Friday, March 8, 2013

Part 1: Kehendak hati manusia susah nak dipuaskan!


Selamat petang... Hari nih nak kongsikan kisah teladan yang dipetik dari nasihat Luqman Al-Hakim untuk anak²Nya... Ianya sangat menarik perhatian saya... So kesimpulannya di sini.. kita biarkan si luncai dengan labu²Nya... Allah itu ada bersama kita dan dia Maha Adil!!!!!

Teruskan membaca....

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar. Manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, “Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”
 
Setelah mendengarkan desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya tetap sedap menaiki himar itu. Sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik mendengar saja kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai berkata lagi, “Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan si himar itu.”



Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Luqman al-Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka. Katanya, “Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada ALLAH SWT sahaja. Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”

Kemudian Luqman al-Hakim berpesan lagi kepada anaknya. Katanya, “Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara. Iaitu tipis keyakinannya ( iman ) tentang agamanya, lemah akalnya ( mudah tertipu dan terpedaya ) dan hilang kemuliaan hatinya ( keperibadiannya ), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.”
Sumber :Wasiat Luqman al-Hakim
Penulis : Ahmad Hasan Mohd. Nazam
Terbitan : Telaga Biru
Kita tidak dapat memuaskan hati semua orang. Dan betapa ramai orang yang akan tidak berpuas hati dengan kita kerana tidak dapat menerima diri kita dengan seadanya. Maka, bila pandangan manusia itu seluruhnya pandangan kehinaan terhadapmu, utamakanlah pandangan ALLAH SWT..~ Wallahu’alam.

Semoga ALLAH merahmati.. InsyaAllah ;-)




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!





JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

3 comments:

mama aini said...

assalam dear myna..thanks atas perkongsian ini..

mamat said...

selagi perkara yang kita lakukan itu tidak menyalahi perintah Allah, tidak melanggar syarak, tidak melanggar adab atau tatasusila sesama manusia, tidak menyalahi mana2 akta, tidak menyalahi etika, tidak menyalahi peraturan, maka tak perlu kita terlalu menghiraukan pandangan orang.

biarkan sahaja orang lain yg melihat itu semua sekiranya mereka tak puas hati asalkan mereka bertiga rasa ianya adil buat mereka bertiga. tiada kene mngena dengan mereka yg hanya melihat pun.

tapi sekiranya ketidakpuasan hati itu terbit dari Luqman al-Hakim atau anaknya atau himarnya maka ia adalah kerana berlaku ketidak adilan di kalangan mereka

krole said...

bgui perkongsian wak ni..aha! krole da dpt ank..baby girl..nur zahrah nama diberi...tarikh lahir 13/03/2013 hari tu~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...