Sunday, April 24, 2011

Regatta Lepa lepa di Semporna kali ke-18

Semalam ada kawan tanya.. kebetulan saya ada letak status cam gini di FB -

"Jelesnya..nak p regatta lepa² juga"

Saya suruh jerk dia surf kat internet sebab semalam saya busy dengan kursus Autocad. Lagipun saya nak terang detail tak berapa nak tahu sangat. kang nanti tersalah info. punggahh! Hari ni saya kan off day.. jadi ambil kesempatan yang ada.. geledah lah alam maya untuk dapatkan info tentang Regatta Lepa-lepa.

Untuk makluman kawan², kali ni saya sendiri pun tak turun sana.Tahun lepas lagi dah siap buat perjanjian dengan Mr.A.. macam mana pun nak turun juga sana tahun nie.. semangat nak tengok suasana Regatta Lepa tu secara real. Saya tergedix gedix nak p sana sebab tahun lepas punya event Dato' Ct Nurhaliza yang mai tau.. ada konsert.

Tapi bila dah sampai saat dan ketikanya.. saya pula yang terbantut semangat. entahlah maybe sebab penat kot. Terus tak jadi nak turun sana.. huhuhu! Mr.A balik² ulang tanya.. jadi turun sini ke tidak, tension punya pasal.. saya terus cakap TAK JADI. Tak kan lah Mr.A nak datang dari sana, semata² ambil saya, pehtu ulang alik sana pula.huh nakalnya saya.. Nakal tak nakal, Last padan muka saya... memang tak jadi pergi sana pun.. okeh dah.. panjang sudah saya celoteh. Jom tengok info yang dapat saya dikongsikan^__^

*******************

info Regatta Lepa

Regatta lepa-lepa tu adalah satu perayaan tahunan tradisi dari masyarakat bajau tempatan di daerah semporna sana. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1994 sebagai perayaan di peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf sebagai peryaan peringkat negeri Sabah. Perkataan Lepa itu, datangnya dari bahasa kaum bajau Pantai Timur Sabah yang bermaksud "Bot" dan di percayai berasal dari komuniti nelayan yang menetap di Pulau Bum Bum Semporna.

kebudayaan lepa

Pada tahun 2003 pula, perayaan regatta lepa ini telah dimasukkan ke dalam kalender "Pesta Air Malaysia". Hingga kini Regatta lepa-lepa menjadi satu acara tahunan Malaysia dan di diadakan pada setiap bulan April. Ia berlangsung selama 3 hari.

Sepanjang perayaan ini berlangsung, pengusaha dan penggiat seni budaya Bajau dan lepa akan berkumpul. Kaum bajau yang berada di merata tempat termasuk pulau-pulau akan bertemu, bersosial dan bertanding merebut gelaran Lepa tercantik.



Bajau semporna

Semua lepa-lepa akan beratur sambil bergerak perlahan dihadapan pentas yang disediakan untuk para hakim dan orang kenamaan untuk menilai setiap lepa yang dipertandingkan. Pemenang dalam Regatta Lepa akan dipilih berdasarkan kecantikkan lepa dan tarian yang dipersembahkan. Sambutan Regatta Lepa dibahagikan kepada 2 katagori kawasan iaitu:
  • Acara Laut - Di tepi pantai
  • Pentas Budaya dan pameran - Di kawasan padang pekan semporna
Ditepi pantai terdapat ratusan lepa yang dihiasi cantik dengan segala macam renda, payung, sambulayang berwarna-warni, pakaian tradisi, persembahan kebudayaan dan pertandingan acara laut. Pertandingan acara laut seperti tarik tali lepa, lumba kayak, berenang dan pertunjukkan bunga api akan turut mewarnai perayaan ini. Sumber: Pej.Daerah semporna

Di akhiri dengan picca queen of lepa 2008.

queen of lepa

Teringat kenangan masa saya mengalai (menari) gaya bajau semporna nie.. masa tu join majlis sambutan hari lahir tunang geng pejabat Mr.A. Sumpah sangat kekok.. time tu semua tetamu dijemput mengalai.. Mr.A tak aci tau.. dia tahu awal² lagi, pehtu buat alasan nak p toilet. Punya lama dia kat toilet. bijak betul dia kan! Chaihhhhh~~


**picca semua adalah hasil carian dari google.

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!


2 comments:

Lydia Miza said...

wahh mesti mertua LM pergi ni.dia lawat adik ipar kat sana hr tu.meriah nyer acara kat sana .

Amyna said...

ohh ada adik ipar kat sini.. alang2 kan LM.. baik join.. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...