Tuesday, December 18, 2012

Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29


Alhamdulillah... Syukur sangat² pada suratan ketentuan Ilahi....

Rezeki itu pergi Rezeki ini pula datang... Rezeki itu yang saya maksudkan... biarlah kawan² yang berdekatan dengan saya sahaja yang tahu.... Ngee~~

Kedua²nya rezeki yang baik untuk masa depan saya... InsyaAllah. Setiap ketentuan dariNya, pasti  disebalikNya terlindung hikmah yang terindah... Yang penting Rukun Iman & Islam jangan sekadar dimainkan di bibir sahaja... Wallahu'alam.


Mulanya saya dapat sms dari pihak SPA..minta saya buat semakan online untuk tarikh dan tempat temuduga, saya dapat tu time saya tengah lunch di luar... belum sempat saya nak semak pun. Masuk office terkejar² pulak kena masuk metting pendaftaran pelajar yang akan diadakan pada 3 Januari 2013 nanti... Metting punya lama.. Henpon saya set silent mode, Habis metting tengok ada call dari mak.. Rupanya mak nak habaq yang saya ada dapat temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 nih. Belum sempat saya semak.. Mak dah inform tarikh dan tempat... Alhamdulillah saya dapat interview di area sini juga.. Syukur...

Tarikhnya berdekatan dengan tarikh pendaftaran pelajar baru nanti... Saya kena bincang lain dengan rakan seperjawatan.. Minta tolong cover² tugas saya... Unit saya line clear.. InsyaAllah boleh.. Kalau rakan seperjawatan saya pun dapat temuduga PPTM juga.. Memang bulat² tugas kami jatuh ke PPTM sedia ada.. tapi kalau PPTM sedia ada kena tugas luar time tu... hah pandai² la pegawai pengambilan atur semula... Ngee~~

Saya ada juga search di google tadi untuk persediaan temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 nanti. Dalam hati nih banyak berdebar oh... kadang-kadang rasa ilmu cukup.. kadang rasa tak cukup... Risau Angah dibuatnya... Normal la kan. perasaan seorang Hamba Allah a.k.a Manusia...

Hasil google tadi, saya dapat terjah ke Laman web Peja... Wife nya pun dapat interview pada 3 Januari 2013.. awal sehari dari tarikh saya... Peja ada kongsikan sedikit maklumat yang boleh dijadikan persediaan untuk temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29.  Ada 2 katagori soalan iaitu:
a) UMUM = Meliputi isu-isu semasa dan pengetahuan am
b) KHUSUS = Menjurus kepada soalan-soalan berbentuk teknikal mengenai Komputer dan Teknologi Maklumat

Contoh Soalan Umum:
1. Keterangan mengenai pekerjaan anda sekarang (jika bekerja), tentang majikan dan tugas-tugas yang perlu anda lakukan. Anda juga perlu nyatakan sebab-sebab anda memohon jawatan sebagai PPTM.
2. Anda perlu berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.
3. Isu semasa lain seperti kejayaan Nur Amalina mendapat keputusan SPM 17A dan calon SPM lain yang mendapat 19A yang menjadi kontroversi.
4. Anda juga perlu ceritakan mengenai sejarah kemerdekaan, tarikh, kronologi-kronologi sebelum merdeka dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terlibat.
5. Anda perlu nyatakan maksud kemerdekaan, tema merdeka tahun ini, dan siapa wakil 3 kaum semasa perjanjian Suruhanjaya Reid di London.
6. Peranan komunis di Tanah Melayu dan siapakah nama ketua komunis pada ketika itu.
7. Nyatakan mengenai institusi Yang Dipertuan Agong, tarikh lantikan, pertabalan, sistem giliran dan tarikh kelahiran Agong.
8. Mengenai Parlimen, Dewan Rakyat, dan Pilihanraya.

Contoh Soalan Khusus:
1. Kaitan antara jawatan anda sekarang (jika bekerja) dengan teknologi maklumat, anda perlu nyatakan pengalaman-pengalaman anda ada.
2. Jelaskan mengenai rangkaian seperti jenis-jenis topologi dan perbezaannya.
3. Jelaskan mengenai firewall, daripada segi kegunaan, jenis dan jenama yang digunakan.
4. Jelaskan mengenai open-source seperti linux.
5. Jelaskan mengenai web browser, jenis-jenis dan perbezaan antaranya.
6. Jelaskan juga mengenai search engine, jenis dan kegunaannya.
7. Nyatakan pengalaman anda membangunkan sistem, kegunaannya dan pengguna sistem tersebut.

 Sumber: Laman web Peja

Saya ada berhubung dengan kawan-kawan DTK.. Tapi kebanyakkan belum dapat keputusan...Harap-harap dorunk pun dapat interview juga.. Hari tu time exam ramai yang dapat.. meriah dengar dorunk bersembang di group tu... Nak buat persediaan pun best... terasa macam time study group... tapi saya tak boleh join, just perhatikan saja pehtu menyampuk la sikit²....hik3x.

Sekarang kalau kawan-kawan yang exam haritu pun dapat temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29.. Sure meriah lagi dan saya boleh la join sekali =D.

Kepada kawan-kawan dan readers sekalian maya, kalau ada yang tahu dan ada pengalaman dalam temuduga jawatan PPTM mohon kongsikan dengan saya ya... Kalau saya ada info lagi.. saya akan update nanti.. InsyaAllah...  Terima kasih   ^________^

Kepada yang dapat interview nih.. Jom buat persediaan yang termampu dan semoga kita berjaya menjawat jawatan sebagai PPTM. InsyaAllah.





Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

18 comments:

ecadwinkyasha said...

tahniah dpt interview.btw,menang something sini,jom checkout
http://www.ecadwinkyasha.com/2012/12/pemenang-year-end-contest-giveaway-4.html

Amyna said...

Terima kasih eca.. Ba sekarang akak terjah sana... hehehe!

MisAa said...

congrate kak myna :)

Amyna said...

terima kasih mira ;-)

.. Bicara Puan eta.. said...

saya ade dapat jugak interview 2.8/1 kat kelantan.skung ni xtaw nak study ape sbb mood nak bercuti..

panadol said...

congretz & gudluck myna tuk intvwnya.


#kitaserupa :)

Amyna said...

@Eta: Saya dah berdebar debar... risau semua cukup.. sekali macam dah ready sangat². sekali macam takut..

Tapi kalau busy buat koje..tak da la nak fikir sangat.... hehehe... Nasib baik interview lepas pendaftaran pelajar baru.. kalau tak berganda² nebesss!!

Amyna said...

@Panadol: Ba.... terima kasih cik panadol... dapat kat kk ka? Moga berjaya juga untuk panadol... InsyaAllah...

IWJ said...

Hi bila ye result nya keluar. Boleh email kepada Sy tak. Sebab sepatutnya 4/2 kan? Tp bila check spa msh x keluar. Taw x kenapa?

Anonymous said...

hi

Anonymous said...

Asslamua'laikum, Amyna sya nk tanya ni cmaner kputusan inteview aritu?
Utk Jawatan Penolong Pegawai teknologi maklumat.
Sya ada dpt inteview tu jgk.. exam utk jawatan tu..
Bleh x Amyna citer n share ckit soalan2 yg ditanya.
Sya xtahu nk study mana satu..bnyk sgt yg nk kena study...dh lupa..huhu- Zura

Anonymous said...

assalamualaikum..saya bru je dpt surat utk exam jawatan ni..nak tanya akak..mase exam tu ..apa y perlu kita bawa dan ada temuduga or just exam je akak??

Amyna said...

wa'alaikumussalam...Boleh email ke saya email awak atau inbox saya di Fb.. Nanti kita bincang... saya pun tidak lah arif tapi sekadar nak berbincang dari pengalaman yang ada.. InsyaAllah boleh.

sharing is caring ♥ ♥
email saya : amyna2109@gmail.com
Fb: AmynaAmir Hamid

Unknown said...

Salam admin tumpang sharing sis...
:) just nak bagi bahan untuk rujukan
terkini Peperiksaan Penolong Pegawai
Teknologi F29 boleh daftar segera untuk dapatkan akses yang hanya akan
dibuka bermula pada 03 Mac 2014 ni
melalui link ni Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 2014 bahan disediakan oleh Tim Infokerjaya,mereka ni memang dah terkesan membantu hampir 60,000 orang yg dpt panduan dari mereka ni..salah satunya rakan saya sendiri..Harap dapat membantu..

Anonymous said...

assalamualaikum cik..saya pon baru dpt surat utk exam jwatan ni. exam saya 8.3.2014. boleh x cik share pengalaman cik taim p exam tu?? at least nt taim saya p exam tu saya tau sikit2 ape yg perlu dibuat..hihihi

Anonymous said...

terima kasih untuk info.. dapt juga tips temuduga... saya baru dapat tahu lulus exam pptm 8 mar 14... jadi cm na plk temuduga.. cm pyh ja soklan tgk kat atas

Amyna said...

InsyaAllah...
untuk interview awak prepare berkaitan tugas untuk jawatan tersebut. contohnya networoking. Sedikit sebanyak ada juga penemuduga akan tanya itu.

Lagipun soalan dari penemuduga ni lain² juga depend pada situasi. Maksud saya kalau calon KPSL lain juga soalanya nya...

Unknown said...

semoga yg dah dapat exam tuh lulus lah semua ..... JPA buat pemilihan tu tak usahlah detail sangat walhal banyak kosong dalam jabatan kerajaan ...kalau JPA dah terlalu taksup sangat maka yg kosong tu utk siapa lagi ???? .... sanggup menunggu berbulan-bulan nak isi kekosongan tuh nak naikkan pangkat orangpun sikit punya susah .... sanggup di biar kosong gitu .... kasihan kat orang luar sana tuh interview banyak kali exam banyak kali tapi tak dapat jugakkkk jawatan tuh .......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...