Friday, January 7, 2011

Sesuai dengan gadis Aktifast...

Tadi seawal pagi.. haku dapat panggilan telefon dari Ratuhati. Berdebar² juga masa nak pick up..

Hati risauuu coz malam semalam nun Ayah haku kelmalangan di langgar oleh pemandu Grand Livina.. Ayah haku naik Motor.. dilanggar dari arah belakang. Orang kampung situ cakapa ayah haku terlambung jauh.. Tapi mujur ada beg dokumen yang ayah galas di belakang. Beg tu memang berat sebab penuh dengan dokumen pekerja². Kira ayah terselamat dari terguling².. Alhamdulillah ^_^.

Pemandu Livina tu mengaku dia salah, memandu dalam keadaan mengantuk.. Hmmmm!! panas hati jerk dengar kan.. Tapi apa boleh dikatakan dah suratan takdir.. Pemandu Livina yang hantar ayah ke hospital dan tunggu sehingga family haku (Mak & Adik) sampai. Masa Ratuhati bagi tahu.. haku suruh buat laporan polis. sebab kita tidak tahu kedepan. Memang ayah orang dewasa.. tapi itu penting.. kannn kan!!

Motor ayah rosak teruk dan dokumen ayah banyak hilang. Almaklumlah terlambung kan.. ayah mendapat rawatan sebagai pesakit luar. Esok paginya ayah dah keluar koje naik motor mak.. Bukan naik kereta. Ayah Oh Ayah.. kuat semangat sungguh!!! Sebelum tu Ayah cakap nak p cari dokumen². Lesen & kad² peribadi pun banyak tercicir..paling di risau ayah. Kad kredit.. Ngee~~.

*********************************



Rupanya Ratuhati call nak inform hal adik pompuan haku yang aktifast tu.. Boleh baca SINI.. Haku dengar Ratuhati cakap tadi, automatik haku keluar syarahan perdana di pagi Jumaat.. Tak pasal² Ratuhati jadi mangsa.. Nasib baik haku tak lupa diri, kalau tak jenuh Ratuhati, end call terus Zass call gadis aktifast tu.. Bermula syarahan dekat dia pula.. Haku masuk opish terlambat 3 minit..hehehe!

Dah banyak kali haku pesan sebelum tiba hari nya, sebab haku risau benda macam nih berlaku. AirAsia nih bukan boleh percaya sangat.. pandai pusing² juga.. Dah tu nanti macam² cas dia kenakan... hmm!! Kalau ikut hati yang marah nak saja haku suruh dia dan kawannya naik bas balik kampung. Tapi pikir² balik kesian pula dekat depa.. Jadi TERbeli lah tiket flight ke Penang jam 1.30 petang.. Jadi hari nie semua transport dia merasa.. Teksi, Kapal Terbang, Kereta, Ferri dan akhiranya bas... Hahaha sesyuai untuk gadis Aktifast... Wink*wink~~


~~ Sayang @myn@ ~~

Hai hai pengunjung Amyna.. Halluu ^_^

Assalamualaikum untuk readers muslim & selamat sejahtera untuk readers non-muslim ^_^.

Lama na haku tak berceloteh di sini.. dari start Cuti² Malaysia tahun lepas sampai dah balik sini. Hari nih hari ke-3 haku mula koje.. Masih tak dapat nak berceloteh..Mood tak ada lohh ditambah pula dengan kesibukkan koje hakiki.. hmmm!!

Semalam haku pening dengan environment opish.. dengan habuk renovation unit, asyik nak bersin dan penglihatan jadi kabur. Ada staf bagi face-mask.. kurang sikit. tapi penglihatan la terganggu.. Dah tu dengan tugas hakiki yang celaru keliru. Baru tinggal opish untuk Cuti², haku rasa macam dah lose semuanya. Sini rebut, sana rebut.. Rebut rebut rebut... Ishh tak faham..

Rebut punya pasal..naik atas,turun bawah.. kepala haku jadi ketat sangat!! tak leh nak handle dah. tekanan~~ tunggu time rest ja. balik rumah Zzzz. Nak Zzz kat surau kompem di cari juga. bila balik rumah.. tak da orang ganggu.. tidur dengan tenang... hehehe!!

Cerita Cuti² Malaysia macam² ada.. siapa tak happy dapat balik kampung halaman bertemu dengan insan² yang dihormati dan di sayangi.. Semestinya happy!!! Nanti ada masa haku semadikan di sini.. Itu pun depend pada mood ya...

Sekarang 1.30 dah.. Jam 2 petang nanti haku kena standby untuk staff nak hafdate data HRMIS. Hari ni last day.... tak siap sepenuhnya.. sikit pun jadik lah.. wink*wink~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...