Kejadian nih berlaku dalam minggu lepas...
Masa Mr.A dalam perjalanan dari pangkalan ke Tawau... kereta proton saga yang melanggar tu memang pengecut.. Lepas dia langgar, dia terus pecut laju.... Punca utama adalah kerana pemandu kereta saga tu nak mengelak kereta yang duk parking di tepi jalan dan dia termasuk ke lorong Mr.A. Mereka sama² laju. kiranya berselisih lah antara satu sama lain. Mungkin kereta dia pun rosak teruk lah kot kan.. mungkin!!!
Masa Mr.A cerita saya yang rasa nak marah.. tapi Mr.A cakap nak buat macam mana ayang dah takdir nak jadi dekat abang macam ni.. kita kena redho. Ini baru kecik ujian dari Allah untuk abang. terus saya cold down.. hehehe! Dalam hati duk kata... Nasib juga abang tak buka tingkap.. kalau tidak tak tahu apa jadi dengan diri abang. Wallahu'alam~~
Kesan calar cermin sisi tu melekap sebijik dekat cermin tingkap sebab cermin sisi tu terpelanting / tertanggal dari tempatnya dan kena cermin tingkap... Cover tu terlanggkup hala ke cermin tingkap dan cermin sisi Prangg berderai di jalanraya... Cover cermin sisi pun pecah sebab di hentam kuat.
Shhhh... mengayat jantung tengoknya! Rasa hati saya ni tersiat-siat. Saya tau Mr.A tak puas hati.. tapi dia yang alami sendiri... so dia lebih redho. Kalau lah dugaan nih kena dekat saya... sure hati Mr.A tak tenang jugak dan berombak seperti mana hati saya rasa...
Mr.A jenis yang ambil berat dengan kereta... kesan calar baru mesti dia alert. kadang² saya sendiri pun risau kalau ada calar dan saya tak alert... nanti tak tau nak jawab bila Mr.A tanya...
Susah nak drive kalau tak da cermin sisi kan... nak nak pula sebelah kanan. Sangat² berguna. tengok baby shamel pun drive kereta TAPI tak bergerak pun still pandang cermin sisi. HAHAHAHA!
Buat sementara.. Mr.A ambil cermin sisi motorsikal dan tempek di situ. Susah juga drive sebab cermin tu kecik seciput ja. Rasa tak luas pemandangan. Tapi apa boleh buat, itu ja yang ada...
Sekarang nih duk servay side mirror... mana ada orang jual sebelah saja kan. mesti juga pair. hurmm!
Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!
JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....
No comments:
Post a Comment