Sunday, January 31, 2010

Menanti dan terus menanti :D




rindunya kat budak kicik nie, terasa seperti baru ja haku bermain, suka ria sambil memeluknya dengan erat... Padahal dah 1 bulan lebey. Hatiku teringat sangat padanya. Dolu kalau windu² buley la call mak, cakap dengan budak kicik nie. walaupun bahasa & loghat yang d keluarkan hanya dirinya sahaja yang faham.

La ni.. semua tu x dapat haku realisasikan. Bukan haku ja yang kerinduan, family haku pun sama. khususnya mak haku. Ayah kepada budak kicik ni (adik lelaki haku) pun lagik lah. Lebey dari haku & mak haku.. ya la anak sendiri. Ayah mana x sayang kan anak. yer dak?

Ya Allah permudahkan lah segala urusan. Kerana haku yakin, kau maha adil & maha menentukan segala galanya.


Mode: Tunggu saja keputusan mahkamah 2 Feb ini.. InsyaAllah.



AL-fAtihAh



Perhatian kepada rakan haku yang beragama islam..singgah @ terbaca entry ini, haku mohon kepada uols, marilah sama² kita sedekah kan Al-fatihah untuk Arwah baby Mizwar Haikal, anak rakan sepejabat haku yang kembali ke rahmatullah pada 29 Jan 2010, hari jumaat jam 7.43 mlm.. n3 lalu pernah haku inform arwah akan ke IJN untuk rawatan lanjut.. leh rujuk sini.

Selepas mendapat berita tentang kembali nya insan kecil ini kepada mu Ya Allah.. Memang x tertahan lagik kesedihan d hati ini. Haku bersyukur kerana haku dapat menziarahi jenazah. Kalau ikut kan hati haku malam tu.. x nak haku balik. Haku nak ada di sisi jenazah, sampailah jenazah d semadikan... Tapi apakan daya semua itu sudah tertulis untuk diri haku. Haku bersyukur sekurangnya haku x merasa terkilan untuk menziarahi.. Alhamdulillah.

semoga k'sue & suami menghadapi dugaan ini dengan ketabahan hati yang tinggi. Myna faham Pemergian permata hati, Amatlah d rasai. Apapun kita perlu redha dengan setiap janji Allah s.w.t. Setiap kali teringat kan Arwah, kita sentiasa sedekah Al-fatihah dan ayat² suci Al-Quran.. InsyaAllah...

AL-Fatihah...



Amin Ya RabbalAlamin...






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...