Friday, April 27, 2012

Happy navy day ke-78

Hari adalah hari ulangtahun TLDM yang ke-78.. Happy Navy day pewira laut semua.. Moga semangat berkhidmat semakin membara, lebih semangat dan dedikasi. InsyaAllah..

Mr.A macam biasa... busy busy busy.. hehe! Hari biasa pun busy apatah lagi sempena ulangtahun yang ke-78 nih. Pelbagai preparation depa duk buat.

Kalau duk kat lumut saya tengok event macam² depa buat... tersenyum hati ^__^. Siapa yang dekat boleh la pergi meramaikan suasana. Dekat KD Sri Semporna saya tak pasti, sebab saya sendiri pun tak pergi..

Mulanya hari ni saya plan nak ambil cuti, nak meramaikan suasana di pangkalan sana, tapi saya terikat pulak dengan aktviti di opish. Aktivti bacaan Surah Ya'asin bulanan. Bulan lepas saya tak join sebab saya join kursus Sistem Pengurusan Aset di Kota Kinabalu. Jadi bulan ni saya niat nak join, itu yang saya tolak untuk tidak ke pangkalan.. Mr.A pun faham. Alhamdulillah.

Semalam lepas habis raptai.. dalam jam 10 lebih, Mr.A cargas pulang ke TKR. Pagi tadi jam 4.30 pagi dah gerak ke pangkalan semula. Saya nak cakap tak payah balik, berat pula mulut nih. sebab Mr.A bersemangat semacam saja nak balik..



Saya pun berbunga² juga, tak sabar nak bagi cheese tart nih dekat Mr.A.. Sedap di makan kalau fresh. kalau dah di simpan pun sedap juga tapi lagik sedap kalau baru keluar oven. Rangup pastri dia, cheese gebuss dan tebal.. lembut ja menyentuh lidah #TertelanLiur . Ohh ya saya tempah cheese tart ni dekat zack. bukan setakat tart ja, macam² lagi zack ambil tempahan.. majoriti yang saya oder semuanya super sedappp! terima kasih ya zack :D.

Alhamdulillah...Cheese tart nih pun dah selamat melalui esophagus Mr.A. Siap di tapau lagi bawa balik dekat kengkawan di sana. Saya pun tapau juga sedikit, bawa mai opish. Bagi kawan² saya juga.. hehe!

Gambar² yang saya snap ada dalam gondang lagi... terlupa nak ambil memory card tadi.. pehtu cable pula tak bawa juga, gambar drive thru semalam masih ada dalam henpon nih ha... So nanti² ada kelapangan saya publish di sini lagi ya.. InsyaAllah.



Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!



Dah habis membaca..cukup lah dengan klik Button LIKE ehh~~

3 comments:

Amyna said...

terima kasih azam... hikssss!

mama aini said...

`hepi navy day `..sedapnya cheese tart tu..

Gadis Kampung said...

sedapnyer cheese tart..ingat awak buat sendiri...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...