Saturday, September 22, 2012

Need Advise: Pemilihan Sunblock / Sunscreen yang betul ^__^


Minggu depan saya akan join XPDC mendaki Gunung... InsyaAllah.

Persiapan barang² untuk mendaki Alhamdulillah..setakat hari nih 75% sudah... Gadis aktifast yang banyak membantu dari Perlis sana.. terima kasih ya sayang... Sekarang nih saya tengah servay sunblock or sunscreen untuk di apply dekat face nih.

Kulit gelap of course lah saya risau tapi paling risau kalau terlalu lama terdedah pada pancaran cahaya mata hari nanti.boleh jadi cancer kulit... Memang lama akan terdedah kepada pancaran matahari sebab kami akan menapak dari mesilau ke Laban Rata yang mengambil masa 6-8 jam... Subhanallah minta simpang jauh jauh.... itu lah makanya.. mencegah lebih baik dari mengubati.. So saya nak cegah dengan memakai sunblock... InsyaAllah.
Sekarang saya tengah servay².. tadi dah pergi guardian riki² stok.. Ya Allah banyak benar jenama nya. Pelbagai jenis ada seperti losyen, krim dan gel, Nilai SPF pun macam²... Pehtu kandungan pun saya tak sure apa ke jenisnya. Terus saya keliru tak sure mana satu nak amik.. Last² saya buy benda lain, sunblock tak buy pun lagi... Tak pa masih ada masa untuk buat pilihan..

Tadi saya ada juga terbaca perkataan UVA,UVB nih di packaging.. balik rumah baru nak servay perkataan tu... maklum lah angah kan jarang² amik tahu bab saintifik sebegitu... Meh nak kopipes tempek dekat sini...
Ada tiga jenis cahaya UV yang utama iaitu :

a) Ultraviolet A (UVA) iaitu wavelength 320nm sehingga 400nm - cahaya ini adalah cahaya yang paling banyak dalam cahaya matahari, dan ia mampu menembusi lapisan atas kulit dengan mudah. Cahaya UVA akan menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambung dan meningkatkan risiko mendapat kanser kulit. UVA adalah cahaya yang menyebabkan kulit menjadi tan (suntan - sila lihat di bawah) secara perlahan-lahan. Selain daripada kanser kulit dan kedutan awal, UVA juga telah dikaitkan dengan penurunan sistem imuniti.

b) Ultraviolet B (UVB) iaitu wavelength 290nm sehingga 320nm - kandungan cahaya ini dibumi kita adalah kurang berbanding UVA kerana kebanyakannya telah diserap oleh lapisan ozone. UVB seringkali dikaitkan dengan kebakaran kulit (sunburn - sila lihat di bawah). Kesan UVB banyak dilihat pada ketika panas terik seperti waktu tengahari.

c) Ultraviolet C (UVC) iaitu wavelength kurang daripada 290nm - cahaya ini adalah sangat merbahaya tetapi boleh dikatakan 100% cahaya ini tidak sempat mencapai bumi kerana ia diserap oleh lapisan ozone.


Tadi masa duk searching info pasal sunblock nih... saya ada ternampak cadangan untuk penggunaan produk Sunplay macam dekat atas tu....Nilai SPF dia maksima 130.. tinggi yooo! Macam menarikkan.. tapi ok ke ehh untuk kulit asia seperti kita nih... SPF 130..  siapa pernah guna... please share... Terima kasih.;-)

Nak kongsi juga info jenis2 Sunblock yang ada di pasaran iaitu: 
1- Jenis kimia: diserap kedalam kulit dan bertindak menyerap cahaya UV dari merosakan lapisan dalaman kulit.
Panggilan umum: Sunscreen
Ciri-ciri: tidak kelihatan sesudah digunakan dan SPF bernilai 2 atau lebih tinggi
Kandungan utama: para amino benzoic acid dan sebagainya 

2- Jenis fizikal: lapisan nipis yang disapu bagi memantulkan cahaya matahari. Biasanya berwarna (putih)
Panggilan umum: sunblock
Ciri-ciri: akan kelihatan lapisan putih bila digunakan SPF bernilai 12 atau lebih tinggi
Produk sunblock juga boleh mengandungi campuran kedua-dua Diatas (Dipanggil broad spectrum suntan)
Kandungan utama: Zinc Oxide, Titanium Dioxide dan sebagainya 

Sunscreen lebih popular berbanding sunnblock dan boleh dibeli dalam bentuk krim, lotion atau gel. Ia menyerap UV dan bila sapu, tidak mudah dilihat pada kulit, yang menyebabkan ianya lebih digemari.  

Sunblock pula menghalang UV dengan memantulkannya semuala dan akan kelihatan warna putih pada kulit penggunanya. Bagaimanpun, kemajuan teknologi membolehkan sebahagian produk terbaru dipasaran kini tidak lagi bewarna, tetapi harga lebih mahal.

So paling last saya buat pilihan pada hari selasa nanti... Hope segalanya dipermudahkan... InsyaAllah ;-)





Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun fesbuk, BOLEHLah klik Button LIKE ehh.. makaceh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...