakai seluar panjang. selesai jerk nih..deem ngadu sakit belakang+pinggang. sian deem. tak apa deem pengorbanan tu namanya...hahaha!!



Aktiviti last untuk sehari sebelum kemuncak ihya ramadhan. blander bawang, lada, halia, serai. Dah selesai bawa simpan d freezer. Esok dah boley start memasak. Chef yang bertugas sangat ramai. hik3x. Tapi main head nya adalah haizam.


Suasana Pagi hari pelancaran Program Ihya Ramadhan (memasak juadah untuk bersungkai/berbuka)



Keesokan harinya.. bermula lah aktiviti memasak.. Mulanya haizam serah kan kat haku untuk handle kerabu mangga. Cuak juga haku. Pernah haku buat kerabu sebelum nih, tapi dalam kuantiti yang ciput sajork. Makan berdua dengan Mr.A.

haku perlukan bantuan orang yang lebih arif. tanya sapik bersemangat dia, cakap itu ini.. last masa nak buat kerabu dia menghilangkan diri ntah ke mana.. mujur ada kak shifa. penyelamat². Bila ada berdua bagi pendapat senang la koje kan. kak shifa tanya haku, haku tanya kak shifa.. ekeke. last siap juga kerabu mangga kami..



ayam dipotong pagi tu coz stok bahan mentah tu baru sampai. Ada yang dah rupa penjual ayam. macam² kan. yang pastinya meriahh!!.



Deem & da geng di amanahkan untuk merasa semua masakan. bukan merasa dah deem nih. alang² juga kan. makan terus dia..rezki rezki.



Dah siap masak semua lauk pauk.. kami siapkan bekas tapau untuk student. Staf jerk makan cara buffet. senang tak perlu banyak koje lepas majlis. kann kan!

Selesai sesi tapau menapau haku terus kemaskan diri untuk kemuncak majlis. Dekat jam 5 petang juga majlis bermula.. nanti kan entry kemuncak Ihya Ramadhan ehh.


psst: Gambar kredit to Unit ICT a.k.a bosku & deem.. tanpa kerajinan mereka pasti tiada bukti kenangan² ini. ehemm hem!


sayang @myn@ ^_^



dikala kesedihan itu meruntun jiwa

Perasaan haku sentap seketika apabila haku terjumpa menda di bawah nih dalam almari.. kata² yang terucap dari bibir Mr.A masa dia tunjukkan menda nih kat haku terus menyelinap ke dalam pemikiran haku. Sebak tak terkata..hanya mampu mengalirkan air mata.



Waktu Mr.A sibuk² nak berangkat ke sana nun, haku dah kemaskan pakaian Mr.A letak dalam box plastik transparent tu. Unipom² Mr.A pun banyak, jadik mana yang tak perlu di sangkut tu haku simpan jerk dalam box tu. Kalau letak diluar takut nanti sedih tak terjaga pula haku..

Seperti yang kawan² sedia maklum, sekarang nih haku di landa simptom mempacking barang² untuk pulang ke kampung halaman. dalam duk pilih memilih selongkar almari. haku jumpa la menda tu. Tapi haku tak leh sedih², nanti Mr.A lagik sedih. Kann kan!! sekurang-kurangnya haku dapat juga menyambut Aidilfitri tahun nih bersama family Felcra & family Felda.



Tahun nie berbeza sedikit.. selalunya pagi raya boley cium tangan Mr.A untuk meraikan satu syawal, tapi tahun nih hanya dari jauh. itu pun belum pasti dapat berhubung atau tak. Sejak haku bergelar pemaisuri dihati Mr.A, 4 tahun berturut².. ini lah kali pertama beraya tanpa chenta hati di sisi.

Sejak gelar permaisuri Mr.A, sambut Aidilfitri jauh dari family memang dah biasa.. Mr.A duty time raya..haku tetap menemani dia. Pernah tahun 2007. haku di pahang, Mr.A di sabah. Haku mai raya sini, Mak siap bekalkan kuih raya lagik. Mr.A beraya pakai unipom pun pernah... itu lah kesiagaan.. Pegang kuat kata² dari Mr.A "Isteri tentera mesti semangat tentera.." InsyaAllah :-)

tapi kekadang semangat tu tak dak juga.. coz haku hanya wanita biasa yang agak mudah mengalirkan air mata. haippp!!


sayang @myn@ ^_^



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...