Mereka teringat dengan abang.. saya sebagai makmum sah kepada abang....lagilah berganda ganda rindu dengan abang...
Perasaan nih hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu... Tambah pula pelbagai macam perkara yang terpendam di dada nih.... sesak rasa dada nih... selalunya jauh² boleh juga bercakap berkongsi rasa... tapi kali ni kena pendam dulu.... kekadang tu saya sampai buat list... takut ada perkara yang nak disampaikan tercicir... Sebagai isteri saya cuba galaskan tanggung jawab ini sebaik²Nya... InsyaAllah. Ya Allah bantu lah hambaMu ini dalam menjalankan amanahMu dan membuat keputusan~~
Saya pernah publish gambar nih dengan caption: ♥♥ kami bertentang mata kembali... Alhamdulillah.. Hati banyak senyum... Terima kasih ya Allah ♥♥.
Walaupun abang selalu cakap "Apa keputusan ayang buat abang terima, abang tau bini abangkan bijak, Abang percaya dengan ayang". Subhanallah... Saya cukup takut bila terima kepercayaan sebegitu besar dari insan yang berstatus SUAMI... Membuat keputusan yang memerlukan perbincangan antara ikatan sah suami isteri... memang perit nak di lalui oleh saya.. Apapun saya redha dan sentiasa mengharap petunjuk darinya.. Saya cuba kutip kata² semangat dari abang dan family terutamanya Mak untuk lalui rencana kehidupan ini... InsyaAllah...
Okeh sudah sudah... menitik dah ayaq mata saya. wanita dan air mata tak dapat dipisahkan.. ;-) ya setuju benar!
Berbalik kepada mereka yang teringat dengan abang... Opismate saya sampai termimpi mimpi yang abang dah balik dari operasi. Dalam mimpi tu dia kata, "Kami semua pergi berjalan sama²... pergi makan di sana sini, kira p merata² semuanya bersama² ". Tersenyum hati saya... terasa muda 10 tahun... Ohh hebatnya penangan kerinduan kepada pewira negara ni.. sampai boleh termasuk dalam mimpi opismate saya... Kih kih kih!!
Nasib suami opismate saya nih memahami... kalau tidak, wahahahah... Apapun mimpi itu kan mainan tidur.... normal la tu kan...
Versi lain pulak... siap tolong hitung hari lagi, pehtu tanya saya "1 Bulan lebih sudah kan, Mr.A outstation. Lamanya.. kata 1 bulan jak" Apa boleh di katakan... dalam ketenteraan nih macam² kemungkinan boleh berlaku...dari 6 bulan boleh lajak ke 9 bulan (ini saya rasa dah 2 thn lepas masa abang bertugas di Somalia). Hati mau cekal ja... macam kata² abang yang dulu "Ayang kan isteri tentera, mesti kuat macam semangat tentera". Kuat tak kuat... kena lah kuat juga... kalau kita tak boleh terima... macam mana perasaan suami kan... mental mereka nak kena kuat. sebagai isteri, kita lah kuncinya.. Astafirullah hal' Azim~~
Dalam satu hari yang sama saya terima penangan kerinduan nih.... Moga abang dan kawan² nya selamat disana... Sentiasa di bawah lindungan rahmat ilahi. Untuk part saya... jangan di soal lah... Hanya Allah S.W.T sahaja yang lebih mengetahui setiap suratan yang tercoret untuk setiap hambanya. Dia yang maha mengizinkan setiap yang tersurat.. berbalik kepada rukun Iman.. Percaya kepada Qada dan Qadar... InsyaAllah ^___^.
Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!
JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh.....
No comments:
Post a Comment