Saturday, August 9, 2014

Info: Masalah Cyst @ Fibroid dan makanan yang boleh aktifkan sel tersebut.

Perkongsian berkaitan masalah wanita!! Rahim hanya ada satu dan tiada ganti lagi.. Maka seboleh2nya... jagalah ia sebaik2nya!! InsyaAllah...
Makanan yang perlu dielakkan:
1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.
evening primrose oil
**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.
2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.
3.) Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.
4.) KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS
Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.
Makanan yg di galakkan :)
> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau
Makanan yg harus di elakkan :(
> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak


FIBROID DAN CYST
♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛
TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst
BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?
1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.
ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.
Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka.

Shaklee ada menawarkan set untuk rawatan Cyst dan Fibroid. Boleh dapatkan melalui pengedar sah shaklee di luar sana ataupun melalui saya pun boleh. Saya akan guide cara rawatan dan pengambilan suppliment tersebut untuk anda. Boleh hubungi di talian 011-19567856.

Jika nak buy sendiri dari web shaklee boleh klik gambar set rawatan di bawah dan anda akan di bawa melunsuri ke laman eSell shaklee tersebut : 


Saya suka sarankan pengambilan GLA.. itu yang paling utama untuk rawatan Cyst. GLa ni dapat membantu dari segi hormon wanita. Banyak manfaat nya!! 


Bulan Ogos 2014 ada promosi GLA dari HQ. buy 6 percuma 1. Maklumat lanjut boleh berhubung dengan saya. InsyaAllah. Sampai sini dulu perkongsian Info Cyst dan fibroid.

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

Monday, June 30, 2014

Alhamdulillah... Berjaya sempurnakan 1st Ramadhan 2014 bersamaan 1435 Hijrah

Syukur Alhamdulillah...semalam berjaya sempurnakan puasa.

Hari ni.. hari ke-2 dah kita berpuasa kan... Nanti pejam celik pejam celik dah seminggu... Betul lah kalau kita manfaat kan bulan yang penuh rahmat dan penuh maghfirah, kita akan rasa kepantasan masa yang berlalu sebab setiap minit yang berlalu terlalu bernilai pada diri kita. Alhamdulillah moga saya dan anda semua terus beristiqamah dalam meniti Ramadhan bulan yang mulia ini. InsyaAllah.

Okeh berbalik kepada pengalaman berpuasa di usia kehamilan 6 bulan++.. Time pagi tu masih tidak terasa yang diri sedang berpuasa. Bila masuk tengah hari baby dah mula bergerak² dengan pantas nya. Laju² panggil Mr.A suruh tengok & letak tangan. abang teruja... pehtu di bawa nya bercakap dengan baby. Macam² abang duk cakap.. saya hanya mampu tersenyum sebab menahan geli pergerakkan baby dalam perut. 




Dengan saya pula.. suami cakap kalau rasa tak larat sangat boleh berbuka. Padahal suami risau sebab baby gerak luar biasa kuat. Sekejap perut terbenjol kanan sekejap atas.. Selalu nya gerak sopan². heheeh!

Abang : Ayang boleh tahan lagi ka? Nanti jadi apa² dekat baby?
Isteri: Boleh lagi abang..normal la tu. Ruang kosong kan banyak jadi baby bebas lah bergerak-gerak.
Abang : Ibu² mengandung boleh buka puasa ayang kalau tak larat. *Ayat nak bagi sedap hati isteri*
Isteri: Tak pa masih boleh.. ayang dah servay dah panduan berpuasa utk ibu hamil. Kalau tak pun abang search internet.
Abang: Terus diam.. perati ja isteri dia...
Isteri: senyum..senyumm....

Saya berani sebab saya dah bersedia awal² dan ada juga servay panduan² puasa untuk ibu hamil. Seminggu sebelum menjelang ramadhan pun saya dah training kan diri dan baby...

Pagi² selalu duk minum susu anmum+esp #shaklee segelas & makan kurma.. saya skip² tak minum just ambil kurma saja. Mula² skip tu.. kepala terasa pening, nak drive ke opis rasa tak bertenaga saja siap rasa nak termuntah. Bayangkan nak berzikir sambil drive pun tak larat. Rasa macam air liur meleleh laju.. Wakakakaka. Tapi 2 hari lepas tu dah ok.

Tengah hari: Saya cuba makan ringan² tak pun saya terus makan berat masa breakfast dan tengah hari nya dalam jam 3 begitu baru saya makan nasi.. Kalau jam 3 tu dah tak lama nak masuk magrib. Sini kan jam 6.30 dah magrib.. Jadi tak lah lama baby menanti makanan.. hehehe!!

Ohh ya... Malam ni dari jam 10 saya dah kena start puasa sampai besok pagi nya. Sebab besok giliran saya untuk minum air gula. Sudah cuba minta tukar tarikh tapi kabanyakkan full list. Lagi pun ngam² 1 Julai kandungan saya masuk 7 Bulan. Nak tak nak terpaksa redho & korbankan 1 hari puasa..

Untuk besok saya dah apply cuti rehat siap².. confirm lama saya akan bertapa di klinik tu. Dengar dari pengalaman kawan² minum jam 7.30 pagi pehtu nanti 2 jam selepas tu ambil lagik darah untuk ujian gula. Confirm lah lebih 4 jam berada di luar pejabat. Jadi nak elakkan dari saya stress...kahh kah kahh!!  better ambil cuti rehat. kedua² bos pun dah luluskan permohonan saya. Bos unit dan bos besar... yeayyy!!

Okeh nak p solat zohor dulu nanti jam 2.30 ada metting aset.... Moga saya ada kerajinan yang meninggi untuk update blog selepas selepas selepassss ini..... hewwwww~~


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...