Monday, October 31, 2011

Cuti AidilAdha Mr.A tak lulus lagi.. Sobbb!

Selamat pagi isnin kawan!

Hari ni saya masuk koje semula seperti biasa.. Kalau ikut kan plan yang diatur, saya just koje 2 hari.. pehtu cuti semula untuk balik kampung sempena AidilAdha minggu depan...

kepala saya sekarang tengah serabut memikir tentang Mr.A... saya risau takut dia hilang kesabaran :-(. Masa saya dalam flight balik ke tawau tu Mr.A call ratuhati... maybe Mr.A tak tertahan menanggung.. Perkara yang selama ini saya dan dia rasa, sedikit sebanyak ratuhati pun tahu. Alhamdulillah... Ratuhati boleh juga membantu kuatkan semangat Mr.A...

Cuti saya dah lulus... Cuti Mr.A ja belum ada kata putus. Sekarang Mr.A dah isi form baru atas arahan orang atasan yang boleh toleransi. Syukur Alhamdulillah. Masih ada yang baik hati.

Saya betul² sedih dengan apa yang terjadi kepada Mr.A. If kau tak mau lulus cuti pun, jangan lah sampai kau koyak kan form cuti orang.. itu kan dah keterlaluan. Kau koyak form nya sama lah seperti kau calar kan hati saya nih... Tak berperikemanusiaan langsung!

Apa masalah sebenarnya kau nih..saya pun tak pasti. Macam² kau create, kira politik sesungguhnya. Apa yang berlaku selama nih saya diam dan cuba ambil langkah terbaik, bagi suntikkan semangat pada Mr.A... Sampai kekadang saya sendiri pun tak tahan dengan cara kau. sungguh luar biasa. Subhanallah.

Mr.A pergi slow talk, tanya bebaik apa punca sampai dikoyaknya form cuti orang bawahan kau. Boleh pula kau buat bangga di situ dengan pangkat yang kau ada tu..

Tak apa Allah sentiasa ada bersama hamba²Nya. suatu hari kau pasti jatuh ke bawah juga... saya tak minta.. tapi itu memang pasti.. Hidup ibarat roda yang berputar weh. Kau mendongak ke atas pun tak kan selamanya sebab nanti tengkok kau akan lengoh dan di situ akan kau tunduk juga ke bawah. Wallah hu'alam ^___^.

Dah la nak minta cuti tu pelbagai peringkat nak kena pergi minta signature.. Sampai dekat kau, begini pula kau buat. macam sampah ja kau anggap. Eee..ee..grrr~~

Kau buat begini, bukan boleh meningkatkan produktiviti koje.. menjatuhkan lagi ada... Orang bawahan dah mental dengan cara kau... haishh malas nak panjang lebar sebab orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.. Moga Allah s.w.t yang membalasnya!!

Sekarang saya tunggu keputusan cuti Mr.A, paling lewat jam 2 petang nanti... Kalau cuti di approve, maka bertentang lah mata kita wahai saudara mara di sana yang merindui kami... kalau tak, berpandang pandangan lah kita dari kejauhan...

Besar harapan saya untuk Mr.A pulang berhari raya dengan keluarga. Aidilfitri tahun lepas pun tak dapat coz Mr.A operasi ke somalia nun, Aidilfitri tahun nih pun tidak sebab kau kata turn Mr.A pada AidilAdha.. haishh tak tahu lah. kalau tak lulus juga... saya redha, moga Allah s.w.t memberi ketabahan hati yang tinggi pada Mr.A. Amin~~




Thanks you read and support my writing. Please come again ya!










4 comments:

SeMaLu SK said...

sabar la myna n Amir....mar dah lalui benda2 mcm tu...kita kena kuat..sebagai isteri perwira negara...sepatutnya semangat perwira depa ada sikit mai kat kita...myna pujuk la Amir elok2...jgn bg dia stress...dah mcm tu la rupa pegawai..asik belagak dgn pangkat yg dia ada..tapi tak semua mcm tu..masih wujud pegawai2 yg bhati mulia n btolak ansur...moga semuanya baik2 sahaja k..jgn sedih2...i`m here 4 u...

Amyna said...

Depa macam dah melampau sangat nih mar... tak pa lah Allah itu kan maha adil dan sentiasa ada dengan hambanya...

Myna paling risau sekarang nih keadaan Mr.A.. Harap² semuanya dalam redha Allah s.w.t..Terima kasih ya Mar...

Umie Nadhirah said...

harap2 semuanya dipermudahkan olehNya :)

Amyna said...

Harapan saya pun begitu. InsyaAllah ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...