Friday, March 26, 2010

bukan ku pinta

haishhhhh.. sengal sengal sengal. macam mana ini boley berlaku. bukan ku pinta ya.. semua adalah suratan takdir. haku harus redha dan terima apa sajork presepsi orang sekeliling..wahh wahh munyik macam gempakk jerk.. hahahha!

meh sini nak sambung, semalam kan 25 Mac 2010 semua kakitangan awam sedia maklum dapat upah membanting tulang.. Dengan kesibukkan yang melanda kebelakangan nie, haku terus jadik haru biru.. mana pikiaq koje, pikiaq nak p bayaq hutang piutang. Buley masa haku keluaq umah haku tertinggal kunci di dalam.. adoii la. macam mana nak buat. d tangan ku cuma ada henset, satu² nya henset.. haku terperangkap dalam kawasan umah sendirik. Pintu pagar pun haku dah lock, kereta pun haku dah lock.. panik haku masa tu. cuba juga sendirik..membuka cermin tingkap dengan harapan tangan haku sampai la kat tombol pintu tu. Ohh tidak.. x sampai.. sedeyy. x da pilihan memaksa juga diri untuk call Mr.A.. call untuk minta idea. kalau idea haku terus ketuk jerk tombol tu. nanti pasang baru. Nak minta tolong x buleyy. Mr.A tiada d kawasan yang berdekatan.. jauh beribu batu.. Malang juga call Mr.A x berjawab. berkali kali haku call. x berjawab. itu makanya x leh d ganggu. Last dpt sms "abang tengah taklimat". sedih berganda2 lagik...

Haku tersepit d situ. nak minta tolong jiran². uwaaaa! Yang sebelah kiri, dah masyuk dalam umah x keluar². selalu ada juga dia lepak kat luar.sembang² dengan haku. mungkin ari ni dia sibuk & penat.. Kalau haku nak panggey pun mana dengar.. umah dia nun tinggi. lagipun umah jiran kiri ni..x kembar dengan umah ku.

Yang sebelah kanan ni kembar.. satu bumbung & sama paras tanah kami. Tapi belum balik koje lagik. mau jam 6.30 baru sampai. sini jam 6.30 tu dah gelapppp. x akan ku nak duduk kat situ jadik habuan nyamuk.. memeng harapan ku pada jiran yang sebelah kanan jerk. kalau belah kiri ke atas nun memang x buley sebab dorunk ke atas lagik makin tinggi tinggi dan tinggi terus x nampak. kecuali dorunk tengok ke bawah nampak lah umah haku.

Dalam duk usaha capai & goncang tombol tu mulut haku terkumat kamit bercakap sambil minta petunjuk & nak tenangkan hati yang letihhh. letih segala hal. dahi bekerut, Air mata ni dalam kelopok mata sudah. sedih kenangkan nasib & redha dengan ujian Allah s.w.t. Syukur Alhamdulillah, Akhir nya masalah tu settle juga. suami jiran haku yang d bawah tu (jarak 1 buah umah dr umah haku) baru pulang dari bandar. dia seorang diri ja, takut juga haku nak panggey sebab isterinya haku x nampak. Nak x nak itu saja jalan nya.. haku nak ketuk tombol mesti ada batu @ alatan yang keras. nak cari mana dalam kawasan umah haku ni. batu kat jalan tu besar² lah.. tapi nak amik macam mana. pagar dah terkunci. Nak panjat pagar, mana boley.. haku kan pakai baju kurung.. mau tersungkur kat situ. Owhh tidak mugkin.Masa haku panggey tu cepat² suaminya datang. siap panggey isterinya sekali.. lucu pun ada. dorunk ingat haku kena apa².

dah masa dorunk sampai dekat haku.satu hal pula. dorunk kebingungan dengar haku cakap. ya la..haku kalau dah emengency macam tu.. x dan nak kalih lidah dah. terus keluaq slank tanah tumpah air ku.. Dorunk ni kristian, memang pior la cakap sini.. aduina. Apapun settle dah bab tu..haku pun dapat masuk umah dan keluar p koje untuk ari ni.. itu semua atas usaha suaminya panjat pagar umah haku & isterinya bagi idea gunakan paip air. Masa nak guna paip air pun satu hal. dia panggey hos. haku terus blurrr d situ.. pas dah faham terus senyum mengekekekeke.

D opis ari ni pula.. hurmmm! haku dah uat kesilapan. haku x masuk metting staf after solat jumaat. haku x p mana² pun. haku duk kat makmal komputer untuk preparation kursus pendek esok hari (weekend). Kat makmal tu ya Allah, ngilu haku rasa.. virus berperang sana sini.. ada pula windows dah corrupted. Metting start jam 2.30 petang. Haku masuk makmal tadi jam 1 lebey. terus x ingat ke metting tu..Bila jam 5 lebey haku turun nak balik baru haku teringat ke metting tu.. ya Allah buley pula terlupa.. Terus sms my bff dympna john untuk info metting. Hati rasa lega sikit sebab. ramai juga yang x hadir. Kalau kena tunjuk sebab x lah sorang² kena. heh heh heh. Hello, nak bukti haku ada ya. fara, basir, fadzil & k'midah, dorunk pun dah boley jadik saksi..lagipun makmal tu dekat bilik bos juga. arghh! x perlu fikir, abaikan..tunggu next metting apa jadik. dah fon bos juga minta maaf. Haku percaya pasti ada hikmahnya di sebalik suratan yang tertulis ini. Allah x akan duga hambanya jauh dari kemampuan diri...


mode: lepaih nie entry jawab tag dari mar..insyaAllah.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...