Thursday, August 25, 2011

Makanan Bugis: Jus pisang hijau..saya dah makan, sedappp!


Semalam kami ke perkampungan IndraSabah... tujuan utama ke sana nak memborong hasil laut yang sudah dikeringkan... di sana ramai kaum bugis. Kebetulan rumah makcik yang kami singgah nih.. dia tengah buatkan juadah untuk jualan di petang hari..

Jus pisang hijau

Saya tengok sekali lalu.. dalam kepala otak terlintas "Oo makcik buat kuih ketayap". lebih kurang kuih kami bezanya hanya letak pisang, sebab tu di pangggil pisang hijau.

Kalau tempat kami letak kelapa yang di gaul dengan gula merah. Bila duk sembang p sembang mai... lain pula tau... Cara hidangannya pun lain. siap ada air gula & santan bagai.. macam minum cendol pula... hihihi.

makanan bugis pisang hijau
Inti dalam nya diletak pisang yang telah di kukus.

ketayap pisang
Sebijik sama macam kuih ketayap... kann kan!!

Masyarakat sini sangat² mesra... Kalau tak puasa sure makan di situ tak perlu mereka tapau kan untuk kami bawa balik. maluuuuuuu tapi mahu!.

Menurut makcik... Jus pisau hijau ni time puasa lah mereka selalu buat... kalau hari biasa tiada. Patut lah tak pernah jumpa selama saya di sini...ada hikmah juga mai memborong pada bulan Ramadhan.



Tersenyum Rajesh dapat menikmati Jus Pisang hijau secara terus... kami tengok pun berbangkit selera tau.. nak pula time tuh tengah hari... panas vs dahaga semua cukup. Apapun sabar~~ sebab makcik ada tapaukan untuk kami.



Menikmati sungguh rajesh... ketul ais dalam magkuku tu... betul² menguja tekak yang kering... Miahahah!!



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!







Saya busy lately kerana.....

Saya fokus pada tempahan kengkawan yang berdekatan.... di rumah memang tidak sempat nak mengadap lappy...Balik rumah mesin dah memanggil minta saya mengadapnya...

Alhamdulillah... busy busy rezeki masyukkk!

saya tak ambil picca baju² kengkawan yang di tempah.. tak sempat nak snap picca bagai.. busy kata kau bercampur malas. Ngee~~

Baju adik badik saya d FBT saya ada snap..itupun semasa packing ke dalam kotak, baru terfikir nak snap... So dapat la di publish di sini.



Alhamdulillah... dalam kesibukkan saya. Ada juga insan yang memahami untuk membantu =D. Mr.A nak handle mesin, beliau tak tahu...saya tak turun lagi ilmu tu kepadanya.So beliau tolong saya potong lebihan kain yang di sulam.



Tekun betul Mr.A... sampai sakit pinggang... kesian dia~~









Semua kelabu.. kerana ini adalah tema kami untuk tahun nih... Sayang seribu kali sayang, saya tak dapat memeriahkan keseragaman bersama² mereka dalam situasi yang sama di Aidilfitri 2011...

ishh ayaq mata.. jangan nak mengalir.. tak mau tak mau... saya mesti kuat & cekal hati kerana isteri pewira mesti semangat sama macam pewira... shrohhh!

Sebagai hamba kita hanya mampu merancang...Allah s.w.t yang maha berkuasa atas segala²Nya.. Yakin dan tawakkal...kerana setiap yang tersurat itu pasti indah.



Alhamdulillah... Mereka di FBT selamat menerima kiriman dari saya... semalam mereka pergi menyambut kawan sepejabat saya di eport kepala batas. tak sabaq nak tengok baju raya masing² punya pasal... hahaha!!

Opss! harap mahap ya.. entry nih macam tunggang langgang. Enjin tak panas lagi.. Almaklumlah.. lama tinggal belog nih.. Okeh selamat berpuasa kawan² di Ramadhan hari ke-25.


Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...