Semalam kami ke perkampungan IndraSabah... tujuan utama ke sana nak memborong hasil laut yang sudah dikeringkan... di sana ramai kaum bugis. Kebetulan rumah makcik yang kami singgah nih.. dia tengah buatkan juadah untuk jualan di petang hari..
Saya tengok sekali lalu.. dalam kepala otak terlintas "Oo makcik buat kuih ketayap". lebih kurang kuih kami bezanya hanya letak pisang, sebab tu di pangggil pisang hijau.
Kalau tempat kami letak kelapa yang di gaul dengan gula merah. Bila duk sembang p sembang mai... lain pula tau... Cara hidangannya pun lain. siap ada air gula & santan bagai.. macam minum cendol pula... hihihi.

Sebijik sama macam kuih ketayap... kann kan!!
Masyarakat sini sangat² mesra... Kalau tak puasa sure makan di situ tak perlu mereka tapau kan untuk kami bawa balik. maluuuuuuu tapi mahu!.
Menurut makcik... Jus pisau hijau ni time puasa lah mereka selalu buat... kalau hari biasa tiada. Patut lah tak pernah jumpa selama saya di sini...ada hikmah juga mai memborong pada bulan Ramadhan.

Tersenyum Rajesh dapat menikmati Jus Pisang hijau secara terus... kami tengok pun berbangkit selera tau.. nak pula time tuh tengah hari... panas vs dahaga semua cukup. Apapun sabar~~ sebab makcik ada tapaukan untuk kami.

Menikmati sungguh rajesh... ketul ais dalam magkuku tu... betul² menguja tekak yang kering... Miahahah!!
Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!